Postingan

Menampilkan postingan dari Juli, 2017

Lirik lagu terbaharu Zulin Aziz yang sebenarnya bermaksud.....

Gambar
Dengar khabar yang Zulin Aziz telah memuatnaik lirik video lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Datuk Jamal Abdillah. Namun lirik berkenaan sememangnya ada maksud tersendiri dan ianya memang ditujukan kepada seseorang yang berpura-pura baik di hadapan tetapi tikam di belakang. Baca lagi »

90 peratus lulusan kolej vokasional dapat kerja

Gambar
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kira-kira 90 peratus daripada 2,273 graduan kohort pertama kesemua 15 kolej vokasional di seluruh negara berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang masing-masing. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian itu membuktikan kebolehpasaran graduan kolej berkenaan melebihi sasaran 70 peratus untuk pasaran kerja.
 Menurutnya, pada masa sama, sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 pelajar bagi kohort kedua telah pun bekerja walaupun masih belum melalui majlis konvokesyen pada bulan ini sekali gus menunjukkan mereka mempunyai kemahiran dan diiktiraf industri.
 “Program pengajian diploma kolej vokasional bakal memperoleh akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada Disember tahun ini selepas agensi itu selesai membuat verifikasi akreditasi penuh program diploma di 15 kolej vokasional yang menawarkan 16 program.
 “Kementerian juga berbincang mengenai intensif dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan pelajar lepas...

Neelofa dikecam kerana berpakaian seperti ini...

Gambar
Baru-baru ini Neelofa telah pergi menghadiri persidangan belia Youth Assembly At United Nation anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Namun apa yang menjadi perhatian ialah sekeping foto yang dimuat naik dalam laman sosial miliknya. Seorang follower bernama @busradur.maz telah meninggalkan satu komen yang mengkritik cara Neelofa berpakaian. Katanya, apa yang Neelofa pakai tidak melambangkan ciri-ciri wanita Islam. Berikut adalah komen netizen tersebut. Baca lagi »

Download First Grade Reading Comprehension Worksheets

Gambar
These grade 1 reading comprehension worksheets are taken from a series of leveled reading workbooks ranging in difficulty from A to Z, according to the Fountas and Pinnell grading system.  Download  Free  Worksheets  HERE The full workbooks are available for download from K5 Learning.com Download Free Worksheets HERE

Serina Chef Wan dedah antara sebab dia bercerai dengan Gavin..

Gambar
Anak perempuan Chef Wan, Serina Redzuawan akhirnya menjawab spekulisi berhubung kes penceraiannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh. Memetik Bharian, Serina merasa terkilan dengan beberapa pihak yang menuduh beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu ekoran pemberian hak jagaan sementara anak-anak kepada suami, Gavin. Menurut Serina, ada sebab beliau membuat keputusan sedemikian dan masing-masing bersepakat menjaga dua cahaya mata mereka dengan cara tersendiri. "Terlebih dulu saya nak maklumkan, saya dan Gavin tidak bergaduh, apatah lagi mahu berebut anak. Kami bersepakat untuk menjaga anak-anak bersama. "Memandangkan siang hari dia bekerja mengikut waktu pejabat, maka saya akan menguruskan anak-anak, termasuklah hal sekolah, mengaji dan sebagainya. "Pada waktu malam pula, Gavin yang akan uruskan mereka. Dia minta anak-anak bermalam di rumah asal kami kerana bilik mereka baru saja diubah suai. Salah ke? "Bukannya saya lepas tangan tinggalkan anak-anak....

