Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2019

Sekolah diminta tangguh aktiviti luar kelas - Maszlee

Gambar
CYBERJAYA: Pihak pengurusan sekolah diminta menangguhkan program luar kelas susulan cuaca panas dan kering yang berterusan di beberapa negeri di utara dan Pantai Timur Semenanjung. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata surat peringatan sudah dikeluarkan kepada semua sekolah pada pertengahan Februari lalu. Katanya, surat peringatan itu diedarkan kerana kebanyakan sekolah akan mengadakan acara sukan tahunan bermula minggu depan. “Kita minta sekolah supaya tidak menganjurkan program luar ketika cuaca panas yang sedang melanda ketika ini. “Saya juga meminta ibu bapa menasihatkan anak masing-masing untuk sentiasa minum air yang banyak bagi mengawal suhu badan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Kelab UNESCO dan Model United Nations (MUN) di Sekolah Seri Puteri di sini, hari ini. Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan fenomena cuaca panas itu dijangka akan berlanjutan sehingga akhir Ma...

TVET akan terus berperanan sebagai "game changer" - Maszlee

Gambar
YB DR MASZLEE: TVET AKAN TERUS BERPERANAN SEBAGAI 'GAME CHANGER' YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia menekankan tiga pendekatan bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Tiga pendekatan teras itu ialah kualiti institusi-institusi serta pengajaran dan pembelajaran TVET, kolaborasi dan nilai tambah kepada industri, dan kolaborasi antara institusi-institusi TVET merentasi kementerian. Sambil menekankan ia sebagai asas kepada perjalanan masa depan, beliau percaya sistem pendidikan TVET akan terus berperanan sebagai 'game changer' dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi. Penjenamaan semula TVET diharap dapat mengubah persepsi negatif masyarakat yang sering beranggapan bahawa sistem TVET adalah pilihan kedua atau hanya diceburi oleh mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik, kata beliau. "Pelbagai inisiatif telah diambil untuk mengarus perdana dan memperluas akses bidang TVET negara bag...

Ceramah 6 jam untuk lesen memandu buat di sekolah - Anthony Loke

Gambar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencadangkan supaya ceramah enam jam yang dihadiri sebelum mengambil lesen memandu diterapkan melalui kurikulum sekolah pada tingkatan 4. Loke berkata, jika ia boleh dilaksanakan, maka pelajar tingkatan 4 yang mengikuti program keselamatan jalan raya di sekolah itu tidak perlu menghadiri ceramah enam jam tersebut. “Saya fikir macam mana kita boleh menginovasikan polisi. Kalau ceramah ini boleh diterapkan dalam kurrikulum sekolah, ini memberikan satu yang menarik kepada pelajar-pelajar kita. “Supaya dia tak letih duduk enam jam belajar dan memang enam jam tu nak ingat, faham semua, memang tak praktikal dan memang (menghadiri ceramah) enam jam itu sesuatu yang diwajibkan,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran modul pendidikan keselamatan jalan raya (PKJR) bagi sekolah rendah peringkat kebangsaan. Modul PKJR setakat ini diajar secara penyerapan dal...

Kehidupan Seorang Guru Melalui Filem "The Bird Box"

Gambar
Menjadi seorang guru ini kadang kala seperti berada dalam sebuah filem seram. Aktiviti yang kita tempuh seharian di sekolah adakalanya terbawa-bawa dalam mimpi! Pernah tengok filem terbitan Netflix, The Bird Box ini? Kami cuba garapkan beberapa babak yang kononnya mempunyai persamaan dengan kehidupan seorang guru. 1. Tatkala memberi arahan kepada murid sebelum masuk makmal komputer, PSS atau pergi rombongan Arahan kena jelas. Budak-budak ni akalnya nak berseronok aja. Tambahan pula kalau dapat keluar daripada bilik darjah. 2. Tatkala kelas hari ini terlalu meriah dengan jeritan murid Kita kadang-kadang tidak pernah terfikir perihal murid ini. Ada sahaja topik yang nak disembangkan. Bukan nak tunggu kelas habis... 3. Tatkala kelas terbau bau kaki, terutama selepas waktu PJPK. Berapa hari dah kamu tak basuh stoking ni... 4. Ketika musim demam dan selesema melanda sekolah Nak amik CRK nanti ada yang bising, nak kena relief bagai..datang jugak lah ke sekolah...h...

