Postingan

Menampilkan postingan dari Agustus, 2017

Himpunan solidariti bantah kezaliman kerajaan Myanmar

Gambar
Himpunan dan serahan memorandum kepada kedutaan Myanmar bagi membantah kezaliman di Rohingya. PAS menyeru kerajaan Myanmar menghentikan genocide ke atas warga Rohingya yang beragama Islam. Pimpinan PAS Pusat, rakyat serta NGO turun menyatakan sokongan terhadap saudara seislam di sana yang saban waktu dilayan secara zalim. Allah, selamatkan saudara-saudara kami di sana. Hantarlah tangan-tangan yang boleh membantu dan cegah kezaliman. Foto oleh : Lensa Haraki. Jemput like page rasmi http://ift.tt/2wludRF

Cuti Umum sempena kecemerlangan Sukan Sea ke-29 Isnin ini?

Gambar
Tular di media sosial keratan cacatan tidak berkepala berkenaan pengumuman CUTI UMUM bersempena kejayaan cemerlang atlet negara di dalam sukan SEA ke 29. Keratan cacatan tersebut mendakwa CUTI UMUM tersebut diumumkan pada 4 September 2017 di seluruh negara. Namun demikian, tiada pengumuman rasmi dilakukan ketika majlis penutupan rasmi Sukan Sea ke-29 oleh YAB Perdana Menteri di Bukit Jalil atau pun di mana-mana media rasmi kerajaan dan juga media arus pedana. Oleh yang demikian, pengguna-pengguna media sosial diminta lebih berhati-hati dalam menyebarkan perkara yang tidak sahih dan juga berunsur fitnah bagi mengelakkan keharmonian di dalam negara ini terancam

Ibu bapa cenderung serang guru tanpa perbincangan - NUTP

Gambar
Imej via Berita Harian PUTRAJAYA - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini mencadangkan kementerian berkaitan bekerjasama mewujudkan kod etika untuk ibu bapa bagi mengelakkan berulangnya kejadian guru diserang. Usul itu antara cadangan yang dikemuka pada Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP ke-21, di sini. Mengulas perkara itu kepada pemberita hari ini, Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razak berkata, kod etika dilihat semakin perlu berikutan kecenderungan ibu bapa sekarang yang gemar menyerang guru apabila tidak berpuas hati dengan tindakan dikenakan kepada anak mereka. Ini katanya menyebabkan kebanyakan guru keberatan mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar bermasalah. "Kadang-kadang isu kecil sahaja, sepatutnya mereka bersikap profesional dan bertemu dengan pengetua dahulu, tetapi mereka terus menyerang guru," katanya. Beliau yang mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanit...

PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA

Gambar
Kenyataan media PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA 1. Thingana di Selatan Maungdaw sudah 500 buah rumah dibakar, 200 rumah dibakar di Maung Gyi Htaung, 350 rumah di Chut Pyin serta 500 rumah di utara Buthidaung. Ratusan nyawa sudah terkorban, ribuan insan sudah cedera dan ribuan keluarga sudah meniggalkan kampung mereka untuk menyelamatkan nyawa dan keluarga. 2. Adakah embunuhan demi pembunuhan dan kezaliman demi kezaliman ini hadiah sempena Aidil Adha oleh pemerintah Myanmar kepada umat Islam sedunia yang akan disambut dalam beberapa hari lagi. 3. Tidakkah kita berasa hairan dengan bukti yang sangat jelas penglibatan pihak tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya melalui laporan media antarabangsa yang berada disana secara jelas beserta rakaman video dan gambar yang ditularkan oleh nitizen yang berada di Arakan tetapi masyarakat dunia masih membisu seribu bahasa seolah - olah Arakan aman damai. Tindakan junta tentera ...

