Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2017

KEPUTUSAN PAS SEPATUTNYA DISAMBUT DENGAN RASA SYUKUR

Gambar
Usul Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR akhirnya diterima sebulat suara oleh Muktamar Pas dan ia kini terletak di tangan Majlis Syura untuk membuat keputusan akhir mengenainya. Selain dikata mengingkari banyak perkara dalam perjanjian kerjasama, tindakan mahu berpisah itu juga meletakkan Selena Gomez sebagai salah satu puncanya. Sebelum itu, muktamar juga diberitahu Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu kerana parti itu dianggap celaru dan tidak tentu hala tuju, meskipun kita tahu ke mana saja Tun Mahathir Mohamad pergi, ribuan rakyat akan hadir menunggu. DAP, seperti biasa dianggap oleh Pas sebagai parti yang anti Islam dan  didakwa menghalang perkembangan Islam di negara ini. Muktamar Pas di Kedah yang semalam dilanda ribut turut dibisingkan dengan jeritan "Jahanam Amanah" sebagai suatu bentuk serangan terhadap parti itu. Hanya Najib Razak, UMNO dan BN yang bebas daripada serangan Pas kali ini. MCA, MIC dan Gerakan yang diketahui umum menjadi penghalang kepa...

Sekitar pernikahan tertutup Juliana Evans, kerabat diraja Johor (10 gambar)

Gambar
Juliana Evans selamat menjadi isteri kepada lelaki pilihannya Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, dengan sekali lafaz, kira-kira pukul 10.45 pagi Ahad. Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 27, dan jejaka yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Mohd. Rasid Mahful dalam sebuah majlis tertutup. Baca lagi »

31 Permainan Untuk Mengawal Murid Di Dalam Kelas Ketika PdPc

Gambar
Mengawal murid penting bagi memastikan kelancaran PdPc. Mengikut pengalaman dan perkongsian SISC+ Heryyan Shah  bersama rakan-rakan guru, berikut ialah antara teknik mengawal murid yang boleh dibuat. 1. Traffic Light Cards Penggunaan traffic light cards sebagai penalty cards. Hijau untuk 'BAIK', Kuning untuk 'AMARAN PERTAMA' dan Merah untuk 'DENDA'. Pilih denda yang berpatutan ya. Rujuk: 7 Pelbagai Kegunaan Traffic Light Cards (+TEMPLATE) 2. Hands Signals Guru menggunakan isyarat tangan untuk mendiamkan murid. Contoh, 1,2,1,2....Finger on your lips... 3. Time-off Murid diberikan 'time-off' pengecualian daripada pembelajaran atau sesi hiburan bersama guru sebagai denda. Murid memandang dinding selama 5 minit, berada di satu sudut dalam kelas dan sebagainya. 4. Point Deduction Markah individu atau kumpulan dipotong jika perlakuan tidak sepatutnya berlaku dalam kelas. 5. 100 squares Petak besar dengan 100 petak segiempat bernombor 1-100...

AMANAH oh AMANAH.. kenapa kau perlu wujud dalam politik negara..?

Gambar
Pencerahan dari AMANAH. 1. Perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah bukan hak milik ekslusif mana-mana organisasi atau parti politik. Jadi, soalan samada Amanah mampu atau tidak adalah soalan yang subjektif. Semua pihak berupaya menyumbang ke arah perjuangan Islam, tetapi tidak ada satu pihak yang boleh mendabik dada bahawa perjuangan ini eksklusif milik mereka. Maka itu, kewujudan parti Amanah adalah untuk menyumbang ke arah penghayatan Islam di dalam aspek siyasah dan kenegaraan. 2. Hudud adalah sebahagian dari syariat Islam. Tetapi, ianya bukan satu-satunya syariat Islam. Syariat Islam meliputi banyak perkara yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Setiap satunya mempunyai keutamaan yang berbeza dan setiap satunya mempunyai perbahasan feqah yang luas dan bersifat multidimensi. Memahami syariah dari sudut yang simplistik tanpa memahami aspek fiqh dan maqasid hanya akan menjuruskan umat Islam kepada perangkap retorik dan dogmatik yang tidak berkesudahan. 3...

DEMI MARUAH.. USAH MENGINTAI BUMBUNG JANDA TU LAGI...