Kehidupan Seorang Guru Melalui Filem "The Bird Box"

Gambar
Menjadi seorang guru ini kadang kala seperti berada dalam sebuah filem seram. Aktiviti yang kita tempuh seharian di sekolah adakalanya terbawa-bawa dalam mimpi! Pernah tengok filem terbitan Netflix, The Bird Box ini? Kami cuba garapkan beberapa babak yang kononnya mempunyai persamaan dengan kehidupan seorang guru. 1. Tatkala memberi arahan kepada murid sebelum masuk makmal komputer, PSS atau pergi rombongan Arahan kena jelas. Budak-budak ni akalnya nak berseronok aja. Tambahan pula kalau dapat keluar daripada bilik darjah. 2. Tatkala kelas hari ini terlalu meriah dengan jeritan murid Kita kadang-kadang tidak pernah terfikir perihal murid ini. Ada sahaja topik yang nak disembangkan. Bukan nak tunggu kelas habis... 3. Tatkala kelas terbau bau kaki, terutama selepas waktu PJPK. Berapa hari dah kamu tak basuh stoking ni... 4. Ketika musim demam dan selesema melanda sekolah Nak amik CRK nanti ada yang bising, nak kena relief bagai..datang jugak lah ke sekolah.....

Salah Faham Istilah "Elaun Keraian" Dalam Kalangan Penjawat Awam

Gambar
Isu ini entah berapa kali diperdebatkan. Dah dekat 20 ke 30 tahun gamaknya, atas alasan mentafsir erti 'Keraian' itu mengikut Kamus Dewan dan ikut kepala sendiri... Dalam perjawatan sektor awam, ada kalanya terma-terma yang digunakan tidaklah membawa maksud secara langsung atau 'direct translation'. Terma-terma yang digunakan ada tafsirannya tersendiri yang telah diwartakan. Dalam sektor awam, Kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) adalah berdasarkan Gred, boleh rujuk jadual berikut: Berdasarkan jadual di atas, Gred 44 ke atas menerima Elaun Tetap Keraian, mereka yang mendapat elaun keraian tidak lagi diberikan elaun tetap khidmat awam. Jadi, apakah yang dimaksudkan Elaun Keraian itu? Menurut dokumen yang diterbitkan oleh Jabatan Akautan Negara  Malaysia : Elaun keraian adalah elaun yang diberi kepada anggota sektor awam untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai- pegawai yang menjawat jawatan strategi...

Muat Turun SPI Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran & Pembelajaran

Gambar
Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua/Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir. (i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. (ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancang...

Doktor saran suntikan vaksin syarat untuk murid daftar sekolah

Gambar
Imej via Google Images KUALA LUMPUR: Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan. Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan. Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia telah melibatkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik. "Suntikan vaksin imunisasi ini perlu mandatori. Ia melibatkan kematian dan ia perkara serius kerana penyakit seperti difteria, ia boleh berjangkit jika tersebar," katanya kepada Bernama. Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Ser...