Jangan salahkan penjaga gol

Gambar
Jangan salahkan penjaga gol Peminat bola sepak Malaysia disarankan supaya tidak menyalahkan penjaga gol lantaran kekalahan tipis kepada pasukan Thailand. Penjaga gol Mohamad Haziq masih muda dan kurang pengalaman bermain dalam suasana perlawanan akhir. Sudah tentunya perasaan gemuruh menghantui diri beliau. Perlawanan akhir bola sepak diantara Malaysia menentang Thailand baru sahaja tamat sebentar tadi dengan kemenangan tipis 1-0 Thailand keatas Malaysia. Gol Thailand adalah hasil dari kesilapan mudah oleh penjaga gol Haziq apabila tertumbuk masuk bola sepakan sudut ke gawang sendiri pada minit ke 39 separuh masa pertama. Malaysia tampak lemah di bahagian serangan apabila gandingan Sapawi, Jafri dan Thanabalan gagal menyerlah tanpa cubaan berbahaya. Permainan pasukan Malaysia di bahagian tengah dikawal oleh Azam Azih haruslah diberi pujian kerana berjaya mengawal bola dengan baik. Thailand hampir menambah jumlah jaringan gol apabila pemain sayap kiri mereka iaitu Worachit b...

Pasukan peguam siap siaga bantu PAS hadapi PRU-14

Gambar
Pasukan peguam PAS seluruh negara bersiap siaga bagi menghadapi Pilihanraya (PRU) ke-14 bila-bila masa diadakan. Baru-baru ini para peguam telah berhimpun di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu, dalam Konferens Peguam Istiqamah 2017 sebagai persiapan menempuhi PRU-14. Proses dan isu-isu pilihan raya menjadi fokus utama yang dibincangkan dengan serius oleh pasukan peguam PAS. Program sehari suntuk ini menyajikan 4 kertas kerja berkaitan pilihan raya, dan diakhiri dengan simulasi pengundian. Seramai 143 orang peguam yang hadir ini akan diletakkan di Parlimen dan Dun-dun yang akan PAS tandingi. Lebih separuh daripada peguam yang ada terdiri daripada peguam-peguam muda yang tetap memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Pada malamnya pula, majlis makan malam diteruskan bersama sesi dialog tertutup bersama kepimpinan tertinggi PAS. Konvensyen ini akan terus membakar semangat peguam yang istiqamah untuk membantu parti sepanjang pilihan raya nanti.

DATO' MAHFUZ, DATO' AMIRUDDIN, YB NASIR DAN SANUSI - "ASAL PEMIMPIN, PEMIMPIN JUGA"

Gambar
DATO' MAHFUZ, DATO' AMIRUDDIN, YB NASIR DAN SANUSI (Asal Pemimpin, Pemimpin Juga) 1. Empat nama ini sedang hangat dalam bursa politik Pas di negeri Kedah sekarang ini. 2. Dato' Mahfuz telah diserang oleh Sanusi Md Nor dalam satu ceramahnya di Alor Setar, serangan itu berpunca dari kerana beliau rapat dengan AMANAH dan PH, tetapi isi serangan itu lebih menjurus kepada memperlekihkan DMO termasuklah dalam hal 'siapa dia sebelum jadi Pas'. 3. Kelmarin, apabila Dato' Amiruddin dan YB Nasir hadir dalam perasmian Konvensyen Amanah Kedah, Sanusi mula pula 'serangan' dengan memutuskan persahabatan maya di FB. Dari komen-komen 'putus kawan' itu, dilihat ramai pula 'anak buah' Sanusi yang bergembira dengan kelaku Sanusi memutuskan kawan di alam maya. Saya tak pasti apa sikap Sanusi terhadap dua YB tersebut di alam nyata, semoga 'persahabatan' mereka kekal di alam nyata !. 4. 'Cerdaih' 'cergaih' (baca  : Cerdas, Cergas...