Hutang Sri Lanka dengan China amaran buat Malaysia

Gambar
Sri Lanka menjadi negara Asia pertama jatuh ke “perangkap hutang China” selepas menerima pelaburan berbilion dolar dalam projek infrastruktur besar, berdasarkan panduan dan janji Beijing. Portal berita Singapura, The Independent melaporkan Sri Lanka kini menanggung hutang AS$8 bilion daripada keseluruhan AS$64 bilion dengan China disebabkan pelaburan besar dalam pelbagai projek. Akibatnya, sebahagian besar pendapatan negara Asia Selatan itu terpaksa digunakan untuk melangsaikan hutang, bukannya untuk pembangunan sangat diperlukan negara yang bebas daripada perang saudara selama 25 tahun, pada 2009. Kini, portal berita itu melaporkan wujud kebimbangan terhadap pelaburan kuasa besar dunia itu di Kemboja, Malaysia dan Indonesia. Pakar mempersoalkan minat China terhadap Malaysia secara tiba-tiba dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuka tangan dan semuanya kepada janji Beijing untuk memberi pinjaman besar-besaran.

Hangpa report buat apa pasai Zahid.. depa takan layan aihh..!!!

Gambar
NAK KATA TOLOL BUKAN PULA... Banyak pihak buat report polis terhadap Zahid Hamidi dan juga Ketua Pendaftaran Negara ekoran pendedahan data peribadi Dr Mahathir dibuat oleh Zahid. Memang sesiapa ada hak untuk membuat laporan polis dan mendapat keadilan. Tetapi apakah semua pihak tidak faham dengan proses siasatan dan keadilan di negara ini. Laporan polis boleh dibuat tetapi ia tidak akan disiasat dan diambil tindakan. Bukankah Zahid itu menteri yang jaga polis, masakan polis berani menyiasatnya. Mereka yang gian nak buat report polis terhadap Zahid patut baca sejarah lama apa yang telah berlaku. Zahid pernah dilapor kepada polis kerana mencederakan seseorang, tetapi apakah polis menjalankan siasatan? Tidak. Laporan terhadap Zahid itu adalah kerja sia-sia seperti mencurah garam ke laut. Sementara itu DAP meminta parlimen membuat undi tidak percaya kepada Zahid sebagai menteri KDN dengan apa yang berlaku itu. Ini pun satu kerja yang mengikut prosuder undang2 tetapi ia tidak akan dilay...

PJ PAS PAHANG DIMINTA MOHON MAAF DIATAS MEMFITNAH PAKATAN HARAPAN DALAM ISU RUU355

Gambar
USTAZ ROSLI JABAR PJ PAS PAHANG MEMBUAT KENYATAAN YANG BERUNSUR FITNAH KEPADA PAKATAN HARAPAN DALAM ISU RUU355. 1)Saya amat terkejut apabila menonton satu klip video youtube yang bertajuk "Najib PM berikan gula-gula pilihanraya kepada warga Felda. Harapkan pagar - pagar makan padi  begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada PJ Pas Pahang yang menuduh  Pakatan Harapan menolak ruu355. Seharusnya seorang yang bergelar ustaz perlu tabayyun dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Ucapan beliau boleh dirujuk daripada minit 20.46 - 21.05 ( https://m.youtube.com/watch?v=LJ7T5PE8pIU&feature=share) 2) Untuk pengetahuan PJ PAS Pahang yang dihormati, mustahil Pakatan Harapan menentang RUU akta 355   yang sehingga kini belum dibahas di dalam Parlimen.  Dan apabila Ahli Parlimen Pakatan Harapan meminta untuk dibahas tetapi ditangguhkan.  3)Sekirannya yang digemburkan PJ PAS pahang dalam ceramah beliau bahawa PH menolak Akta RUU355, mengapa MP PH m...

