Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2018

Guru rasis tidak wujud, akaun FB palsu

Gambar
Imej via Facebook IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerima dua laporan yang dibuat pihak sekolah dan seorang guru di Bagan Serai susulan satu status berunsur perkauman dimuat naik di Facebook dan tular sejak kelmarin. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam status itu, pemilik akaun dengan nama ‘Cikgu Ros Bagan Serai’ telah memuatnaik gambarnya dan status berbaur perkauman disusuli gambar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai (SMKBS). Menurutnya, susulan itu, pihaknya menjalankan siasatan dan mendapati akaun itu adalah palsu dan sengaja diwujudkan pihak tertentu bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan. “Siasatan pihak polis mendapati akaun Cikgu Ros dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai adalah palsu dan tidak wujud. “Gambar guru wanita yang digunakan juga tidak wujud di sekolah itu sebaliknya gambar yang digunakan adalah gambar guru dari Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, namun nama guru itu juga jauh berbeza dengan n...

Muat Turun Pekeliling Pemakaian Kasut Sekolah, Stoking Berwarna Hitam

Gambar
Gambar hiasan PETALING JAYA: Semua murid dikehendaki memakai kasut dan stoking warna hitam bermula sesi persekolahan 2021, kata Kementerian Pendidikan hari ini. Kementerian berkata pemakaian kasut dan stoking warna hitam dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan depan dan diperluaskan pada 2020. “Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut dan stoking berwarna putih. Pihak sekolah diminta tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut berwarna hitam dalam tempoh transisi. “Penguatkuasaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam secara sepenuhnya akan bermula pada tahun 2021,” kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin. Pekeliling itu turut menetapkan kasut murid sekolah rendah dan menengah hendaklah diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara, dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihata...

Program LINUS dihentikan mulai tahun 2019 - KPPM

Gambar
KOTA KINABALU: Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan sejak 2009, akan dihentikan bermula tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, bagaimanapun berkata, sekolah akan melaksanakan program sendiri mengikut kesesuaian bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis dalam kalangan murid. Katanya, pendekatan kementerian ketika ini adalah memberi peluang kepada pihak sekolah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaiannya. “Program LINUS tidak akan ada lagi (mulai tahun depan) tetapi program pada peringkat sekolah ada. Kegiatan untuk memastikan murid menguasai literasi dan numerasi peringkat sekolah akan tetap berlaku. “Pendekatan sekarang, sama ada peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan memberi sokongan kepada program dirangka pihak sekolah masing-masing. “Sehubungan itu, setiap sekolah per...

Masuk sekolah boleh, berkempen tidak dibenarkan - Maszlee

Gambar
Imej via FB Rasmi KPM KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran untuk memasuki sekolah, tetapi mesti mematuhi peraturan yang ada, kata menterinya Dr Maszlee Malik. Peraturan itu termasuk tidak berkempen di sekolah, katanya. "Sebagaimana dinyatakan (dalam surat permohonan), mereka tidak dibenarkan berkempen, membawa bendera dan sebagainya," katanya. Beliau menegaskan bahawa pihak pembangkang tidak dibenarkan memasuki sekolah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini. "Di Malaysia baharu, kami membenarkan mereka memasuki (sekolah) selagi mereka mengikuti prosedur kami. "Malah, ramai antara mereka telah mengemukakan permohonan dan telah diluluskan oleh kami," katanya. Maszlee turut menafikan bahawa beliau pernah menghalang pemimpin pembangkang daripada memasuki kawasan sekolah. Beliau berkata, permohonan daripada ahli Parlimen Tanah Merah Umno, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan di...