Koleksi Soalan Percubaan SPM Bahasa Inggeris 2017

Gambar
Berikut kami kongsikan beberapa soalan percubaan Bahasa Inggeris SPM 2017 daripada Kedah dan Perlis. Untuk himpunan soalan-soalan percubaan SPM yang lebih banyak, tuan/puan boleh klik pautan di pautan ini: KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM Soalan Percubaan SPM Bahasa Inggeris: Perlis Kedah

1 Daripada 5 Guru Malaysia Mempunyai Masalah Suara Untuk Mengajar - Kajian

Gambar
Imej via iStock Photo Masalah suara seperti hilang suara, suara garau atau serak, sememangnya satu isu yang selalu terjadi di kalangan guru. Pada tahun 2014, satu kajian telah dijalankan oleh para penyelidik Universiti Malaya kepada guru-guru sekolah menengah terpilih di seluruh semenanjung Malaysia menunjukkan, 1 dalam 5 guru mempunyai masalah suara. Masalah suara juga dikaitkan dengan peningkatan ketidakhadiran kerja (mc/cuti), penurunan kualiti hidup dan kesihatan dan juga dikaitkan dengan peningkatan stress, kemurungan dan keresahan kalangan guru. Kajian juga mendapati, guru yang single ataupun janda/duda lebih terdedah kepada masalah suara. Penyelidik berpendapat ia mungkin disebabkan oleh ibu atau bapa tunggal menggunakan suara yang lebih tinggi di rumah untuk perkara-perkara seperti mendidik/menjaga/mengarah anak-anak mereka. "Kami menganggap bahawa ibu atau bapa tunggal berisiko kerana tahap peranan keluarga dan kerja yang tinggi dengan demikian merek...

PAS mahu Sarawak majukan pantai peranginan setaraf Port Dickson

Gambar
Sarawak sewajarnya mempunyai Bandaraya Pelancongan Pesisir Pantai yang setaraf Port Dickson dan yang sewaktu dengannya berdasar bentuk geografi yang meliputi 1,765 km kawasan pesisir pantai yang panjang dan juga cantik. Pembangunan industri pelancongan yang kini menjadi antara fokus utama kerajaan negeri dengan mencatakan jumlah pelancong seramai 4.8 juta orang (2016) serta menjana hampir RM11 billion (2016) perlu kepada pemfokusan dan perancangan pembangunan fasiliti yang lebih baik. "Kerajaan negeri perlu mengambil peluang akan keindahan kawasan pesisir pantai Sarawak dengan melaksanakan pelan pembangunan pantai peranginan," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Muhammad Afiq Mhd Khazar dalam satu kenyataan. Katanya, fokus utama perlu diberi dalam membangunkan jaringan jalan raya yang baik serta pembangunan fasiliti termasuk resort, kemudahan awam, restoran, taman tema dan sebagainya. Menurutnya, kawasan yang dilihat berpotensi dibangunkan adalah pesisir pantai Bekenu-...

Anak muda tekad rampas kembali kerusi parlimen daripada pengkhianat

Gambar
Anak-anak muda di Tumpat perlu bekerja keras bagi mengambil semula kerusi Parlimen Tumpat yang dilarikan penyandangnya sekarang. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerusi milik PAS sekarang bertukar kepada PKR, selepas anggota parlimennya menyertai parti tersebut. “Anak-anak muda perlu bekerja keras bagi mengembalikan kerusi tradisi PAS tersebut. “Kita berharap program Karnival Anak Muda dan Ijtimak Muslimat menjadi gelombang kebangkitan anak-anak muda mempertahankan kerajaan Kelantan,” katanya Karnival Anak Muda Tumpat. Program tersebut diadakan sempena sambutan 40 tahun Dewan Pemuda PAS Tumpat. Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Penyelaras Dun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan Ketua Pemuda PAS Tumpat, Mohd Hushaimi Hussian. Abdul Fattah yang juga Adun Bukit Panau berkata, anak muda perlu turut memberi perhatian bagi misi merampas Dun Pengkalan Kubor pernah dim...