Semua sudah terjawab Aliff Aziz, Bella. Komen lawak nitizen (pic akhir sekali)

Gambar
Aliff Aziz mengaku dia keluar berdua dengan Affifah Nasir ke pusat karaoke di Cheras, Kuala Lumpur, Khamis lalu dan ia bukan atas urusan kerja seperti didakwa. Aliff berkata, dia berani mengakui perkara itu kerana dia dan Afifah yang juga pelakon tahu apa yang berlaku di antara mereka berdua. Sehubungan itu, Aliff turut mengakui kesalahannya terhadap isteri, Bella Astillah, 23, termasuk mengasari isterinya itu di pusat karaoke berkenaan. Baca lagi »

Calon UPSR parah jatuh dari bumbung sekolah

Gambar
Foto via media sosial KUANTAN 31 Julai - Seorang murid tahun enam sebuah sekolah di Cherating, di sini cedera parah selepas terjatuh daripada bahagian bumbung bangunan sekolah tersebut ketika mencari sarang burung hari ini. 
etua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 itu, Muhamad Syawal Heri, 12, bersama tiga rakannya memanjat bumbung bangunan empat tingkat sekolah tersebut bagi tujuan berkenaan. “Bagaimanapun, mangsa tergelincir menyebabkan siling pecah dan dia terjatuh daripada ketinggian empat tingkat bangunan itu. “Mangsa dibawa ke Hospital Kemaman, Terengganu bagi mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Akta Keganasan Rumahtangga Pindaan 1994, kenapa perlu spin ucapan YB HANIPA..!!!

Gambar
Akta Keganasan Rumahtangga Pindaan 1994 1. Tujuan Pindaan ini adalah untuk Mengembangkan Akta ini lebih meluas/menyeluruh. 2. Semua YB Ahli Parlimen sokong. Yb Pas, Yb Amanah dll, ucap tahniah dan sokong. 3. Yg dijadikan Viral oleh penyokong Pas adalah ucapan Yb Hanipa sebagai, "Ketepikan pandangan agama, beri perlindungan pasangan bersekedudukan" "Menyokong Melindungi Bukan Muhrim (Muslim) Bersekedudukan Dlm Sebuah Rumah". 4. Yb Hanipa antara lain, menyentuh difinisi 'Keganasan Rumahtangga'. Akta Keganasan RumahTangga diterjemah dlm Bahasa Inggeris adalah 'Domestic Violence Act'. 'Domestic Violence Act' diterjemah semula dlm Bahasa Melayu adalah 'Akta Keganasan Domestik' 'Rumahtangga' & 'Domestik' itu berbeza pada pandangan Yb Hanipa. (Ingat, tujuan pindaan adalah untuk mengembangkan akta lebih meluas/menyeluruh) 5. 'Domestik' pd pandangan Yb Hanipa adalah 'Segala Isi Rumah', yg termasuk...

Gabung kelas, sekolah untuk Sekolah Kurang Murid (SKM)

Gambar
Gambar hiasa via Cikgu Perus KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,058 sekolah kebangsaan (SK) di seluruh negara diletakkan dalam kategori sekolah kurang murid (SKM) iaitu mempunyai murid kurang daripada 150 orang. Sebanyak 578 sekolah jenis kebangsaan Cina dan 360 sekolah jenis kebangsaan Tamil turut dikategorikan sebagai SKM. Daripada jumlah itu, 132 SKM mempunyai murid seramai 20 orang ke bawah, manakala 44 sekolah mempunyai kurang daripada 10 murid. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kementerian mempunyai dua kaedah bagi menangani masalah 2,996 SKM di seluruh negara ini iaitu kelas bercantum dan sekolah bergabung. "Kementerian sudah menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan Kelas Bercantum di SKM dan penggabungan sekolah, tahun lalu bagi menangani perkara ini. "Bagi Kelas Bercantum, murid Tahun Dua dan Tahun Tiga dicantumkan dalam satu kelas, begitu juga dengan murid Tahun Empat yang disatukan dengan murid Tahun Lima. "Murid Tahun Satu dan Ta...