Penjelasan DLP tanggungjawab sekolah - Nie Ching

Gambar
Imej via FB KPM KUALA LUMPUR: Pihak sekolah bertanggungjawab memberi penjelasan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai kesesuaian seseorang pelajar mengikuti Program Dua Bahasa (DLP). Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata berdasarkan kajian kementerian, tidak semua pelajar sesuai mengikuti DLP, namun ada ibu bapa dan penjaga yang memiliki harapan tinggi mahukan anak mereka mengikuti DLP. Pada masa sama, katanya, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai naluri menilai sama ada anak mereka sesuai mengikuti DLP atau sebaliknya, bagi mengelak pelajar rasa tertekan jika terpilih mengikuti program itu. “Pihak sekolah bertanggungjawab memberi penerangan mengenai kebaikan dan kelebihan DLP kepada ibu bapa. Ia adalah program pilihan tetapi tidak semestinya sesuai untuk semua murid. “Ada ibu bapa teringin anak mereka masuk DLP tetapi akhirnya pelajar yang tertekan. “Justeru, sekolah patut menjelaskan manfaat DLP kepada ibu bapa dan penjaga bagi mengetahui ia sesuai ...

Isu 'murid terapung' akan diatasi - Maszlee

Gambar
Imej via FB Rasmi KPM KUALA LUMPUR: Isu ‘murid terapung’ iaitu tanpa bilik darjah tetap, tidak akan berlaku lagi susulan langkah membenarkan kemasukan pelajar tanpa dokumen ke sekolah. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kementerian dalam proses memastikan kemudahan dan prasarana sekolah yang menerima pelajar tanpa dokumen itu dibaik pulih dan ditingkatkan. Katanya, era pentadbiran kerajaan baharu tidak akan membenarkan kes murid terapung berterusan. “Kita akan pastikan murid berada dalam kelas masing-masing dan tidak ‘terapung’,” katanya menjawab soalan tambahan Ma’mun Sulaiman (WARISAN-Kalabakan) pada Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, hari ini. Ma’mun dalam soalannya ingin mengenai adakah kes ‘murid terapung’ masih berlaku berikutan langkah membenarkan kanak-kanak tanpa dokumen bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Maszlee berkata, kerajaan tidak akan mengabaikan mana-mana kumpulan murid sama ada yang mempunya...

Tusyen '500 km' buahkan hasil cemerlang UPSR

Gambar
BERULANG-ALIK setiap minggu ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan jarak melebihi 500 kilometer membuahkan hasil buat Fariz Danial Izal Azhari apabila memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018. Fariz Danial, 12, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Teruntum, Kuantan, memaklumkan dia baharu berpindah ke sekolah itu pada awal tahun ini dan sudah selesa mengikuti kelas tuisyen di ibu negara. “Setiap hujung minggu ayah akan hantar saya ke Bukit Jalil, untuk mengikuti kelas tuisyen dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kalau difikirkan semula memang penat kerana perlu menempuh perjalanan jauh hanya untuk tuisyen. “Tetapi bila dapat keputusan hari ini saya bersyukur kerana usaha saya sepanjang tahun ini tidak sia-sia,” katanya ketika ditemui di SK Teruntum, di Kuantan, hari ini. Katanya, dia terpaksa berkorban masa dan tenaga sepanjang tahun kerana bukan sahaja perlu mengikuti kelas tuisyen di Kuala Lumpur, malah perlu mengikuti pembelajaran ulang kaji b...

[Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya...

Gambar
Ini adalah saat-saat dimana seorang juruterbang daripada sebuah syarikat penerbangan di Turki menzahirkan penghargaan kepada bekas gurunya, Selahattin Onan. Selahattin Onan merupakan seorang tenaga pengajar juruterbang di syarikat penerbangan Turkish Airlines. Secara kebetulan, ketika itu pesawat yang dinaiki oleh Selahattin dikemudikan oleh anaknya sendiri, Mithat Okhan Onan. Video berkenaan adalah usaha daripada pengurusan Turkish Airlines sebagai kejutan kepada Selahattin yang bakal menyambut ulang tahun Hari Guru Ke-24 sebagai tenaga pengajar di syarikat itu. Ketika itu, guru berkenaan antara ratusan penumpang yang menaiki pesawat yang dikendalikan Mithat. Melalui rakaman video yang tular di media sosial, juruterbang berkenaan dilihat memberi ucapan di dalam bahasa Turki menggunakan alat pembesar suara yang tersedia di dalam pesawat tersebut. ”Kepada semua penumpang, hari ini adalah hari yang sangat penting. Sepanjang enam tahun saya bergelar juruterbang dan sebahagi...

Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti?

Gambar
Gambar hiasan SAUDARA PENGARANG, KENYATAAN Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menyebut pihaknya hanya akan memilih guru besar dalam kalangan mereka yang berintegriti dan amanah ke arah memastikan semua bantuan pendidikan yang disalurkan kepada murid termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diurus dengan baik telah mencetuskan persoalan kepada saya. Mungkin selama ini guru besar kurang berintegriti dan amanah, sebab itu kenyataan sedemikian dibuat?  Integriti adalah keutamaan dalam kepemimpinan. Banyak telah ditulis mengenai integriti namun masih terdapat dalam kalangan peneraju organisasi dan syarikat bersikap tidak amanah. Untuk memastikan perkara itu tidak berterusan, budaya integriti perlu diterap bukan setakat dalam bentuk teori sebaliknya menjadi amalan setiap daripada kita. Individu berintegriti bersikap amanah secara konsisten dalam setiap tindakan selaras dengan ungkapan ‘cakap serupa bikin’. Integriti jika diterjemahkan dalam bahasa seharian k...

Spesifikasi kolam hotel tidak sesuai dengan pelajar sekolah - Persatuan Hotel

Gambar
Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Spesifikasi kolam renang yang dibina di bangunan hotel pelancongan sangat tidak bersesuaian dengan pelajar sekolah khususnya apabila menyentuh aspek keselamatan. Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Sam Cheah Swee Hee, berkata kolam renang yang dibina di kebanyakan hotel pelancongan pada asalnya adalah sebahagian daripada tarikan pelancong, maka ia dilihat tidak bersesuaian dengan kanak-kanak. Bagaimanapun katanya perkara berkaitan pembabitan industri perhotelan untuk membuka prasarana kolam renang hotel bagi tujuan pembelajaran renang itu perlu dikaji semula. “Kami memuji Menteri dan inisiatif Kementerian untuk memupuk kesedaran dan kepentingan keselamatan di dalam air dalam kalangan kanak-kanak sekolah malah kami terbuka dengan peluang pembabitan sektor swasta termasuk hotel. “Sebenarnya sudah ada hotel yang menyediakan kemudahan kolam renang mereka kepada pelajar bagi tujuan pembelajaran menerusi kempen tanggungjawab sosial korporat...

KPM nafi iklan jawatan Pembantu Guru

Gambar
PUTRAJAYA 28 Nov.- Kementerian Pendidikan menafikan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan pengambilan jawatan Pembantu Guru seperti tular di media sosial. Kementerian dalam satu kenyataan menjelaskan, jawatan itu masih belum diwujudkan lagi. "Sebarang pengambilan bagi pengisian jawatan Pembantu, jika hendak dilaksanakan pun kelak, ia hanya akan diuruskan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SSP) sebagai pihak berkuasa melantik," kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE loading...

Kemasukan murid tanpa kerakyatan tak jejas murid tempatan - Maszlee

Gambar
Menterinya, Maszlee Malik berkata kementerian itu sentiasa bertanggungjawab menyediakan prasarana dan infrastruktur pendidikan yang mencukupi bagi menampung keperluan murid sekolah kerajaan termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak. “Saya mengambil maklum akan kekhuatiran yang dibangkitkan berhubung inisiatif ini tetapi saya ingin jelaskan ia berkaitan mereka (murid) yang tidak ada dokumen berkenaan tetapi anak kepada warga Malaysia atau salah seorang ibu bapanya merupakan rakyat Malaysia,” katanya dalam sesi Pertanyaan Menteri Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu usaha kerajaan supaya inisiatif kanak-kanak tanpa kerakyatan boleh bersekolah mulai 2019 itu tidak menjejaskan kemudahan dan proses pembelajaran murid tempatan terutama di Sabah. Menjelas lanjut, Maszlee berkata kementerian menerima kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen lengkap seperti sijil lahir atau kad pengenalan untuk ke sekolah aliran kebangsaan deng...

