Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2017

izyan.com berpindah ke BlogArtis.com

Gambar
Salam 1Malaysia. Untuk pengetahuan korang, laman blog ini sudah berpindah ke BlogArtis.com bermula 1 Oktober 2017. Ini disebabkan kami ingin mempertingkatkan mutu dan kualiti kepada pembaca dengan visual dan aplikasi yang sangat cool. Semoga bermanfaat. Sesiapa yang mahu beli domain ini, silalah email ke adminsyok@gmail.com

CUEPACS minta insentif dua kenaikan gaji

Gambar
KUALA LUMPUR 30 SEPT: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan insentif 2 kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat. Presidennya Datuk Azih Muda berkata inisiatif itu akan membantu meringankan beban penjawat awam yang berdepan kos sara hidup tinggi, lapor BERNAMA. “Selain itu, Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula kadar elaun khidmat awam (bagi kumpulan paling rendah) yang kini sebanyak RM95. Kali terakhir elaun ini disemak adalah pada 2002. “Sudah sampai masanya kerajaan menetapkan kadar minimum elaun ini sebanyak RM180. Ini cadangan Cuepacs,” katanya pada sidang media. Beliau berkata beberapa cadangan itu diharap diberi pertimbangan khusus menjelang Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA XV) yang dijadual berlangsung pada 3 Oktober ini. Kongres itu juga, menurut Azih memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memperluas kenaikan pangkat secara ‘time-based’ kepa...

Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB

Gambar
KUALA LUMPUR 29 Sept. – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyambut baik pelaksanaan semula hukuman merotan di sekolah, sekiranya tindakan itu berupaya memberi pengajaran dan menginsafkan pelajar daripada mengulangi kesalahan disiplin sama. Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, hukuman merotan perlu dilaksanakan kembali sekiranya tindakan tersebut mampu menginsafkan pelajar seterusnya menghalang mereka daripada berterusan melakukan perkara melanggar peraturan sekolah. Beliau berkata, tindakan merotan pelajar bukan sebagai hukuman, sebaliknya pendekatan itu menjadi sebahagian dari proses pendidikan bagi memberi kesedaran sete­rusnya mengembalikan semula sekolah sebagai institusi bertanggungjawab mempersiapkan generasi masa depan negara. “Hukuman rotan seharusnya tidak dilihat dari sudut negatif semata-mata kerana kuasa untuk merotan dibenarkan atas sebab munasabah. “Tindakan merotan biasanya dibuat setelah pelbagai langkah lain diambil seperti nasihat kepada p...

NUTP setuju guru rotan pelajar

Gambar
Imej via Free Malaysia Today KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan meneliti memberi semula kuasa merotan kepada guru. Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock, berkata cadangan itu baik dalam usaha mengurangkan masalah disiplin, salah laku dan jenayah dalam kalangan pelajar. "NUTP juga ingin mencadangkan kementerian menyediakan prosedur operasi standard (SOP) mendenda pelajar untuk dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan seperti gagal menyiapkan tugasan yang diberikan. "Antara tindakan yang boleh diambil seperti berdiri di hadapan kelas, berlari satu pusingan di padang atau gelanggang sukan, memegang telinga secara silang tangan dan menulis perkataan baik berulang kali," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kelmarin, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, kementeriannya sedang meneliti untuk memberi semula kuasa merotan k...

Inikah ungkapan yang menyebabkan KJ terpaksa bayar pampasan kepada Anwar

Gambar
"DAP main PAS dari kanan, PAS main DAP dari kiri, PKR main dua-dua dari belakang," -ucapan Ketua (Naib ketika itu) Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada pelancaran jentera pilihanraya UMNO di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008. Alhamdulilah. KJ diarah bayar pampasan RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala kos guaman RM65,000. Jumlah RM215,000. #BebasAnwar #BebasRakyat #KJPemfitnah

Pejabat Agama diceroboh, kertas ujian UPPK 2017 hilang, JAKIM keluarkan jadual baru

Gambar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui satu kenyataan media dalam laman webnya memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab pelaksanaan KAFA seluruh Malaysia dan semua pihak yang terlibat berhubung perubahan jadual peperiksaan UPKK bagi tahun 2017 yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Oktober 2017. Perubahan tersebut terpaksa dilaksanankan setelah pihak Jakim menerima laporan bahawa telah berlaku kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 28 September 2017 yang mengakibatkan kehilangan tiga (3) kertas soalan bagi tiga (3) subjek peperiksaan UPPK 2017. Jabatan Agama Islam Melaka telah membuat laporan kepada Pihak Berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang. Sehubungan itu, Jakim memaklumkan perkara yang berlaku tidak akan menjejaskan pelaksanaan peperiksaan UPKK 2017 kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut. Bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017 penyusunan jadu...