Video buli tular pelajar perempuan di padang disiasat

Gambar
Foto via media sosial KUNAK: Polis menyiasat kes seorang pelajar perempuan dibuli sekumpulan pelajar perempuan lain yang dipercayai berlaku di kawasan padang sebuah sekolah menengah di sini, Sabtu lalu. Rakaman mengenai kejadian itu tersebar di laman sosial sejak semalam. Difahamkan, kejadian berlaku di luar sesi persekolahan di kawasan padang sekolah menengah di daerah ini, namun motif dan punca kejadian belum dapat dipastikan. Klip video selama satu minit 39 saat memaparkan sekumpulan pelajar perempuan menyerang dan memukul seorang pelajar perempuan lain itu menimbulkan rasa kurang senang masyarakat, khususnya netizen. Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir, berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu pelajar berkenaan berhubung perkara itu tengah hari kelmarin, dipercayai sehari selepas kejadian. "Kejadian itu dipercayai berlaku Sabtu lalu di padang sebuah sekolah menengah di sini dan siasatan serta tindakan lanjut sedang dijala...

SAYA masih sayangkan Aliff! - Bella Astillah

Gambar
Empat perkataan itu cukup menggambarkan perasaan cinta Bella Astillah terhadap suaminya, Aliff Aziz tidak berbelah bahagi ketika penyanyi itu dihimpit kontroversi bersikap curang dan kaki pukul. Wanita tabah ini juga tidak berhasrat untuk berpisah dengan suaminya walaupun terpaksa melalui detik getir ketika ini selain persepsi buruk orang ramai terhadap Aliff atas kejadian itu. Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, berkata, tuduhan kononnya Aliff, 26, kaki pukul juga tidak benar malah suaminya itu tidak pernah mengasarinya selama tempoh perkahwinan mereka sejak disatukan pada 9 September 2016. “Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam. “Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya, “Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” tam...

Sekitar pernikahan, resepsi Siti Saleha (25 gambar HD)

Gambar
Tahniah Siti Saleha dan Ahmad Lutfi yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.40 Jumaat lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di TPC Bukit Kiara. . Siti Saleha yang berusia 27 tahun menerima mas kahwin sebanyak RM500 daripada Ahmad Lutfi, 31 tahun. Namun jumlah hantaran dirahsiakan. Pengantin perempuan turut memberi sembilan dulang hantaran manakala pengantin lelaki membalas tujuh dulang. Baca lagi »

Apa yang tak kena dengan gambar Alif Satar ni? (komen nitizen)

Gambar
Apa lah nasib Aliff Satar ni gambar begini telah mendapat perhatian nitizen sehinggakan ramai yang mengecam beliau dengan 'keadaan' sekarang ni. Antara komen yang menarik dan agak lucu juga dibaca. Agak-agak dorang ni peka ke pekak dengan dunia hiburan tempatan eh. Baca lagi »

Apa taraf akal yang ada pada TPM sehingga sanggup menghina mak bapak musuh politik?

Gambar
Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad (MOHAMAD ISKANDAR) Apabila Datuk Seri Zahid Hamidi mula menyerang keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya terpanggil untuk menulis. Kenalkah beliau siapakah insan yang beliau cerca tersebut? Mungkin ramai yang tidak mengetahui malah tidak menyedari siapa sebenarnya ayahanda Tun Dr Mahathir. Betapa besarnya jasa yang pernah di lakukannya buat negeri Kedah dan Malaysia khususnya. Janganlah kerana ingin meraih sokongan politik maka keluarga mahupun keturunan di jadikan sebagai hujah untuk menghalalkan cara. Tidakah ini adalah tindakan dangkal untuk menguasai undi mahupun sokongan. Banyak lagi cara mahupun kaedah untuk merealisasikan hasrat seseorang yang terlibat di dalam dunia politik. Sepatutnya seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri wajar memperlihatkan kepada rakyat tentang jasa serta sumbangan yang lebih bermakna kepada negara untuk meraih sokongan rakyat. Bukannya mencerca malah menghina susur galur keturunan. Nabi SAW pernah melarang p...

Apa reaksi kekasih Afifah Nasir selepas kontroversi berlaku..