14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama

Gambar
Imej via FB SISC Azura 14 PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT PANITIA PERTAMA 1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik. 2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia. 3. PASCA NILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk makluman dan tindakan semua ahli. 4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibu...

Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan

Gambar
GURU wanita bersama dua anak lelakinya berusia tujuh dan tiga tahun dilaporkan hilang dari rumah mereka di Semenyih, Kajang, sejak Isnin lalu. Kali terakhir Norazizan Ibrahim, 31, berhubung dengan keluarganya adalah pada Ahad, menerusi Whatsapp dan kemudian gagal dihubungi sejak 11 pagi Isnin. Adiknya, Noraziah Ibrahim, 29, berkata, abang iparnya iaitu suami kepada Norazizan turut menghilangkan diri. Katanya, kehilangan itu mula disedari selepas dihubungi oleh guru dari sekolah kakaknya. “Guru itu beritahu kakak saya tidak hadir mengajar dan bertanya jika dia berada bersama saya. Saya kemudian cuba menghubunginya, namun telefon bimbitnya ditutup. “Saya cuba mencarinya di rumah, namun gagal malah kereta Perodua Myvi milik kakak juga tidak kelihatan. Bimbangkan keselamatannya saya terus buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Noraziah berkata, polis memintanya terus cuba menghubungi kakaknya dan jika masih gagal selepas tiga hari, polis memintanya membuat ...

Maszlee perjelas salah faham guna kolam renang hotel

Gambar
Imej via FB Rasmi KPM KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini melahirkan kekecewaannya apabila cadangannya meminta pihak hotel membuka kolam renang mereka kepada pelajar telah diambil luar dari konteks oleh media dan seterusnya mencetuskan salah faham. Beliau berkata cadangannya itu tidak hanya merujuk kepada pihak hotel semata-semata tapi kepada semua pihak baik syarikat swasta, universiti, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka untuk membantu Kementerian Pendidikan. Bahkan katanya, beliau juga tidak memaksa pihak hotel untuk mengikut cadangan tersebut tetapi lebih kepada sukarela. "Usaha kita adalah untuk menaik taraf pendidikan yang tidak hanya tertumpu kepada akademik semata namun kepada survival hidup, kemahiran berenang. "Malangnya, kenyataan saya hanya dipetik melalui satu pandangan bagaimana sekolah yang tak mempunyai kemudahan sekolah renang dan saya katakan bahawa kalau ...

Perlu kajian sebelum buat kenyataan - PIBG

Gambar
SHAH ALAM: Menteri Pendidikan perlu membuat kajian terperinci berhubung sesuatu perkara atau isu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia membabitkan pelajar di seluruh negara. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz, berkata cadangan belajar berenang misalnya, ia disifatkan satu usul kurang bijak berikutan ia membabitkan kos dan tenaga pengajar. “Sepatutnya menteri (Dr Maszlee Malik) membuat kajian terperinci sebelum membuat sesuatu kenyataan, kerana cadangan mengajar renang adalah bagus tetapi kurang bijak. “Beliau perlu kaji kos pelaksanaan dan ia mungkin menjadi suatu beban kepada tenaga pengajar di sekolah. “Banyak lagi perkara yang lebih penting demi masa depan pelajar di negara ini berbanding cadangan kelas renang itu. “Sepatutnya beliau fokus hala tuju sistem pendidikan negara yang akan dibawa, adakah ke arah teknologi terkini atau pun kita masih di takuk lama,” katanya ketika dihubungi NSTP. M...