Sekitar Fattzura Birthday Bash (18 gambar HD)

Gambar
Nur Fazura dan Fattah Amin kini sedang digosipkan bercinta, baru-baru ini mereka diraikan di dalam satu majlis “birthday bash” di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Fattah Amin. Majlis ini diberi nama Fattzura Birthday Bash. Baca lagi »

Man Brings His Former Teachers For An Overseas Vacation To Show His Appreciation

Gambar
In doing their jobs, teachers have to put up with a lot of mess and headaches. Unruly students, demanding principals, unreasonable parents, infinite paperwork, the list is endless. So it goes without saying that we should always appreciate our teachers. But Fredy Candra took his appreciation and gratitude for his teachers to a whole new level, by taking all of his secondary school teachers to a vacation. Back in July, the Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Pekalongan (SMAN 1 Pekalongan) received a visit from Fredy. During his visit, he told the school's principal, Sulikin of his intention to bring all the teachers who used to teach him during his time at the school for a holiday in Europe. "At first I thought he is just joking with me," said Sulikin to Kompas.com. But as it turns out, Fredy is not joking at all. Three months after the meeting, his wish to bring all of his teachers for a holiday came true. But the destination had to be changed to Malaysia and Singa...

Ketua menteri Melayu pertama Pulau Pinang

Gambar
Oleh Hasmi Hashim SUDAH sampai masanya Pulau Pinang perlu mempunyai seorang ketua menteri Melayu. Kalau bukan daripada Umno-BN, dia boleh datang daripada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. Mungkin ramai yang merasakan BN takkan mampu melaksanakan idea itu. Lebih-lebih lagi, BN sendiri yang memulakan tradisi sedemikian. Sejak merdeka lagi. Kalau Pulau Pinang kekal di bawah BN, maka sampai kiamat pun Pulau Pinang takkan mengubah formula yang ditinggalkan Umno-BN. Entah dari mana perjanjian setan itu datang, tak siapa tahu dan kekal misteri. Sekiranya dari satu PRU ke PRU yang baru jawatan ketua menteri Pulau Pinang hanyalah wajib untuk etnik Cina sama ada dari DAP dan Gerakan, maka apa pun yang terjadi, orang Melayu Pulau Pinang hanyalah percaturan dua parti itu saja. Maka benarlah tuduhan bahawa mujur saja jawatan Yang di-Pertua Negeri satu jawatan lantikan. Kalau tidak, jawatan itu pun tak pasti selamat kepada orang Melayu. Macam di Singapura. Baru-baru ini riuh di med...

Paling tidak PM kena bawa pulang AS$1.7b dari AS

Gambar
Pada pertemuan rasmi kurang 10 minit di antara delegasi Datuk Sri Najib Razak dan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada 12 September lalu, ayat kedua dan ketiga yang diucap Perdana Menteri Malaysia ialah: "I want to say that we come here with a strong value proposition to put on the table. Number one, we want to help you in terms of strengthening the US economy." (Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS.) Beliau seterusnya berkata bahawa MAS akan menambah jumlah kapal terbang Boeing yang akan dibeli. Pembelian tambahan ini dijangka bernilai sekitar AS$10 bilion (RM42 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang. Najib turut berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur AS$4 bilion (RM16.8 bilion) ke dalam ekonomi AS, manakala Khazanah juga akan meningkatkan jumlah pelaburan di negara itu daripada AS$400 juta yang ada sekarang. Ini bermakna...

Tokoh Wartawan Negara kemuka enam soalan

Gambar
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin hari ini mengemukakan enam soalan berhubung perkembangan isu semasa di negara ini di blognya dan memohon jawapannya. Sambil menyatakan beliau sekadar bertanya dan bertanya tidak salah serta tidak boleh dikenakan saman malu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press yang kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu berkata "manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya." Berikut soalannya itu: 1. Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi? 2. Apakah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinet yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak percaya? 3. Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk...