Gambar
Pelakon Afifah Nasir yang terpalit dengan kontroversi meruntuhkan rumah tangga Aliff Aziz mengakui kekasihnya dikenali Wan Ariff masih setia kepada aktres itu. Malah rakaman kamera litar tertutup (CVTV) yang tersebar memperlihatkan individu menyerupai Aliff Aziz dan Afifah berpimpin tangan juga tidak menggugat kepercayaan Wan Ariff terhadap teman wanitanya. Baca lagi »

Aliff Aziz bagi 'no. telefon' kepada pembencinya, TAPI... kah kah kah..

Gambar
Bukan main berani lagi Aliff Aziz memberikan nombor telefonnya kepada siapa-siapa yang tidak berpuas hati dengannya di laman sosial. Namun nombor telefon berkenaan bukanlah milik sebenar Aliff, ianya milik seorang individu yang sangat berasa terkejut apabila mendapat beberapa panggilan dan text Whatsapp dari handphone miliknya. Pemuda berkenaan akhirnya membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Aduhai. Baca lagi »

LAPORAN POLIS TERHADAP ZAHID HAMIDI & KETUA PENGARAH JPN

Gambar
LAPORAN POLIS TERHADAP ZAHID HAMIDI & KETUA PENGARAH JPN Lanjutan ucapan perasmian penutup Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kelana Jaya hari ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini, esok Isnin 31/07/2017 jam 1 tengahari di IPD Dang Wangi, saya akan buat laporan polis terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara keran telah membocorkan maklumat peribadi individu kepada khalayak. Malaysiakini melaporkan seperti berikut : Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty". Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)." Bagaimana Ketua Pengarah JPN boleh sewenang-wenang memberikan maklumat peribadi Tun Dr. Mahathir kepada Zahid dan k...

Najib teruja AJK PAS hadir ke mesyuarat Umno

Gambar
30 Jul 2017 Kehadiran Anggota Jawatankuasa PAS Lipis, Mahyudin Ghazali ke Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis hari ini mencuri perhatian anggota Umno termasuk presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir bagi merasmikan persidangan itu. Najib yang dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin PAS tempatan itu berkata belum pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin PAS datang ke majlis perasmian mesyuarat Umno. “Jarang dalam persidangan Umno ada orang PAS. Man … (ketua Umno bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad) ini merupakan satu kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis Di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di Lipis, hari ini. http://ift.tt/2vVmG9U

Kumpulan aktivis beri amaran bahaya kelompok 'kartel'

Gambar
  Gerakan Aktivis Harapan (GAH) memmberi amaran bahaya kewujudan kelompok parasit yang dipanggil sebagai 'kartel' dalam salah satu komponen blok pembangkang itu. Menurut kumpulan aktivis diwakili penyokong Amanah, PKR, DAP dan PPBM itu, terdapat unsur yang dilihat memudaratkan Pakatan Harapan termasuk cubaan mendominasi dan membentuk proksi. "Ada sikap pemimpin Pakatan Harapan yang memperlihatkan sikapnya enggan memperkukuhkan Pakatan Harapan sehingga terbit kata nama 'kartel'. "Sekarang ini, GAH melihat adanya elemen-elemen yang akan dan telah pun merosakan Pakatan Harapan. Perkara ini dilihat bakal menjadi barah kepada Pakatan Harapan. "Mereka (kelompok kartel) ini mahu menjadi tuan dan mahu mendominasi Pakatan Harapan. "Mereka ini telah membentuk proksi sendiri bukan sahaja di Selangor malah di beberapa negeri dengan mengangkat diri sendiri dan berpura-pura mendakwa diri sebagai juara," tegas jurucakap GAH, Zanirun Baba. Bercakap...

Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang

Gambar
  Selepas Pas melancarkan jenteranya untuk merampas Permatang Pauh, PKR pula melancarkan jenteranya dan yakin akan mempertahankan kerusi parlimen itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika bercakap kepada media selepas melancarkan jentera pilihan raya PKR Negeri Pulau Pinang di Yayasan Aman, Penanti, semalam berkata, pihaknya yakin akan menang di situ. Nurul Izzah semasa berucap di Yayasan Aman semalamMenurut beliau lagi, Parlimen Permatang Pauh mempunyai sifat sentimentalnya yang tersendiri termasuklah pengundi yang telah memberikan mandat dan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dalam politik semua yang bertanding inginkan kemenangan dan menjadi wakil rakyat. "Sehubungan itu kita tidak ingin zahirkan provokasi kepada mana-mana pihak ataupun golongan. "Kemenangan adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul bagi memperjuangkan nasib rakyat," jelasnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlime...

ANWAR : KENAPA SAYA SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN MAHATHIR?

Gambar
KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM Rakan-rakan dari SUARAM, Otai Reformasi, PSM, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis telah mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang merangkul Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan PH. Mereka khuatir akan berlaku penyimpangan dari landasan gagasan Reformasi dan agenda perubahan. Ada pandangan yang mencurigai muslihat sebenar yakni memadamkan keterlanjuran lalu termasuk penahanan tokoh politik dan aktivis rakyat, pelanggaran hukum dan rasuah. Paling tajam adalah dakwaan bahawa akan berlaku ikhtiar untuk memulihkan corak pemerintahan dan tatakelola era lampau yang juga autokratik seperti rejim kini. Luahan tersebut adalah dari rakan-rakan setia dan prihatin, yang turut mengalami keperitan perjuangan dan banyak membantu melonjakkan kekuatan pembangkang. Kegusaran tersebut memang berlegar di kalangan masyarakat dan dihebah di media milik UMNO-BN. Saya hargai teguran rakan-rakan dan menggesa pimpinan PH berlapang dada berunding dan menjel...

Komen balas cool Datuk Aliff kepada kenyataan pedas Chef Wan

Gambar
Chef Wan baru-baru ini ada mengeluarkan pendapatnya yang mengatakan Datuk Aliff Syukri tiada kelas makan di tepi jalan ketika Datuk Aliff dan keluarganya bercuti di Eropah. Namun bagi Datuk Aliff dia membalas pendapat Chef Wan itu dengan nada yang cukup menutupi segala mulut Chef Wan mengenai dirinya. Baca lagi »

Nur Sajat tunjuk 'bahagian sulitnya' bukti jantina?

Gambar
Kasihan Nur Sajat ni, selalu kena hina dan perli pasal jantina dia di media sosial. Ramai yang tak sudah-sudah lemparkan hentaman sebab jantinanya. Kali ini dia tampil menjelaskan mengenai bahagian sulit berkenaan melalui satu video yang dimuatnaik olehnya baru-baru ini. Layan.. Baca lagi »

Anak syarikat rugi besar, Ladang Rakyat jawab Husam

Gambar
Anak syarikat rugi besar, Ladang Rakyat jawab Husam   Penutupan empat anak syarikat kerana kerugian operasi adalah sesuatu yang lumrah dalam perniagaan, kata pihak pengurusan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan menjawab satu pendedahan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa. Dalam satu kenyataan sebelum itu, Husam berkata kesemua lima anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (LR) mengalami kerugian melebihi RM9 juta dan empat daripadanya telah ditutup. Menurutnya hanya satu anak syarikat LR yang masih beroperasi iaitu Ladang Rakyat Project Management Sdn Bhd walaupun merekodkan kerugian untuk tahun 2016 berjumlah RM8.412 juta dan jumlah kerugian sejak ditubuhkan sebanyak RM8.5 juta. "Empat lagi lagi anak syarikat telah ditutup operasinya. "Syarikat berkenaan adalah Ladang Rakyat Aquafarm Sdn Bhd (ditutup 2017dengan kerugian terkumpul RM 166,339), Ladang Rakyat Tropical Sdn Bhd (2016, kerugian RM 98,500), Ladang Rakyat Agro Prod...