Gambar
MENGINTAI BUMBUNG JANDA. Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru dilantik Mohd Khalil Abdul Hadi diminta mengambil nasihat peguam Pas atau mana-mana pakar undang-undang sebelum mempertahankan kedudukan 3 orang Exco Pas dalam Kerajaan Selangor. Kenyataan beliau bahawa Exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas. Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang. Lantikan Exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dalam konteks perlantikan Exco. Justeru, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga Exco tersebut dilantik oleh Menteri Besar dan bukannya Pas. Atas dasar inilah, 4 orang Exco Pas dikurangkan kep...

Ulama PAS 'diserang' di muktamar.

Gambar
Hari kedua Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar hari ini dikejutkan dengan kewujudan poster menyerang beberapa tokoh ulama parti itu. Bertajuk ‎'Zuhud PAS???' kertas bersaiz A4 itu menyerang tiga pemimpin PAS berstatus ulama dengan memaparkan perbandingan kenderaan digunakan sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen‎. Gambar pertama mempamerkan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan kereta yang didakwa pernah ‎dimilikinya sebelum ini dan sekarang. Mangsa kedua poster tersebut ialah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. ‎Di samping gambar Khairuddin ialah gambar kereta mewah jenis Audi Q7 disusuli dengan keterangan 'bini bawa jalan-jalan'. Sementara itu, poster itu juga menyerang seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mokhtar Senik, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Serangan terhadapnya berbentuk paparan skrin mengenai tuduhan 'skandal seks' yang pernah kecoh di media sosial sebelum ini. Risalah itu diiringi keter...

MANA ANAK ROSMAH DAPAT DUIT RM400 JUTA BUAT FILEM SEPARA LUCAH DI HOLLYWOOD?

Gambar
http://ift.tt/2q8mhAN MANA ANAK ROSMAH DAPAT DUIT RM400 JUTA BUAT FILEM SEPARA  LUCAH DI HOLLYWOOD? TAKKAN PAKAI DUIT TABUNGAN MAK DIA DARI KECIK KOT? Laporan DOJ dengan jelas menunjukkan jejak wang atau "money trail" sehingga ianya boleh masuk ke akaun Riza dan seterusnya digunakannya utk menghasilkan filem tersebut; laporan DOJ menyebut: 202. Diantara 18 Jun dan 4 Nov 2012, sebanyak USD238 juta (kira2 RM932 juta) telah dipindahkan terus dari akaun Swiss Aabar-BVI ke akaun yg dikawal oleh Riza Aziz, saudara kepada MO1. Dari situ, wang tersebut telah digunakan untuk membeli hartanah bernilai hampir USD100 juta untuk faedah peribadi Riza Aziz dan untuk membiayai Red Granite Pictures,  syarikat penerbit filem milik Riza Aziz. 203. Aabar-BVI menghantar 3 pemindahan-atas-talian berjumlah USD238 juta ke akaun di bank BSI Singapura atas nama Red Granite Capital Limited. 3 pemindahan tersebut diringkaskan dibawah: 18 Jun 2012- USD133 juta 23 Okt 2012- USD60 juta 14 Nov 2012-...

12 Artis Malaysia Yang Ada PHD Tapi Sengaja Tak Diceritakan Kepada Umum. Nombor 7 Paling Tak Disangka-Sangka

Gambar
1-NAJWA MUHYIDDIN Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik. 2- Lisa Surihani Pelakon Istanbul, Aku Datang ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom. 3- Yuna Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM). 4- Daphne Iking Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemeg...

Persembahan Aiman Tino paling kurang RM12,000!

Gambar
Kontroversi berpanjangan membabitkan penyanyi Aiman Tino yang dikatakan perlu dibayar tinggi dalam sesebuah persembahan menimbulkan rasa kurang senang pihak syarikat pengurusannya. Menurut Mahadhir Mohamad selaku pengurus Aries Music, Aimanitu layak menerima bayaran tinggi berdasarkan populariti, nilai komersial dan permintaan terhadapnya. "Apa salahnya jika kami meletakkan kadar bayaran tertentu mengikut kemampuan penganjur. "Perkiraan yang dibuat adalah berdasarkan kaedah ekonomi iaitu selagi ada demand (permintaan), selagi itulah wujudnya supply (penawaran). "Pada masa ini jadual Aiman sangat padat, setiap minggu ada saja acara yang perlu dihadirinya. Ini bermakna dia mempunyai nilai atau value untuk mendapat bayaran tinggi," katanya ketika dihubungi mStar Online Ada individu tertentu yang mendedahkan wakil Aiman Tino didakwa meletakkan kadar bayaran sehingga RM12,000 bagi persembahan di Semenanjung dan RM14,000 jika mengadakan persembahan di Sabah ata...