MSO : PKR celaru kerana amal politik munafik

Gambar
PADANGAN SUBUH Anwar perlu bendung politik munafik dalam PKR Rakyat  yang benci dan muak dengan kerenah Najib Razak dan kesal dengan kezaliman polisi dan dasar pemerintahannya yang menyeksakan rakyat, lalu nekad mahu melihat kerajaan kleptokrasi ini tumbang tentu kecewa apabila membaca catatan dan ulasan mengenai perkembangan parti PKR nan kini sedang dilanda krisis. Kenyataan terbaharu Rafizi Ramli yang mendedahkan senario dalam parti cap Mata itu sungguh membimbangkan. Ia bukan sahaja mengelisahkan ahli dan penyokong parti itu sahaja, tetapi terbias kepada parti Pakatan Harapan, kerana PKR masih lagi sebahagian Pakatan Harapan.  Perkembangan masam dalam PKR itu menjadikan semangat rakyat yang meluap-luap yang bergerak untuk menjatuhkan kerajaan UBN sedikit terganjat dan boleh membantutkan langkah menumpulkan nafsu. Beberapa fakta menggerunkan didedahkan kemudian diikuti dengan cadangan penyelesaian dibuat Rafizi menimbulkan pro kontra di kalangan ahli dan penyokong. Ke...

Kurang 30 hari sebelum UPSR, apa guru Sains boleh buat untuk muridnya?

Gambar
TIPS UNTUK GURU SAINS - BERBAKI 30 HARI SEBELUM UPSR 1. Mesti saat ini guru-guru sains seluruh Malaysia susah hati memikirkan tentang pencapaian anak2 UPSR yang dalam 30 hari lagi menjelma. 2. Cikgu, waktu sekarang ialah waktu yang cikgu2 perlu memberikan bimbingan berfokus kepada murid2 mengikut tahap pencapaiannya. 3. Kenalpasti kelemahan anak2 murid dengan melihat analisis item, topik mana yang dia lemah. Soalan mana yang dia gagal jawab. Banyakkan latihan pada topik tersebut. 4. Jika menjawab set soalan percubaan negeri2... tengok kelemahan murid kita tu pada kertas 1 atau kertas 2. Kalau Kertas 1, maksudnya dia malas membaca. Tak banyak input dan tak ada daya menghafal. Kalau kertas 2 tu, salah kita (tak fokus teknik) sebab banyak kemahiran menjawab yang dia kurang kuasai. 5. Jangan sesekali stress tunjukkan depan murid, rebut peluang untuk memberikan latihan tetapi fokus. Contoh, kalau nak fokus KPS ... bagi jawab soalan KPS. Kalau nak latih soalan yang mempunyai huk...

Rembatan kencang Safawi Rasid lebih digeruni pemain Thailand

Gambar
Pemain Thailand akui Safawi lebih berbahaya berbanding Thanabalan. | foto goal.com “Saya tak bimbang dengan pemain nombor 12 Malaysia (N Thanabalan) kerana sebelum ini (Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia bawah 23 tahun) kami mampu menyekat pergerakannya.” Demikian nada keyakinan dilontarkan tonggak pertahanan kental Thailand, Worawut Namvech yang bersedia untuk menyekat penyerang negara, Thanabalan daripada mencetak nama selaku penjaring pada aksi final malam esok. Ujar pemain kelab Sisaket FC di liga satu Thailand itu, aksi berdepan tuan rumah bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya kedua-dua pasukan sudah bertembung beberapa kali dengan dia berjaya menggari Thanabalan. “Kami sudah jumpa Malaysia banyak kali dan terbaru pada bulan lepas di mana kami berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 pada saingan kelayakan Piala AFC di Bangkok. “Dalam aksi itu, pemain nombor 12 Malaysia turut bermain dan saya berjaya menghalang setiap pergerakannya. “Saya sangat yakin dapat ...

Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir

Gambar
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Ramai guru muda memohon untuk bertukar bagi me­ngikut pasangan ma­sing-masing atau balik ke negeri asal walaupun belum disahkan jawatan dalam kerajaan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tempoh perkhidmatan untuk disahkan jawatan dalam kerajaan adalah selama tiga tahun. Selama ini, katanya, beliau se­ring didatangi guru muda yang menyatakan niat untuk bertukar sehingga ada yang menangis, merayu, malah ada yang me­ngejar­nya sehingga ke majlis-majlis ken­duri. “Jika hendak bertukar, biarlah mereka sah dalam jawatan. Ramai yang jumpa dengan saya. Semua guru muda. Saya pergi kenduri pun mereka ada. Saya pergi maj­lis pun mereka ada. Ini kadang-kadang dia baru lepas penempatan setahun, berkahwin, jadi, dia guna alasan berkahwin itu untuk ditempatkan bersama-sama pasangan. “Tetapan fikiran perlu ada, iaitu selepas penempatan selama tiga tahun, baru mereka boleh membuat permintaan pertukaran tempat kerja,” katanya selepas menghadiri majli...