KPM nafi guru sokong pembangkang kerana kecewa

Gambar
JELI - Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan guru menyokong pembangkang disebabkan kecewa selepas permohonan pertukaran mereka belum diluluskan. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau percaya guru masih menghormati profesion mereka dalam perkhidmatan awam. "Ia peribadi (lebih kepada masalah peribadi). Saya yakin mereka masih menghormati profesion perguruan. "Kita percaya guru tahu hormati hati budi, dan budaya sebagai seorang guru yang berada dalam organisasi kerajaan," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini, hari ini. Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Sumber: Sinar Harian

Perbahasan Akta Keganasan Rumahtangga : Menjawab Kekeliruan Yang Ditimbulkan menara.my

Gambar
Oleh DR SITI MARIAH MAHMUD Pada 24hb Julai Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat , Datuk Rohani Karim telah membentang pindaan RUU Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) Pindaan 2017. Saya turut mengambil bahagian di dalam perbahasan tersebut. Antara pindaan yang dibuat adalah untuk mempermudahkan mangsa penderaan rumahtangga mendapat perintah perlindungan sementara (interim protection order -IPO) dan perintah perlindungan (protection order-PO) yang boleh diberi oleh pihak polis dan juga pegawai kebajikan masyarakat.  Termasuk di dalam akta ini ialah mangsa yang terdiri dari isteri/suami, ibu bapa/adik beradik, ahli keluarga terdekat dalam keluarga sahaja. Maknanya ada hubungan kekeluargaan. Secara umumnya boleh dikatakan AKRT mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen tanpa ada satu pun bantahan. Semua yang berhujjah bersetuju peri pentingnya mangsa penderaan perlu dilindungi daripada pendera nya. Tambahan lagi statistik kes penderaan semakin meningkat setiap tahu...

ANWAR, MAHATHIR DAN DOA ALMARHUM US FADZIL NOOR

Gambar
ANWAR, MAHATHIR DAN DOA ALMARHUM US FADZIL  NOOR Skandal 1MDB ini mula keluar dari mulut Anwar sejak 2010 lagi.  Hasilnya skandal ini mencapai kemuncaknya dan menjadi kontroversi hebat pada tahun 2016 sehingga sekarang apabila Sarawak Report dan DOJ turut menjadikan skandal ini sebagai satu skandal terbesar di abad ini.  Najib popular di dunia kerana isu ini saja. Hasilnya lagi, Tun M bersama Muhyiddin serta Shafie Apdal membentuk parti untuk menentang Najib, Umno/Bn.  Isu ini juga menghantui Tun M sehingga beliau sanggup bersama Anwar, Azizah, Kit Siang dan Mat Sabu bagi menentukan kejatuhan Umno/Bn.  Tindakan Anwar yang berani membuka mata rakyat terhadap skandal 1MDB ini menjadikan Tun M tertarik untuk turut serta dan ini satu kejayaan moral terbesar buat Anwar.  Tun M pula berjaya menembusi kubu-kubu kuat Umno terutamanya di kawasan-kawasan felda yang mana harus kita akui kita agak gagal untuk melakukannya sebelum ini.  Kita telah berdepan deng...

Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan

Gambar
AMANAH mencabar PAS mencadangkan kerajaan Kelantan menggubal enakmen bagi 'mengikat' mahkamah syariah di negeri itu dengan fatwa. Anggota Jawatankuasa Biro Undang-undang (KANUN) Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil, berkata buat masa ini tiada peruntukan dalam mana-mana enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri menyatakan fatwa boleh mengikat mahkamah. Mengulas cadangan dibuat Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Faiz berkata kerajaan Kelantan sepatutnya terlebih dulu menyahut seruan pemimpin PAS terbabit. "Jika kerajaan negeri tidak bersedia melakukannya, KANUN mencabar Khairuddin untuk mengemukan rang undang-undang persendirian melalui mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk mengusulkan cadangan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam Khairuddin mencadangkan kerajaan pusat menggubal suatu akta untuk memberi kuasa undang-undang kepada fatwa negeri agar dijadikan rujukan bagi 'mengikat' mahkamah sivil dalam i...