UMNO AKAN TERUS DISERANG SELAGI NAJIB PERDANA MENTERI, SIAPA PENERIMA WANG SRC SEBANYAK RM23,520,010?

Gambar
Saya agak tercuit dan geli hati melihat bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak menyeru supaya “tentera maya” Umno berusaha dari berfikiran “bertahan” (defensive) kepada bersifat “menyerang” (attack mode). Ucapan beliau kepada tentera maya Umno itu menjadi tular termasuklah ucapan “saya tak takut datang dari siapa: datang dari Mahathir ke, Kit Siang ke, Rafizi ke”) yang disambut dengan laungan dari tentera maya Umno yang hadir (rujuk video yang disertakan). Malah, Dato’ Seri Najib menggunakan laungan “lawan tetap lawan” untuk memberi semangat kepada tentera maya Umno. Saya geli hati kerana Dato’ Seri Najib mungkin menarik nafas lega apabila pada pandangan beliau parti-parti pembangkang sering berbeza pendapat dan itu memberi kelebihan kepada Umno/Barisan Nasional. Namun, beliau lupa bahawa majoriti rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk menolak kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, selagi Dato’ Seri Najib menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri, Umno akan ter...

PH ada strategi tersendiri jika RoS tolak pendaftarannya

Gambar
Pakatan Harapan sudah mempunyai strategi tersendiri jika permohonan mereka untuk mendaftarkan badan gabungan itu ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pendekatan itu telah dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat. "Kalau logo yang kita daftarkan nanti ditolak, kita sudah ada strategi sendiri dan akan gunakan satu logo juga sebagaimana yang telah dipersetujui," kata Wan Rahim dalam ceramahnya di Jalan Yaakubiah, Kota Bharu malam ini. Datuk Wan Rahim Wan Rahim berkata demikian ketika menjawab soalan penonton yang mahu tahu perkembangan tentang penggunaan satu logo oleh Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang. Majlis Sekretariat Pakatan Harapan telah bermesyuarat hari ini bagi membuat persiapan dari segi struktor, perlembagaan dan logo gabungan empat parti politik itu. Ketiga-tiga perkara itu akan dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijangka akan b...

Guru dan kerani didakwa guna MC palsu

Gambar
Foto via nst.com.my SHAH ALAM - Seorang guru dan kerani sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam terhadap empat pertuduhan menipu guru besar menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu, tahun lalu. Guru tersebut, Zainuddin Deraman,40, didakwa menipu guru besar Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2, Sapiah Jaffar sehingga menyebabkan wanita berkenaan percaya dua sijil cuti sakit palsu yang diserahkan kepadanya adalah tulen. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat pentadbiran sekolah tersebut antara pukul 8 pagi hingga 5 petang, masing-masing pada 5 September 2016 dan 18 Januari 2017. Saiful Rizal Mohd Haris, 27, didakwa turut menipu Sapiah dengan melakukan perbuatan itu yang sama pada 6 dan 16 Januari 2017. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman dan Nurul Huda Ramli mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalaha...

Didenda pakai kain pelikat, pelajar buat laporan polis

Gambar
Rawang - Seorang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati selepas dikenakan hukuman memakai kain pelikat di sekolah sepanjang sesi petang persekolahan. Malah, seluar sekolah yang diletakkan di dalam loker guru disiplin juga didakwa tidak dipulangkan sehingga memaksa pelajar tersebut pulang dengan berkain pelikat. Kejadian itu berlaku Selasa lalu berpunca dari kesalahan pelajar terbabit memakai seluar sekolah ketat sebelum diminta untuk melonggarkan semula jahitan yang sudah diubah suai sendiri. Laporan polis dibuat pelajar terbabit jam 7.15 petang di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari yang sama. Menurut pelajar itu, dia masuk ke sekolah jam 1 tengah hari dengan berpakaian lengkap, namun selepas perhimpunan dia dipanggil oleh guru disiplin berhubung kesalahan seluar ketat. "Guru disiplin panggil saya suruh potong seluar sekolah bagi habis dan diberikan kain sarung. "Cikgu beritahu akan be...