Tun M minta Pas jangan jadi 'pengacau'

Gambar
MOHD TAHA YAACOB Mahathir Mohamad BESUT - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun  Dr Mahathir Mohamad meminta Pas jangan jadi 'pengacau' ketika parti gabungan pimpinan beliau berusaha merampas negara termasuk Terengganu daripada Umno-BN. Menurutnya, Pas hanya bertindak sebagai pengacau yang mahu memecahkan undi orang Melayu supaya parti BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Saya sedih dengan Pas ini. Tak pernah menang tak pernah jadi kerajaan kecuali di Kelantan dan Terengganu tapi masuk jadi pengacau nak pecahkan sokongan kepada Pakatan Harapan supaya Datuk Seri Najib menang," katanya dalam ceramah 'Selamatkan Malaysia' dekat Kampung Raja di sini malam tadi.

Jiwa Harimau serasi di Shah Alam

Gambar
ZURAIMEE ZAINAL 28 OGOS 2017 Ultras Malaya menyambut baik pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue final bola sepak KL2017, Malaysia menentang Thailand, Selasa ini. A- A A+ (Ubah saiz teks) ULTRAS  Malaya menyambut baik pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue final perebutan  ibu segala pingat Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) antara Malaysia menentang Thailand. Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad berkata, pemilihan Stadium Shah Alam sesuai kerana pemain Harimau Muda serasi beraksi di gelanggang berkenaan. “Bagus...kerana aura kemenangan sudah sudah sebati dalam jiwa pemain Harimau Muda sejak beraksi di Stadium Shah Alam sepanjang kempen Sukan Sea 2017. “Kemudahan parkir di Stadium Shah Alam juga luas dan mudah diperolehi, penyokong pula  biasa lokasi meeting point sesama mereka sebelum masuk ke stadium.  “Stadium Nasional pula penyokong akan menghadapi masalah parking dan terpinga ke mana arah tuju jika banyak jalan ditutup,” katanya, semalam. ...

Tamatkan segera polemik isu hubungan dengan PAS agar KEADILAN bebas dari diperkuda oleh PAS

Gambar
HUBUNGAN KEADILAN - PAS 1. Isu PAS - KEADILAN tidak akan selesai dan sentiasa ada permainan tarik tali. 2. Perkara ini sebenarnya bukan berpunca dari PAS tetapi sebaliknya berpunca dari dalam KEADILAN sendiri. 2. Ini kerana di dalam KEADILAN sendiri masih wujud golongan yang merasakan hubungan dengan PAS adalah perlu. 3. Perkara ini dirumitkan lagi dengan "kemesraan" yang ditunjukkan oleh Timbalan Presiden KEADILAN @ Dato' Seri MB Selangor dan para penyokongnya terhadap PAS. 4. Layanan istimewa oleh Timbalan Presiden dan para penyokongnya terhadap PAS membuatkan PAS semakin "besar kepala". 5. Pengumuman rasmi oleh Timbalan Presiden KEADILAN bahawa PAKATAN RAKYAT masih wujud di Selangor menambah parah keadaan. 6. Tindakan ini menarik PAKATAN HARAPAN selangkah ke belakang. Pengumuman tersebut memberi kesan besar kepada perencanaan PAKATAN HARAPAN dan menimbulkan polemik hubungan di antara KEADILAN dengan Amanah, DAP dan PPBM. Polemik isu ini melara...