Kehidupan terkini Irma Hasmie, comel-comel anaknya (22 gambar)

Gambar
Lama dah tak dengar berita mengenai pelakon Irma Hasmie kan. Memetik portal Intrend, kini dia mengakui keutamaannya hanya kepada keluarga berbanding perkara lain. Meskipun kerjaya sebagai pelakon dan pengacara masih berjalan seperti biasa, namun setiap tawaran yang diterima akan dipertimbangkan terlebih dahulu. Baca lagi »

Apa cerita Aliff Aziz di lokap Polis?

Gambar
Aliff Aziz, 26, yang ditahan semalam atas kesalahan memukul isteri dalam pantang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek akan diberi jaminan hari ini berikutan siasatan kes sudah selesai. Katanya, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya. Sebelum itu, Aliff telah membelasah isterinya di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras susulan dari penemuan lelaki itu bersama wanita lain dalam satu bilik karaoke. Bella Atillah, 23, isteri artis itu menjadi tidak puas hati dan berlaku pertengkaran mulut sebelum wanita itu merakam gambar suaminya bersama wanita di dalam bilik berkenaan. Akibatnya, wanita itu yang baru melahirkan anak sulung 20 hari lalu dipukul artis berkenaan hingga cedera di muka dan lutut. Artis itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. -harianMetro

Akhirnya Najib, Umno dan BN boleh dikalahkan

Gambar
  Sebaik keriuhan pilihan raya selesai, terutama jika kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan, sejarah akan menandakan 14 Julai 2017 sebagai titik perubahan besar negara. Sidang media diadakan pada 12.30 tengah hari pada 14 Julai 2017 di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat. Pakatan Harapan mengumumkan logo, barisan pimpinan dan pelan polisi awal. Saat bersejarah itu boleh dilalui dan diterjemah dari pelbagai sisi. Ia menandakan berakhirnya mesyuarat empat jam dengan kesimpulan yang menggembirakan hasil berbulan susah-payah dalam memikirkan cara paling berkesan menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan parti-parti Pakatan Harapan sedia ada, iaitu PKR, DAP, dan Amanah, selain pencapaian persefahaman dua dekad perseteruan politik antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan para penyokong dari kedua-dua tokoh politik itu. Kini BN boleh dikalahkan Suasana baru dapat dirasakan di mana-mana dengan harapan besar bahawa kini, akhirnya, Per...

SPR digesa jelaskan 'pengundi hantu' RDPT di bangunan Umno Bukit Katil, IPK, kem tentera

Gambar
  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bagi penjelasan mengenai Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku kedua 2017 kerana terdapat 13 nama yang berlainan latarbelakang pada satu alamat yang sama di Bangunan Umno-BN Bukit Katil dan perpindahan pengundi pos dan awal di ibupejabat polis daerah dan kem tentera di Melaka. Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa 13 nama-nama tersebut telah mengunakan alamat bangunan Umno Bukit Katil walaupun lot-lot di situ tiada penyewa kerana ia dijadikan bangunan Umno sebaik ia siap dibina. "Kawasan penempatan di taman tersebut iaitu sederet ruma hteres mempunyai nomor ganjill bermula dari nombir 1 hingga ke nombor 23. "Sedangkan bangunan pejabat yang diduduki oleh Umno Bahagian Bulit Katil mempunyai nombor genap bermula dari nombor 2 dan berakhir dengan nombor 8. "Kesemua 13 nama tersebut adalah dipindak masuk atau ditukar alamat ssepert yang tecatat dalam RDPT suku kedua 2017 itu," ujarnya dalam kenya...

Tips dan panduan kepada jemaah yang hendak menunaikan haji tahun ini

Gambar
Saja nak kongsi tips haji: 1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar. 2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon. Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin. 3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga. 4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina. 5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah. 6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan. 7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masu...