Kadar kelahiran rendah, Singapura terpaksa 'tutup' banyak sekolah

Gambar
SINGAPURA – Ketika negara jirannya sibuk membina banyak sekolah baharu ekoran pertambahan pesat penduduk, lain pula hal berlaku di Singapura apabila terpaksa menutup sejumlah sekolah. Langkah tersebut yang diumumkan baru-baru ini mencatatkan rekod jumlah paling banyak dalam sejarah republik tersebut, namun ia dirujuk pula oleh pihak Kementerian Pendidikan (MOE) dengan istilah sebagai penggabungan Menterinya sendiri, Ng Chee Meng dilaporkan oleh stesen penyiaran milik pemerintah Channel NewsAsia turut menyifatkan tindakan dramatik di luar jangkaan berkenaan sebagai “keputusan yang agak sukar tetapi perlu.” Beliau juga menganggap insiatif penggabungan sekolah kali ini adalah disebabkan kadar kelahiran yang semakin berkurangan di seluruh Singapura sekali gus menyebabkan kemerosotan jumlah kemasukan pelajar baharu. Agensi berita tempatan MediaCorp melaporkan, kadar kelahiran rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) antara tahun 1993 dengan 2002 merosot signifikan daripada sekit...

TAKZIAH DARI AMANAH KEPADA PERWAKILAN DAN PEMERHATI MUKTAMAR PAS KE 63

Gambar
*KENYATAAN SEGERA PRESIDEN AMANAH* www.amanah.org.my Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua. Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat. Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga mereka akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala. Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung. *MOHAMAD SABU* Presiden Parti Amanah Negara BismillahirRahmanirRahim *TAKZIAH DARI AMANAH KEDAH K...

Semakin rapat dengan Umno, pemimpin Pas dapat khutbah di masjid

Gambar
Mokhtar Senik, ketua ulama Pahang yang terpalit skandal juga dapat peluang berkhutbah Jumaat di Kedah. Hubungan antara Pas dengan Umno semakin terserlah ketika muktamar Pas ke 63 di Alor Setar kali ini apabila pemimpin Pas berjaya masuk ke 26 buah masjid di seluruh Kedah untuk memberikan khutbah Jumaat hari ini. Sempena muktamar kali ini, 26 pemimpin Pas yang diketuai timbalan presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi khatib jemputan hari ini. Beliau memberikan khutbah di masjid Tunku Putra, Kuala Kedah manakala timbalan mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakub berkhutbah di masjid Selarong Batang. Selain mereka berdua, turut dibenarkan menjadi khatib adalah Rosli Jabar (Masjid Alor Pulai), Datuk Dr Khairudin Aman Razali (Masjid Permatang Bongor), Datuk Dr Nik Zawawi Salleh (Masjid Tunku Ahmad Tajuddin). Kebiasaannya hanya khatib yang pro Umno sahaja boleh memberikan khutbah Jumaat di masjid-masjid terutama di negeri yang dikuasai oleh Umno. Selain mereka, masjid yang menjadi tempat ...

Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas.

Gambar
Ahli parlimen Pas meminta pimpinan parti itu agar jangan sampai dilihat 'kebuloq' (gila) hendakkan jawatan apabila memutuskan hubungan dengan PKR tetapi mahu kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang menteri besarnya adalah pemimpin PKR. Ahli parlimen Pas dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau dari awal lagi mahu Pas mengekalkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain khasnya PKR. "Tetapi kalau sudah kita buat keputusan putus dengan PKR, kita kena keluarlah dari kerajaan negeri Selangor. Kalau kita kekal dalam kerajaan negeri Selangor, nanti orang kata kita 'kebuloq' nak jawatan," kata bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu. Mahfuz tidak bersetuju dengan  kenyataan ketua pemuda Pas yang baru Mohamad Khalil Abdul Hadi  yang berkata Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor walaupun memutuskan hubungan dengan PKR. Kedudukan kerusi dalam DUN Selangor selepas Pas putus dengan PKR. "Exco Selangor dilantik atas cadanga...