Jabatan Penjara siap sedia 'pulih' pelajar bermasalah disiplin

Gambar
ZULKIFLI OMAR (dua dari kiri) dan Ku Nawawi Ku Abdul Hamid beramah mesra dengan penerima-penerima anugerah (dari kiri) Nur Syameza Saharin, Nurul Aini Mohd. Kamal, Nurul Najiha Kamaruzaman serta Ziyan Farah Nuraini Zainodin di Taiping, semalam. UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN TAIPING 27 Ogos – Jabatan Penjara menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan menghantar pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius menjalani program pemulihan di penjara dan lokap tidak lama lagi. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, langkah tersebut mampu memberi ke­sedaran kepada pelajar terlibat selain mencegah mereka daripada mengulangi kesalahan sama serta terlibat dengan jenayah lain. Tambah Zulkifli, pihaknya juga telah bersedia dengan modul yang sesuai untuk digunakan kepada pelajar yang terlibat dengan program berkenaan nanti. “Dari dulu, kita memang ada program sebegini dinamakan 'Mesej Dari Penjara' dengan sekolah-sekolah dan universiti. Kita bawa pesa...

Tidak adil jika saya tidak dipanggil jadi saksi RCI Forex – Anwar

Gambar
  Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau bimbang tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) yang kini sedang berlangsung di Putrajaya, walaupun ada “kena mengena dalam perkara yang sedang disiasat”. Sebaliknya, ketua umum Pakatan Harapan (PH) itu yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun itu berkata beliau hanya dapat mengikuti perkembangan kes ketika kunjungan peguamnya di Penjara Sungai Buloh. Anwar berkata apabila dipanggil kelak, beliau sedia menjawab tuduhan dibuat oleh salah seorang saksi ketika pendengaran RCI itu Isnin lalu, bekas penolong gabenor BNM, Datuk Murad Abdul Khalid. “Saya berkata ‘apabila saya dipanggil’ kerana saya berasa amatlah tidak adil jika saksi-saksi lain dibenarkan membuat kenyataan dan dakwaan yang memudaratkan terhadap saya di hadapan Suruhanjaya walhal saya tidak dibenarkan memberi respon kepada mereka dengan cara yang sama,” kat...

Pemerkasaan PPD, isu perjawatan juga disentuh

Gambar
KUCHING 24 Ogos –Pe­mer­ka­saan Pegawai Pendidikan Da­erah (PPD) di seluruh negara akan dilaksanakan dalam me­lancarkan lagi tugas berkaitan pendidikan dan dasar yang ditetapkan kementerian di da­erah masing-masing. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemerkasaan tersebut dibuat antaranya dengan menurun­kan kuasa kepada mereka agar tidak semuanya perlu tertumpu ataupun melalui Putrajaya. “Melalui pemerkasaan ini dan dengan desentralisasi kuasa sesuatu perkara yang berkaitan boleh dilaksanakan lebih cepat. “Selain itu, soal penjawatan juga akan disentuh di samping memastikan semua PPD dapat berfungsi dengan baik dalam memastikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Kebangsaan Pe­ngurusan Pendidikan PPD 2017 di sini semalam. Yang turut hadir, Ketua Pe­ngarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof dan Pengarah Pendidikan negeri, Rakayah Madon. Seramai 142 PPD seluruh negara bersid...

Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan

Gambar
KULIM 25 Ogos – Kementerian Pendidikan yakin ada pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan kementerian itu berhubung kontroversi mengenai senarai Perdana Menteri Malaysia dalam sebuah buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya berasa kesal dengan tular mengenai perkara itu yang seolah-olah memperlihatkan kesalahan berpunca daripada pihaknya. Menurutnya, kementerian itu mempunyai jawatankuasa semakan profesional untuk menapis setiap subjek. ‘‘Ini satu kerja gila dilakukan sesetengah pihak dan bersifat strategi. Pada saya, ini sengaja dibuat orang tertentu untuk burukkan kementerian. ‘‘Saya tak tahu siapa yang buat dan saya tak nak tuduh sesiapa. Kita telah pun membuat laporan polis jadi biarlah polis siasat orang yang buat itu (syarikat penerbitan buku),’’ katanya selepas merasmikan Persidang­an UMNO Bahagian Padang Serai di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tular ya...

PKR kena pilih berada dalam 2 kolam atau…

Gambar
August 27, 2017 Hanya dengan keputusan yang dimuktamadkan mengikut kaedah kongres khas ini barulah kita boleh berlaku adil kepada rakyat Malaysia, rakan-rakan PH dan diri kita sendiri. KOMEN Oleh Rafizi Ramli Persoalan mengenai bentuk kerjasama di antara PKR dengan PAS berpanjangan kerana ia 1 keputusan yang memberi kesan kepada semua, bukannya PKR semata-mata. Keputusan sama ada PKR menumpukan kepada persediaan pilihan raya bersama Pakatan Harapan (PH) sepenuhnya, termasuk bersedia menghadapi pertandingan 3 penjuru dengan PAS atau “berada di dalam 2 kolam” bersama PH tetapi juga bekerjasama dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru adalah keputusan yang perlu mengimbangi perkara-perkara berikut: i. Soal prinsip – adakah keperluan mengekalkan kemenangan di Selangor atau mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi PKR di seluruh negara mengatasi perkara-perkara prinsip yang selama ini menjadi roh perjuangan PKR ii. Soal realiti semasa – apakah situasi sokongan raky...

Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH

Gambar
27 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE 1 Comment Pas tidak akan lagi mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana parti atau individu yang membawa imej Pakatan Harapan (PH) menjelang pilhan raya umum ke-14 (PRU14) melainkan menerusi Gagasan Sejahtera, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali. “Tak ada lagi sebarang rundingan kerjasama politik untuk pilihan raya dengan mana-mana pihak kecuali menerusi Gagasan Sejahtera. Termasuk atas nama individu sekalipun selagi ia membawa imej PH,” katanya daam kenyataan hari ini. Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa perbincangan antara PKR dan Pas tidak melibatkan PH. Menteri Besar Selangor itu juga menegaskan bahawa perbincangan itu bukan merupakan inisiatifnya sendiri, sebaliknya beliau hanya mewakili PKR. Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, ahli dan pimpinan Pas telah bersedia dari sudut psikologi untuk menyertai PRU14 atas nama Gagasan Sejahtera menentang Umno-BN...

Dikaitkan dengan Datuk Red, ini komen Ruhainies

Gambar
Ruhainies meminta pemilik mana-mana laman blog dan netizen berhenti mengaitkan dia dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu. Ruhainies berkata isu antara dia dan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red itu sudah lama selesai. Baca lagi »

Ozlyn bagi amaran keras!

Gambar
Dalam pada ramai artis lelaki bergelar suami didekati wanita lain, Ozlynn Wati menegaskan tiada siapa berani mendekati suaminya, Johan. Memetik mStar Online, Ozlynn bersyukur masjid dibina sejak lapan tahun lalu masih utuh dan tidak pernah timbul isu ada pihak cuba meruntuhkan mahligai cinta mereka. "Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun.. Cubalah kalau berani! "Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni," katanya Tambah Ozlynn, Johan lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sekiranya tiada sebarang urusan kerja. "Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah. "Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah," ujarnya. Perkara sama diakui penyampai radio Era fm itu sendiri yang lebih memilih untuk menguta...

PKR sedia berbincang dengan Pas Selangor meskipun Pas berhasrat untuk bertanding sebanyak 42 kerusi DUN

Gambar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berbincang dengan Pas Selangor meskipun Pas negeri itu berhasrat untuk bertanding sebanyak 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata isu itu dapat diselesaikan dalam bentuk perbincangan. PKR sedia berbincang dengan semua pihak. "Ia adalah perkara biasa bagi mana-mana parti politik untuk bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya ke tanah air dari lawatan kerja ke Zurich, Switzerland. Khamis lalu, Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 42 kerusi Dun Selangor, termasuk kerusi yang disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Dun Kajang) dan Mohamed Azmin (Dun Bukit Antarabangsa). Pas juga mahu bertanding semula di kerusi Parlimen Gombak yang kini turut disandang...

Kecamukan Memali, Bank Negara

Gambar
  DUA isu diperkatakan dalam ruangan ini. Pertama, Memali. Kedua, Bank Negara. Peristiwa berdarah Memali berlaku 32 tahun dulu, sedangkan penyangakan wang Bank Negara, 20 tahun dulu. Memali ialah pokok renek berduri yang memberikan bahan berkhasiat untuk ubat kanser. Penyangakan bererti melakukan perbuatan kotor. Apakah pokok memali yang berbahaya kerana berduri itu sekali gus jadi penawar adalah satu persoalan menarik. Satu lagi ciri-ciri memali ialah ia berbunga dua tiga kuntum dalam satu rumpun, tetapi bunga cantik yang berwarna-warni itu tidak mengeluarkan bau harum. Ini ditambah pula dengan minat semut gatal (semut merah atau semut api) yang suka membuat sarang dalam pasir di mana rumpun memali itu berada. Seseorang menghadapi risiko tercocok duri di rantingnya, di samping menanggung bisa dari gigitan semut itu. Adakah begitu perlambangan peristiwa Memali itu? Tun Musa Hitam yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu baru-baru ini berkata, bahawa Suruhanjaya Siasata...

Tandukan Thanabalan menyebabkan Indonesia tewas dan membawa Malaysia ke final

Gambar
  Jaringan tunggal penyerang negara, N. Thanabalan pada lewat perlawanan membawa Malaysia ke final acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas mengalah Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi. Skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan bertemu Thailand dalam pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini. Terdahulu, Thailand, selaku juara bertahan, sebelum itu, melangkah ke final selepas mengalahkan Myanmar juga dengan 1-0 pada satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Selayang. Beraksi di hadapan kira-kira 80,000 penonton, Malaysia terlebih dahulu memberi amaran awal menerusi Muhammad Safawi Rasid yang berjaya melakukan larian deras ke dalam kotak penalti Indonesia sebelum membuat hantaran tepat kepada Thanabalan, namun gagal disudahkannya. Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sekali lagi mengancam kubu pertahanan skuad kendalian Luis Milla apabila sepakan penjurunya melencong ke arah gawang Indonesia namun...

'Kami tunggu, tapi cikgu tak muncul-muncul...'

Gambar
MARANG: "Kami tunggu cikgu untuk mengajar kelas tambahan, tetapi dia tak kunjung tiba. Rupa-rupanya cikgu terkorban dalam kemalangan," kata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Awang Jabar, Jambu Bongkok, di sini, Muhammad Abdin Syakirin Ahmad Yusop, 17, selepas gurunya, Zaimah Abdul Rahman, 54, maut dalam kemalangan pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Pasir Putih, di sini, Zaimah memandu Perodua Viva ke SMK Datuk Awang Jabar untuk mengadakan kelas tambahan bagi persediaan pelajarnya menduduki SPM tidak lama lagi. Kedua-dua kereta remuk teruk Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Zaiman bertembung dengan sebuah PROTON Saga BLM dari arah Dungun ke Kuala Terengganu yang terbabas ke laluan bertentangan, menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk teruk. Kejadian tragis itu turut meragut nyawa dua beradik tiri, Penyelia Asrama SMK Imti...

Semua terbongkar selepas anak cerita pada guru kaunseling

Gambar
LELAKI yang memperkosa anak kandungnya berusia 15 tahun di Saratok, sejak tiga tahun lalu, direman tujuh hari bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superintendan Mordani Tanin, berkata perintah reman terhadap petani berusia 48 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Saratok, 10 pagi ini. “Permohonan reman itu membolehkan pasukan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram. “Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun selain sebatan," katanya ketika ditemui. Semalam, portal berita Harian Metro perbuatan jijik suspek itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada guru kaunseling di sekolahnya berhubung kejadian itu. Mangsa yang belajar di sekolah agama mendedahkan perbuatan itu kepada guru kaunselingnya, pada 17 Ogos lalu, dan mendakwa tujuh kali dirogol bapanya sejak 2014. Suspek ditahan di rumahnya oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, 11 pagi sem...