4 Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru

Gambar
Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru 1. Tidak ambil kisah dengan tugasan berkumpulan Antara sikap yang kita perlu jauhi ialah, tidak ambil kisah dengan urusan kerja yang melibatkan jumlah yang ramai. Misalnya waktu kokurikulum, kita sengaja melengah-lengahkan diri turun ke dataran perhimpunan. Apabila selesai sahaja kedatangan diambil, barulah kita memunculkan diri. Sikap yang berulang-ulang ini menunjukkan ia bukanlah disebabkan situasi tertentu yang menyebabkan kita lewat. Tetapi ia sikap yang disengajakan. Sikap yang tidak baik ini sebenarnya telah menyebabkan orang lain rasa tertekan dan dizalimi. 2. Bersungguh-sungguh dalam urusan kerjanya, tetapi terlalu berkira dengan urusan orang lain Kadang-kadang kita juga sangat menjaga hak diri sendiri. Setiap urusan atau aktiviti yang melibatkan diri sendiri, dijaga dan dipastikan terlaksana dengan baik. Namun, apabila melibatkan orang lain, sikap kita adalah sebaliknya. Misalnya, dalam program tertentu, di mana kita terlib...

4 sikap yang perlu dijauhi oleh seorang guru

Gambar
Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru 1. Tidak ambil kisah dengan tugasan berkumpulan Antara sikap yang kita perlu jauhi ialah, tidak ambil kisah dengan urusan kerja yang melibatkan jumlah yang ramai. Misalnya waktu kokurikulum, kita sengaja melengah-lengahkan diri turun ke dataran perhimpunan. Apabila selesai sahaja kedatangan diambil, barulah kita memunculkan diri. Sikap yang berulang-ulang ini menunjukkan ia bukanlah disebabkan situasi tertentu yang menyebabkan kita lewat. Tetapi ia sikap yang disengajakan. Sikap yang tidak baik ini sebenarnya telah menyebabkan orang lain rasa tertekan dan dizalimi. 2. Bersungguh-sungguh dalam urusan kerjanya, tetapi terlalu berkira dengan urusan orang lain Kadang-kadang kita juga sangat menjaga hak diri sendiri. Setiap urusan atau aktiviti yang melibatkan diri sendiri, dijaga dan dipastikan terlaksana dengan baik. Namun, apabila melibatkan orang lain, sikap kita adalah sebaliknya. Misalnya, dalam program tertentu, di mana kita terlib...

Cuaca Panas Cecah 36.9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak, Kedah & Perlis

Gambar
Cuaca panas melampau kian hari kian terasa. Keluar sahaja rumah bahang haba yang terasa sungguh membuatkan aktiviti harian kita sedikit terbatas. Negara kita kini mengalami cuaca panas yang berterusan. Menerusi laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Malaysia mengalami gelombang haba sehingga suhu mencecah 36.9 darjah Celcius di beberapa kawasan. Oleh hal yang demikian, kita haruslah berjaga-jaga dan sentiasa memperbanyakan meminum air kosong untuk mengekal hidrat tubuh badan kita. 10 kawasan terjejas 10 kawasan di negara ini yang mengalami gelombang haba di tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Muar, Kepong, Maran, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Sik, Kota Setar, Kubang Pasu dan Chuping akan mengalami suhu maksimum harian mencecah 35 darjah Celcius hingga ke 36.9 darjah Celcius sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Lain-lain kawasan di Malaysia masih di tahap biasa iaitu suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius. Sabah Sarawak tidak terjejas...

7 tips tangani murid "slow learner" di dalam kelas

Gambar
SLOW LEARNER 'Slow learner' ialah anak-anak yang akademiknya agak lambat atau ketinggalan sedikit ke belakang berbanding dengan anak-anak lain yang sama peringkat umur dengan mereka. Mereka ni bukan kategori tidak boleh belajar seperti OKU, cuma bila berhadapan dengan situasi akademik mereka jadi susah dan sukar. Sebagai ibu bapa dan guru perlu menganggap anak-anak ini normal dalam pergaulan harian, cuma mereka mempunyai cabaran yang cukup tinggi apabila berhadapan dengan akademik di sekolah. Cara untuk menangani masalah 'slow learner' ini ialah mengambil pelbagai pendekatan pengajaran, bekerja sama dengan guru-guru di sekolah dengan sabar dan meraikan apa sahaja kejayaan mereka. Berikut beberapa cara untuk menangani 'slow learner' 1. Ulangi setiap mata pelajaran lebih daripada biasa. 2. Gunakan bantuan audio dan visual/multimedia. 3. Memandu anak-anak tersebut ke poin utama di dalam mata pelajaran atau ujian. 4. Gunakan contoh bahan maujud,...