Beban hutang 1MDB tetap terpikul di atas bahu rakyat, hanya penyelesaian ‘Atas Kertas’

Gambar
Adalah kebiasaan dalam dunia politik dan korporat bagi pesertanya mengalu-alukan berita baik kerana berita baik memberi keuntungan. Satu perkembangan yang diura-urakan mempunyai ciri baik atau positif itu adalah berita Malaysia capai persetujuan dengan Abu Dhabi untuk selesaikan kes saman timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London. Kalau kita masih ingat, pihak berkuasa Abu Dhabi saman kerana 1MDB tidak bayar balik hutang. Di bawah penyelesaian itu, 1MDB melalui kerajaan Malaysia akan bayar kerajaan Abu Dhabi AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.25 bilion pada kadar tukaran hari ini) bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB. Menurut laporan media antarabangsa, kedua-dua buah negara juga bersetuju untuk tidak menggunakan saluran undang-undang sebelum Disember 2020 dalam merundingkan pertikaian mengenai AS$3.5 bilion (kira-kira RM15.75 bilion) lagi hutang yang bersangkut-paut dengan dua bon lain yang dikeluarkan oleh 1MDB. Penyelesaian itu digambarkan sebagai baik. Tapi apalah...

Pemuda Pas Selangor ancam akan guling Azmin, Rafizi jika terus sindir parti itu

Gambar
ALOR SETAR: Pemuda Pas memberi amaran keras akan “menggulingkan” Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), jika 2 pemimpin PKR itu terus menyindir dan menyerang parti itu. Perwakilan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, tanpa bantuan jentera Pas pada PRU lalu, Azmin dan Rafizi mungkin sukar memenangi kerusi Parlimen Gombak serta Pandan. “Saya ingatkan Rafizi, kalau terus-menerus menyerang kita dalam keadaan kita tidak gentar dengan hujah beliau, kalau Rafizi anak jantan, tempatkan diri di Parlimen Pandan pada PRU akan datang, barisan Pemuda Islam (Pas) yang akan lumpuh semangatnya. “Demikian juga kepada Menteri Besar (Azmin), beliau boleh gelar kita lebai, ingat kalau tanpa jentera (Pas) yang bantu, kerusi (Parlimen Gombak) Menteri Besar akan menjadi kerusi penggal terakhir buat Menteri Besar Selangor itu,” katanya ketika membahas ucaptama Ketua Pemudanya pada muktamar sayap itu di Kompleks Pas Kedah. Beliau berkata demikian me...

Dimanakah Lembaga Disiplin PAS , takan sekadar main halau camtu jaa..???

Gambar
Jika kita lihat setiap persatuan, pertubuhan dan parti politik sudah pasti mereka akan ada satu jawatankuasa disiplin untuk mengadili sesuatu perkara yang melanggar perlembagaan dan undang-undang parti. Begitu jugalah dengan sesebuah negara dimana ia akan ada tempat membicarakan kesalahan yang dipertuduhkan keatas rakyat negara tersebut. Dan begitu jugalah dengan parti PAS...dimana jika didapati seseorg ahli melanggar peraturan parti maka ia boleh dibawa kejawatankuasa disiplin yg telah termaktub dalam undang-undang tubuh parti. Tapi jika dilihat akan kepada banner yang ditaburkan serata kawasan dalam negeri Kedah semalam ia seolah-olah parti tersebut tak ada undang-undang dan tak ada pengadilan kepada yg tertuduh.. yang ada adalah hukuman iaitu dengan menghalau mereka keluar. Sepatutnya mereka ini dibawa kejawatankuasa disiplin untuk mengadili akan mereka. Benarlah mereka menongkah arus ketika ini namun keadilah harus diberikan kpd mereka utk berhujah. Jadi bawalah mereka ke jawat...

PAS berpeluang kuburkan DAP jika benar apa yang dilaungkan, tapi kenapa tak lakukan???

Gambar
Ayah pin hina islam sampai lari atas langit penguatkuasa kejarnya Hamid Kahar mengaku nabi melayu sampai dalam penjara disumbatnya TIBA2 mai tang DAP semua sekadar jadi lalat hurung taik dan anjing salak bukit... Jika dah terbukti depa menghina islam seperti yang dicanang dan dilaungkan tu kenapa tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa dan ambik tindakan dengan haramkan teruih puak tu atas bumi Malaysia nie... Apa susah.... Mat Alishah

Dimanakah Lembaga Disiplin PAS , takan sekadar main halau camtu jaa..???