KPM dedah punca kelewatan pelaporan PPSR, keputusan UPSR

Gambar
Kelewatan pengeluaran keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada tahun ini disebabkan peperiksaan UPSR 2018 dilaksanakan hampir dua minggu lewat berbanding pelaksanaan UPSR tahun sebelumnya. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mengambil maklum kerisauan yang dibangkitkan ibu bapa iaitu keputusan UPSR yang akan dikeluarkan semasa cuti persekolahan. Namun, menurut kementerian itu Lembaga Peperiksaan (LP) sebelum ini juga pernah mengeluarkan keputusan UPSR semasa cuti persekolahan. Kementerian itu berkata peperiksaan UPSR 2018 lewat diadakan kerana terdapat beberapa cuti umum pada awal dan pertengahan September. Ia melibatkan 31Ogos bagi Hari Kebangsaan; 9-10 Sept bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; 11 Sept bagi Awal Muharam dan 16–17 Sept bagi Hari Malaysia. “Kelewatan pelaksanaan peperiksaan kali ini telah menyebabkan kelewatan pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan. LP juga perlu ...

Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan

Gambar
Gambar hiasan JOHOR BAHRU - "Saya masih belum mengandung sehingga kini, susah nak merancang untuk ada anak sebab kekangan masa dan jarak yang jauh macam ini," luah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yana, 29, memberitahu, sejak mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu, sebanyak lima permohonan bertukar tempat mengajar telah dibuat. Namun, katanya, sehingga kini dia tidak menerima sebarang perkhabaran baik. "Masuk tahun ini dah lima kali saya mohon. Saya mengajar di sini dan suami pula di Selangor. Selain daripada jauh, masa yang kami ada untuk menghabiskan masa bersama adalah singkat. "Sampai kami pun susah mahu merancang keluarga, kalau ikutkan memang terasa juga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam. Yana yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual turut memberitahu, ketetapan hari cuti berbeza dengan suaminya juga menjadi sebab mengapa dia me...

Survey: Malaysian teachers among most dedicated in the world

Gambar
Imej via Cikgu Emmet Menulis PETALING JAYA: Malaysian teachers love their jobs and are among the most dedicated in the world for ensuring that their students excel academically, according to the first-ever Global Education Census 2018. The census found that 70% of Malaysian teachers felt teaching was a rewarding career. The research was conducted by education group Cambridge Assessment International Education (Cambridge International), which is part of Cambridge University. “Also, 75% of teachers who took part in the survey ran extra classes to help their students achieve good exam grades – the highest of all the countries surveyed,” said Cambridge International in a statement. The census found that three out of four teachers in Malaysia said they provided additional lessons and classes for their students. The study of past exam papers is Malaysian teachers’ favourite method to help prepare their students. Asked how they measured their own professional performanc...

DBP tandatangani MoU bersama Dong Zong

Gambar
Imej via FB rasmi KPM 21 November 2018 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan, kegiatan bahasa dan sastera, penerbitan, penyelidikan dan penterjemahan. Majlis disaksikan oleh YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Turut menyaksikan majlis bersejarah ini YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dato' Mohd Gazali Abas dan YBhg Pengerusi Lembaga Pengarah DBP, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom. Bagi pihak DBP, MoU ditandatangani oleh YBhg Timbalan Ketua Pengarah Dasar DBP, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran dan YBhg Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dato' Hajah Padilah Ali manakala Dong Zong diwakili oleh Pengerusinya, Encik Tan Tai Kim dan Timbalan beliau, Encik Tan Yew Sing. Majlis menandatangani MoU ini diadakan sempena Forum Bahasa Jiwa dan Bangsa 20...

Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee

Gambar
Imej via FB Rasmi KPM HULU LANGAT: Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, usaha itu adalah sebagai tambahan terhadap apa yang diumumkan sebelum ini untuk menggunakan kemudahan kolam renang awam termasuk di kompleks-kompleks sukan berhampiran sekolah. “Tak semua sekolah ada kemudahan kolam renang atau berdekatan pusat kolam renang, (tapi) ada hotel mempunyai prasarana kolam renang ini. “Jadi, mungkin pihak hotel boleh melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menawarkan kepada sekolah-sekolah berdekatan untuk pelajaran renang yang kita anjurkan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Program ‘Life Saving Skills’ dan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat Di Air Sekolah-sekolah Malaysia 2018 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendid...