Maszlee lantik tujuh Panel Pakar Majlis Penarafan & Kualiti Bahasa Inggeris
TUJUH PANEL PAKAR MAJLIS PENARAFAN STANDARD DAN KUALITI BAHASA INGGERIS TERIMA WATIKAH YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia petang tadi menyempurnakan majlis penyampaian watikah pelantikan kepada tujuh orang Panel Pakar Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI) bagi sesi 2018-2020. Mereka terdiri daripada Profesor Adjung Dr. Zuraidah Mohd Don, Profesor Dr. Hazita Azman, Profesor Dr. Anna Christina Abdullah, Datin Dr. Mardziah Hayati Abdullah, Profesor Madya Dr. Ramesh Nair S. Raman Nair, Puan Jaya Pushani T. Ponnudurai dan Profesor Madya Dr. Ranjit Singh Gill. Pelantikan mereka dibuat oleh YB Dr Maszlee. Majlis penyampaian watikah berlangsung di Kompleks E, Putrajaya. Selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, penubuhan MPSKBI bertujuan bagi mengawal standard dan kualiti pendidikan bahasa Inggeris di Malaysia supaya dapat mencapai piawaian antarabangsa. Bagi merealisasikan aspirasi PPPM, MPSKBI turut dipertanggungja...