Gambar
Jika kita lihat setiap persatuan, pertubuhan dan parti politik sudah pasti mereka akan ada satu jawatankuasa disiplin untuk mengadili sesuatu perkara yang melanggar perlembagaan dan undang-undang parti. Begitu jugalah dengan sesebuah negara dimana ia akan ada tempat membicarakan kesalahan yang dipertuduhkan keatas rakyat negara tersebut. Dan begitu jugalah dengan parti PAS...dimana jika didapati seseorg ahli melanggar peraturan parti maka ia boleh dibawa kejawatankuasa disiplin yg telah termaktub dalam undang-undang tubuh parti. Tapi jika dilihat akan kepada banner yang ditaburkan serata kawasan dalam negeri Kedah semalam ia seolah-olah parti tersebut tak ada undang-undang dan tak ada pengadilan kepada yg tertuduh.. yang ada adalah hukuman iaitu dengan menghalau mereka keluar. Sepatutnya mereka ini dibawa kejawatankuasa disiplin untuk mengadili akan mereka. Benarlah mereka menongkah arus ketika ini namun keadilah harus diberikan kpd mereka utk berhujah. Jadi bawalah mereka ke jawat...

Isu Potongan Gaji, ANGKASA akan hantar memorandum penangguhan

Gambar
PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memohon kerajaan menangguhkan serta-merta arahan pelaksanaan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60 peratus daripada jumlah potongan gaji kasar. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa akan menyerahkan memorandum resolusi yang dipersetujui anggota koperasi Angkasa kepada kerajaan minggu hadapan bagi membolehkan rundingan diadakan dahulu berhubung isu ini. "Antara kandungan resolusi ialah tindakan kawalan maksimum 60 peratus di peringkat pembayar gaji hanya boleh dilaksanakan apabila sebuah agensi kawalan berpusat mengawal had maksima (pemotongan gaji) diwujudkan sebelum agensi memberi pinjaman. "Kawalan tersebut mesti diguna pakai oleh semua pihak termasuk kerajaan, badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi perbincangan mengenai pelaksanaan sekatan bayaran itu...

Ketua DHPP Sdr. Bala mengaku bermimpi jumpa Nabi..!!!

Gambar
Balakirsnan Mimpi Jumpa Nabi. PENGERUSI Kelab Penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Naib Presiden PAS yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad SAW. Demikan diberitakan oleh blog Lajnah Penerangan DU PAS Pahang baru-baru ini. Ustaz Tuan Ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu individu yang datang menjumpainya itu adalah Nabi Muhammad SAW? Individu dilihat didalam mimpinya itu memakai serban, berjubah dan mengakui dia adalah Rasulullah SAW lalu memberikan satu nama Muslim kepadanya.  Mengenai mimpi jumpa Nabi ini, Tuan Ibrahim membacakan dalam ceramahnya sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“. Hadis direkodkan oleh Imam Muslim. "Berdasarkan pengalaman ramai non Muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami ...

PAS sekadar ingin bercerai dengan PKR tapi masih mahu tinggal serumah.

Gambar
Putus hubungan dengan PKR tapi tidak perlu letak jawatan di Selangor Muhammad Khalil Abdul Had (tengah) dalam ketika mendengar ucapan Perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat kali ke-58 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut hari ini-Foto Bernama. 'Sembang kencang' Pas sempena perhimpunan agung tahunan parti itu yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR tidaklah sampai ke tahap angkat kaki daripada kerajaan negeri Selangor. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pimpinan Pas di negeri itu tidak perlu berbuat demikian walaupun Pas memuktamadkan berakhirnya kerjasama politik dengan PKR. Anak Presiden Pas yang menduduki jawatan berkenaan selepas menang tanpa bertanding itu mendakwa bukannya PKR atau DAP melantik exco dalam kerajaan negeri Selangor. "Ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) dalam kerajaan negeri Selangor tidak dilantik oleh PKR atau DAP. "Mereka dilantik oleh Pas, jadi tidak ada keperluan bagi mereka untuk ...