PAS juga tolak pelawaan saringan SPRM

Gambar
  Selain Pakatan Harapan yang menolak pelawaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kepada parti-parti politik supaya menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring, PAS juga berkata, parti itu tidak berhasrat berbuat demikian. Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tapisan oleh Majlis Syura sudah memadai . "PAS tidak akan menyerahkan senarai calon kerana kita mempunyai tapisan oleh syura yang turut meneliti kelayakan calon daripada aspek syarak,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini. Tuan Ibrahim juga mengingatkan SPRM bahawa dalam PAS, calon yang fasik pun tidak layak menjadi calon parti. "Pandangan saya, SPRM tak perlu campur tangan urusan politik. Memadai bagi parti politik memastikan calon mereka tidak terlibat dengan sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang undang negara," katanya. Semalam, Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, b...

1MDB SAH ADA KESALAHAN, SIASATAN PELBAGAI AGENSI PENGUATKUASA LAIN WAJIB DIBUKA SEMULA

Gambar
  PAKATAN HARAPAN GESA BANK NEGARA GUNAKAN SEPENUH KUASA AMBIL TINDAKAN KE ATAS INDIVIDU TERBABIT DI DALAM 1MDB Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Bank Negara Malaysia yang memberi maklumbalas rasmi kepada satu memorandum dari ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang dihantar pada 2 Ogos lalu. Sementara saya terkejut dengan jumlah penalti yang dikenakan iaitu RM115.8 juta, saya ingin menarik perhatian rakyat bahawa Bank Negara Malaysia belum menggunakan sepenuhnya kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk berlaku adil kepada rakyat dalam skandal 1MDB ini. Saya menyeru pengurusan Bank Negara Malaysia menyertai rakyat Malaysia yang lain dalam mempertahankan kebebasan Bank Negara Malaysia sebagai institusi penguatkuasa yang bebas untuk mengelakkan skandal kewangan yang serupa berulang di masa akan datang. Sebab itu saya berpendapat adalah wajar Bank Negara Malaysia menggunakan sepenuh kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 20...

PH Kedah buktikan turun padang bantu mangsa banjir

Gambar
MOHD ALI HASHIMSeptember 28, 2017 10:49 am 0 Parti Amanah Negara, Negeri Kedah khususnya menafikan dakwaan berunsur fitnah yang dilemparkan oleh Pemuda Umno Negeri Kedah yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak mempedulikan isu banjir yang sedang melanda negeri ini. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah, Abdullah Suady Ramadhan Mohd Nasir. Jelasnya lagi, adalah amat dikesali apabila Pemuda Umno Negeri Kedah gemar mempolitikkan musibah ini bagi menyerang pimpinan PH. “Banjir yang melanda sebahagian kawasan Parlimen di negeri ini serta sebelah utara sejak seminggu yang lalu adalah satu musibah dan bencana alam. “Namun demikian, terdapat sebahagian tempat dimana sungai-sungai yang tidak diselenggarakan dengan baik sehingga menyebabkan air melimpah apabila sungai tidak lagi mampu menakung air. “Bencana ini harus dilihat sebagai satu tanda untuk terus kuat mengambil peduli dan membantu mangsa banjir samada dalam bentuk kewangan, tenaga maupun doa d...

Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar

Gambar
Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz Yayasan Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi. Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama. Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap. "Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," kata Norazam. Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti. Anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika sampai api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu. Bagaimanapun api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian, katanya. Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu ya...

Edisi sweet! Fattah bagi 500 kuntum bunga kepada Fazura

Gambar
Sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 Nur Fazura Sharifuddin mencatat kenangan manis buat aktres terkenal itu apabila beliau menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu. Lebih mengejutkan Fazura, jambangan bunga gergasi itu dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin. "Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran. "Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya," kata Fazura. Sebelum ini, walaupun berada jauh di luar negara, Fattah turut membuat kejutan dengan menghadiahkan 50 kuntuman ros merah dan kad ucapan berbentuk hati ketika Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu me...

Fazley Yaakob dedah kehidupan susahnya sebelum ini..

Gambar
Bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian. Itulah yang berlaku kepada Datuk Fazley Yaakob yang difahamkan pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan. Fazley memberitahu yang dia pernah bekerja di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand. Bukan sebab nak cari pengalaman, tapi mahu menampung kos hidup di sana. "Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India. "erkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam. "Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan. "Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan p...

Tanpa perjanjian pun, Umno dan PAS boleh kerjasama, kata Annuar Musa

Gambar
FMT Reporters | September 27, 2017 Ketua penerangan Umno itu berkata kedua-dua parti Melayu itu boleh mencari titik persamaan pada bila-bila masa. Annuar-pas-umnoPETALING JAYA: Umno dan PAS tidak memerlukan perjanjian rasmi seperti memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam politik, sebaliknya kedua-dua parti itu boleh bekerjasama membangunkan Kelantan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata, sebagai parti Melayu, Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama namun berbeza pendapat mengenai cara dan kaedahnya. “Tidak perlu ada perjanjian formal antara PAS dan Umno dalam mencari titik persamaan, bila-bila masa titik persamaan itu boleh bertemu, malah Umno dan PAS tidak perlu bergabung dalam satu parti, tetapi boleh bersama dan mencari ruang kebersamaan. “Bagi pendapat saya, PAS tidak perlu masuk Umno, Umno tidak perlu masuk PAS, tapi mereka boleh bekerjasama majukan Kelantan,” katanya ketika wawancara secara langsung menerusi laman Facebook milik Ber...

Menteri dedah 6 hospital ‘sakit’

Gambar
Bernama S Subramaniam berkata 5 hingga 6 hospital gagal disiapkan mengikut jadual. Dr-S-SubramaniamCYBERJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini mendedahkan terdapat 5 hingga 6 hospital “sakit” yang gagal disiapkan mengikut jadual atas faktor-faktor tertentu. “Hospital-hospital itu kini ada yang ‘sedikit sakit’ dan ada yang sangat ‘sakit’ dan sedang dalam proses ‘rawatan’,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Hospital Cyberjaya di sini. Hospital Cyberjaya yang akan menggunakan tenaga solar yang optimum dan teknologi pengumpulan haba bakal menjadi hospital pertama bertaraf platinum di bawah pensijilan Indeks Bangunan Hijau di negara ini. Mengambil iktibar daripada kelewatan projek pembinaan Hospital Shah Alam, Dr Subramaniam mahu pembinaan Hospital Cyberjaya bernilai RM475 juta itu disiapkan mengikut jadual iaitu pada November 2020 agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Dalam kes Hospital Shah Alam katanya, kementeria...

PRU14 diramal Mac atau April

Gambar
MALAYSIADATELINE Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin mengadakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada tahun ini selepas lawatan ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu Presiden Donald Trump mendapat publisiti buruk daripada media antarabangsa. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib mungkin mengadakan PRU14 pada bulan Mac atau April, sebelum Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibahim dibebaskan dari penjara. “Mungkin Najib rasa lawatan beliau ke Rumah Putih menjadikan dia selesa untuk bubar parlimen tapi oleh kerana yang berlaku dalam lawatan ke Rumah Putih adalah satu mala petaka nampaknya tak mungkin. “Bila PRU14? Mungkin PRU tahun ini selepas Najib bentang bajet 2018 pada 27 oktober tapi nampaknya tak begitu mungkin. “Kalau begitu PRU tahun depan. Bulan Mac atau April kerana bulan Mei puasa, bulan Jun Anwar keluar. Sungguhpun Anwar tak boleh jadi calon tapi anwar boleh bergerak ke seluruh negara untuk berkempen. “Jadi mungkin PRU14 Ma...

Najib makin terdesak bandingkan GST 6 peratus rendah dengan negara India

Gambar
MALAYSIA DATELINE Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat semakin terdesak apabila mengeluarkan kenyataan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan ( GST) sebanyak 6% di negara ini rendah jika dibandingkan dengan negara India, kata Pemuda AMANAH Nasional. Timbalan Pemudanya Faiz Fadzil berkata, dengan nada yang bermegah dan nada menghina kononnya rakyat negara ini tidak perlu marah dengan pelaksanaan GST kerana kadar GST di India jauh lebih tinggi iaiti 28% dakwanya, dilihat naif oleh rakyat. “Perdana Menteri sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan yang dilihat naif oleh rakyat. “Tiada lagi suara-suara seperti Datuk Ahmad Maslan yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa GST akan mengurangkan harga barang. “Ternyata, kenyataan tersebut meleset setelah 2 tahun pelaksanaan GST, harga barang semakin melonjak naik. “Kini, Perdana Menteri sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan seumpama itu di mana beliau gagal melakukan kaji selidik berkaitan fakta lengkap pel...

Pas tidak akan bersama BN atau PH, kata naib presiden

Gambar
  Naib Presiden Pas Idris Admad menegaskan, Pas tidak akan bersama dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Namun beliau berkata, ada pihak yang ‘sengaja buat tidak jelas’ kerana ‘tidak ada modal’. “Modal Pas bersama dengan Umno yang dituduh kepada Presiden Pas sejak 2008. Kalau ada anak sekolah sudah masuk belajar darjah tiga. Pas masih tidak bersama. “Kalau hendak tuduh Pas mesra Umno kerana atas beberapa isu seperti RUU355 dan isu bantuan Rohingya. Pas tidak tuduh PH mesra dengan Umno dan BN, apabila sanggup untuk bekerjasama supaya dapat undi 2/3 di Parlimen untuk pinda Perlembagaan bagi membolehkan 88A dalam Akta 164? “Cuba bayangkan kalau Pas yang sebut untuk kerjasama dengan BN dalam perkara ini. Puak-puak ini akan canang seantario dunia Pas sudah bersama BN,” katanya. Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa bahawa Pas memang berniat untuk bekerjasama dengan BN pada PRU14 tetapi gagal dilaksana...

Allah ambil suamiku.. Allah gantikan adiku - Erma Fatima

Gambar
Walaupun dah sah bercerai dengan bekas suaminya, Bade Azmi pada 17 Ogos lalu, kini Erma Fatima meluahkan rasa gembira apabila mendapat berita adiknya iaitu Betty Rahmad bakal berkahwin tidak lama lagi dengan seorang jejaka bernama Ardy Damis. Erma membuat kenyataan gembiranya di laman sosial miliknya itu Baca lagi »

Segelintir guru 'dipaksa' pentadbir?

Gambar
PETALING JAYA: Aktiviti pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dikesan menyasarkan guru-guru sebagai ahli bawahan dengan alasan ia dapat menjana pendapatan tambahan. Namun apa yang membimbangkan jika golongan pendidik akhirnya terpaksa berputih mata sekiranya terjebak dalam penipuan skim MLM. Lebih memeritkan apabila guru yang menjadi mangsa penipuan dihimpit masalah kewangan kerana membuat pinjaman bank bagi menyertai MLM yang dipercayai ditawarkan di sekolah-sekolah. Walaupun bukan semua MLM terlibat dengan penipuan, tetapi timbul dakwaan di laman sosial mengenai segelintir guru dipaksa pentadbir atau ketua jabatan di sekolah supaya menyertai MLM sebagai ahli bawahan mereka. Sama ada berat hati atau mahu mengambil hati pihak atasan, akhirnya guru-guru berkenaan menanggung risiko kehilangan wang. "Kadang-kadang pentadbir sendiri pun 'join' dan 'push' anak buah 'join'. Dah macam serba tak kena. "Ada yang 'join' sebab nak ambil hati. ...

Padah tumbuk lelaki bangladesh, ini Sharnaaz Ahmad dapat..

Gambar
Akibat menumbuk muka seorang lelaki berketurunan Bangladesh, Gous Ali, Sharnaaz Ahmad disahkan didenda wang sebanyak RM1,200 selepas mengaku bersalah menumbuk lelaki berkenaan di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur, di mana mangsa bekerja kira-kira jam 5.30 petang pada 22 Julai. Memetik portal mStarOnline, Sharnaaz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Peguam Sharnaaz, Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan pelakon itu insaf dengan perbuatannya. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, bagaimanapun, meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang akan menjadi pengajaran kepada tertuduh. Majistret Mahyudin Mohmad Som mengenakan denda RM1,200 yang dibayar oleh pelakon itu.

Bila Zizan Razak terjumpa bekas kekasih lamanya... (video)

Gambar

Jangan abaikan pelajar yang dibuang sekolah

Gambar
Imej via Harian Metro SAUDARA PENGARANG, Pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil langkah yang lebih holistik dan menyeluruh bagi mengatasi masalah berkaitan pelajar yang telah dibuang sekolah. Ini susulan pendedahan yang dibuat oleh pihak Menteri Pendidikan sendiri baru-baru ini yang menyatakan bahawa tujuh suspek yang terlibat di dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur terdiri daripada mereka yang telah dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin. Ibu bapa khususnya perlu memandang serius isu ini kerana melibatkan masa depan anak-anak iaitu waris mereka sendiri. Seseorang kanak-kanak atau remaja yang telah dibuang sekolah akan menghadapi tekanan hebat dari segi mental dan emosi kerana menganggap diri mereka sudah tiada nilai, tiada masa depan lagi serta dibuang masyarakat sekeliling. Sekiranya isu ini tidak diatasi dengan baik, semua tanggapan negatif yang wujud di minda kanak-kanak dan golongan r...

Sekitar red carpet Festival Filem Malaysia ke-29 (HD)

Gambar