MUET tidak akan dihapuskan - Maszlee

Gambar
KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menolak cadangan menghapuskan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dan memasukkannya dalam modul peperiksaan sekolah menengah kerana ia akan membebankan pelajar. Katanya, MUET adalah peperiksaan kelayakan, berbeza dengan peperiksaan sekolah, justeru ia tidak boleh dihapuskan. "Tak boleh (hapuskan), ia dua perkara berbeza, dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dah ada Bahasa Inggeris, MUET ini untuk kelayakan (lanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda). "Macam juga A Level atau O Level tetapi masih kena ambil IELTS (International English Language Testing System)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup Seminar Pendidikan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) 2019 di sini hari ini. Hari ini sebuah akhbar tempatan dalam laporan khas muka hadapan memaparkan beberapa pihak menggesa kementerian menyemak kembali syarat wajib menduduki ujian bahasa Inggeris MUET dan wajar di...

Elaun pelajar PISMP RM430 mula dibayar hujung bulan ini

Gambar
PUTRAJAYA 23 Feb. - Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mengikuti Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan menerima elaun mereka selewat-lewatnya akhir bulan ini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, seperti biasa, ia melibatkan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali setahun. “Elaun sedang dimasukkan ke dalam akaun pelajar dan kesemua mereka akan menerima selewat-lewatnya sebelum akhir Februari ini,” katanya. Menurutnya, kementerian sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar dalam melahirkan bakal guru yang berkualiti dan berdaya saing. - BERNAMA

Guru perlu ada kualiti, seronok bekerja, bukan kerana gaji, elaun - Maszlee

Gambar
KETERLIBATAN KESATUAN KEGURUAN MENJANA KUALITI PENDIDIKAN Dalam usaha melahirkan insan kamil selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, potensi anak-anak perlu dibangunkan secara menyeluruh dan seimbang termasuklah membangunkan potensi jasmani yang berkait rapat dengan perkembangan minda. Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik ketika menyampaikan ucapan perasmian Seminar Pendidikan Kebangsaan KGMMB 2019 di Kuala Lumpur sebentar tadi. Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) En. Jamil Mohamed dan Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), En. Jasni Md Kechik. Dalam ucapannya, YB Dr. Maszlee turut memaklumkan Kementerian sedang gigih meletakkan hala tuju pendidikan negara ke arah matlamat lebih baik. Beliau turut berkata antara usaha terpenting untuk mewujudkan sebuah sistem pendidikan berkelas dunia iaitu melalui pakej kerjaya guru yang berkualiti tin...

Jangan ganti kelas PJPK dengan Matematik, Bahasa Inggeris - Timb. Menteri

Gambar
Imej via Malay Mail GEORGE TOWN, 22 Feb — Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggesa pihak sekolah untuk tidak mengambil mudah terhadap pendidikan seks, dalam usaha menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching berkata pada masa ini pendidikan seks diajarkan di peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah sebagai salah satu sukatan pelajaran di bawah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). “Malaysia telah menjadi kawasan panas untuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, jadi kita perlu mengajar anak-anak kita pada usia muda, bagaimana mencegahnya. “Jadi saya berharap, pihak sekolah tidak akan menganggap PJPK sebagai satu mata pelajaran yang tidak penting dan mengantikannya dengan kelas Matematik atau Bahasa Inggeris. Tolonglah jangan berbuat demikian,” katanya kepada pemberita semasa lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramaniya Barathee di Gelugor di sini, hari ini. Teo berkata pendidikan ...