Anak Hadi secara rasmi ketua Pemuda PAS baharu selepas menang tanpa bertanding

Gambar
  ALOR SETAR: Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak sulung presiden PAS, menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019. Keputusan pemilihan parti itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Wan Mutalib Embong pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58, yang berakhir hari ini. Muktamar PAS ke-63 bermula semalam dengan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap – Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Muktamar PAS Pusat akan bermula esok, dengan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Muktamar yang dihadiri 1,200 perwakilan dijadual berakhir Isnin ini. Khalil, yang sebelum ini ialah timbalan ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baharu pada pemilihan kali ini. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat 2017-2019: Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari (MTB) Timbalan Pengerusi Tetap: Riduan Mohd Nor (MTB) ...

Pemuda PAS lulus usul ‘cerai talak 3’ dengan PKR

Gambar
ALOR SETAR: Selepas Dewan Ulama, kini giliran Pemuda PAS meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR. Usul itu dibawakan Perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Abdul Rahman Che Mat dan disokong Pemuda Shah Alam, sebelum ia diterima sebulat suara perwakilan tanpa bahas dan disahkan Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Riduan Mohd Nor. Rahman berkata, usul itu dikemukakan susulan sikap PKR terus menyerang dan tidak menghormati parti Islam itu sebagai rakan tahaluf siyasinya. “Berlaku pelbagai jenis serangan dan tohmahan (oleh PKR) kepada batang tubuh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). “Sebelum ini kita melakukan tahaluf siyasi dengan mereka dengan beberapa syarat yang ditetapkan dan berdasarkan syarat yang telah dilanggar, kami cadangkan untuk putuskan hubungan cerai talak tiga,” katanya ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS di Kompleks PAS kedah hari ini. Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada perwakilan. Usul ini akan dibawa ke ...

Putar belit skandal 1MDB akhirnya makan tuan

Gambar
Usaha beberapa pemimpin Umno menggunakan isu penyelesaian luar mahkamah antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) sebagai hujah kononnya skandal kewangan membabitkan syarikat pelaburan negara itu sudah berakhir sebenarnya memakan diri sendiri, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Malah cubaan mereka untuk mempertahankan 1MDB telah membangkitkan semula persoalan asas yang sehingga kini masih belum terjawab. Beliau memberi contoh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa kononnya penyelesaian antara 1MDB dan IPIC membuktikan perdana menteri tidak bersalah. Malah tambah Kit Siang, Rahman Dahlan juga mendakwa dana 1MDB wujud dalam bentuk 'unit' di Singapura dan boleh ditukarkan ke dalam bentuk matawang untuk dibayar kepada syarikat Abu Dhabi berkenaan. "Terima kasih Abdul Rahman, kerana beliaulah soalan-soalan ini telah dibawa semula kepada perhatian masyarakat umum, bersekali dengan pertanyaan yang diba...

#JahanamPAN!: Maafkan mereka, doakan mereka, kata Amanah

Gambar
Kecaman Dewan Ulamak Pas terhadap Amanah dalam muktamar sayap utama parti itu semalam tidak langsung mendatangkan kesan kepada para pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan tersebut, malah naib presiden Amanah menasihati anggota parti itu supaya memaafkan dan mendoakan kebaikan terhadap mereka. Naib presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam pesanan yang tular di media sosial mengemukakan pertanyaan, "Adakah anda semua boleh dan mampu tersenyum puas kalau ada rakan anda tersasul memaki orang lain?" Beliau lantas memetik firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat ayat 11 yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik; dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan; seburuk-bur...

Luahan hati Bella Dally mengenai zuriat.. (video)

Gambar
Sering kali diaju tentang soal anak, pelakon Bella Dally akui tidak tertekan dengan soalan tersebut, sebaliknya isteri kepada aktor Nazim Othman ini reda dan menanti rezeki itu penuh sabar. Malah menurut Bella, ada juga peminat yang menyangka dirinya sedang hamil kerana dia sering kali menyarung pakaian bersaiz besar. -mStarOnline

Dalam semua pihak dalam PAS marahkan AMANAH & DAP tiba-tiba Mursyidul Am PAS suruh maafkanlah mereka...

Gambar
Maafkanlah mereka...: Mursyidul Am Pas 27 April 2017 ALOR SETAR - "Maafkanlah segala kesilapan," berikut kata-kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin ketika ucapan Perasmian Dewan Muslimat Pas Malaysia di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini. Menurutnya, beliau percaya ALLAH SWT tidak akan sia-siakan pengorbanan mereka selama ini. "Perkara yang dah terlajak itu, maafkanlah. Macam rakan-rakan yang telah lari meninggalkan kita. "Selain itu, kita perlu yakin dengan kebenaran yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT. Jangan pula kita tergolong dalam golongan orang yang ragu-ragu dengan kebenaran," katanya tanpa menyebut mana-mana pihak. Sementara itu, sebagai seorang yang memperjuangkan Islam, pertolongan harus diberikan walaupun kepada 'musuh'. "Kalau ada orang minta tolong, kita kena bantu tidak kira apa pun kerana dalam Islam jika perkara mendatangkan bahaya, bantuan harus diberikan walaupun kepada musuh. "Itu maksud saya, sebagai co...

Afdlin Shauki kecam AME 2017?

Gambar
Sejak anugerah AME 2017 yang berlangsung hujung minggu lalu menarik perhatian dan kejutan orang ramai, sememangnya telah membuatkan juga ramai yang tidak berpuas hati dengan acara berkenaan. Ramai yang terkilan kerana artis yang mereka sangka boleh merangkul juara, sebaliknya pula berlaku. Pelakon terkenal Afdlin Shauki juga sempat meluahkan pendapatnya tentang AME 2017 di laman Instagramnya. Baca lagi »

PEMUDA PAS arah semua jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dilepaskan!!!

Gambar
PEMUDA PAS SURUH BARISAN EXCO KEPIMPINAN DARI PAS SELANGOR LETAK JAWATAN DALAM KERAJAAN NEGERI. Bertetapan dengan keputusan Dewan Ulamak siang tadi dengan ini kami dari Pemuda PAS Gombak menyeru supaya semua EXCO PAS serta AHLI MAJLIS dan JKKK dari PAS serta lantikan politik dalam GLC Negeri supaya meletak semua jawatan dalam kerajaan negeri Selangor. Sesungguhnya dengan seruan dari keputusan Dewan Ulama PAS maka dengan ini terputuslah segala hubungan dengan KEADILAN yang menguasai dalam pemerintahan negeri Selangor. Semoga keputusan Dewan Ulama dipatuhi oleh semua lapisan kepimpinan dalam PAS Selangor. Sekian Terima Kasih

Sekarang dah cantik, apa guna botox! - Ani Mayuni

Gambar
Tidak seperti sesetengah selebriti lain,Ani Mayuni berkata dia tak terfikir pun untuk membuat pembedaham plastik atau pun suntikan pada wajah. Mememtik portal Berita Harian, Ani mengakui tidak berani melakukannya kerana ia perbuatan yang dilarang dalam Islam. "Saya cuba mengelak daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama. "Saya tidak berani untuk membuat suntikan Botox atau pembedahan wajah semata-mata untuk kelihatan cantik. "Saya rasa, wajah saya sekarang sudah pun cukup cantik. Saya juga tidak mahu wajah saya menjadi sama dengan orang lain," katanya.

Kisah barua dan broker dengan doa lakhnat...adakah ulama halalkan semua..!!??

Gambar
Ulamak yang memilih kemungkaran...! 1. Saya memilih utk ikuti live ulamak Pas bermuktamar pagi ini. Sebaik sahabat saya Ustaz Mohd Nazri Chik selesai aluan, ucapan sulung adalah wakil Kedah Ustaz Rejab Md Akhir. 2. Belum pun sempat berucap, semua yg hadir diajak bangun dan sama laung kata semangat, yg terus disusuli kata "jahannam PAN". https://www.youtube.com/watch?v=aI7ZKOukdo8 3. Allahu... Saya benar tergamak, terdiam, tak terkata beberapa saat. Itu rupanya kalimah pertama hari mulia 1 Syaaban 1438H ini, didoakan oleh perwakilan dlm satu majlis besar yg berkumpul semua ahli agama parti itu. Ada yg dilihat tak selesa, namun tak ada pun seorg bangkit tegur maksiat akhlaq dihadapan mereka itu... Termasuk tidak ditegur oleh wakil syura parti yg ada dalam dewan itu! bahkan hampir semuanya bergembira senyum dgn kemaksiatan berjamaah itu! Ikhwah yg dirahmati 4. Sesunggguhnya kalimah "jahannam" itu adalah hak Allah semata, yg digunakan utk musuh Islam yg kelak dic...