Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober, 2017

'Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak? Which idiot took that course anyway?'

Gambar
Let me tell you all a story. Saya seorang pelajar diploma jurusan pendidikan awal kanak-kanak di kolej swasta di Kuala Lumpur. Kalau nak ceritakan kelebih ambil course ini mungkin masih tak layak lagi sebab saya baru semester enam daripada lapan semester, baki dua semester lagi. Tetapi saya boleh ceritakan serba sedikit pengalaman diri bila mengambil course ini. loading... Masa mula-mula ambil course ini dulu memang rasa seperti tak ada halatuju. Rasa macam, 'Eh? Kenapa aku ambil yang ini? Macamlah tak ada course lain.'. Masa itu rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan semua ambil course yang besar-besar seperti akaun (saya course akaun semasa tingkatan empat dan lima), ekonomi, medic, engineering semua. Kadang-kadang rasa menyesal ambil course ini. Orang di sekeliling pun selalu pandang rendah bila dapat tahu saya ambil course ini. Mereka pun selalulah bertanya sambil buat muka sinis. "Kenapa ambil course itu? Minat budak-budak ke? Nak jadi Cikgu T...

Majlis graduasi sekolah, jangan ajar anak jadi 'plastik'

Gambar
Gambar hiasan via http://ift.tt/2yhc2iy SESI persekolahan 2017 kini sudah hampir ke penghujung. Kecuali calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang masih berdebar-debar kerana belum menempuh peperiksaan, rata-rata pelajar sekolah menengah yang lain sudah tidak sabar menunggu November iaitu bermulanya cuti akhir tahun. Murid sekolah rendah lebih-lebih lagi, terutamanya calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah lebih sebulan menduduki peperiksaan itu. Masing-masing hanya menghabiskan saki-baki hari persekolahan dengan mengikuti aktiviti yang dirancang pihak sekolah. Seperti lazimnya pada waktu-waktu begini, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pastinya sedang sibuk merancang acara penyampaian hadiah atau yang kini lebih seronok dipanggil 'majlis graduasi'. Acara tahunan ini boleh dikatakan menjadi aktiviti kemuncak sekolah yang biasanya dirancang sambutannya sejak awal ta...

JPN sedia pujuk pelajar dibuang sekolah

Gambar
Imej via Harian Metro Alor Setar: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) sedia memujuk Syawal Mukhriz Abdul Razak, 14, kembali bersekolah supaya tidak terus keciciran pelajaran. Pengawai JPN Kedah, Abdullah Abdul Manaf berkata, jika bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah itu berminat menyambung pelajaran, pihaknya akan membantu memudahkan urusan berkaitan. Katanya, pihaknya menyemak status Syawal Mukriz yang dibuang sekolah pada 20 Ogos lalu dan tindakan itu dibuat mengikut prosedur JPN selepas mengeluarkan surat amaran sebanyak tiga kali kepadanya sebelum ini. “Surat amaran itu dikeluarkan kali pertama pada 3 Mac 2017 disusuli surat kedua pada 11 Mei, manakala surat amaran kali ketiga pada 14 Julai, namun masih tiada sebarang jawapan. “Selepas itu baru surat diberhentikan sekolah dikeluarkan pada 20 Ogos lalu, namun kami berharap pelajar ini kembali ke sekolah, malah Pengarah JPN negeri, Datuk Azuyah Hassan mahu saya memujuknya,” katanya, semala...

Subjek asas TVET harus diajar di peringkat Prasekolah

Gambar
Imej via http://ift.tt/2iIRcBA BESUT - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan agar kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun diberi pendedahan awal mengenai mata pelajaran pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta bahasa asing bagi memastikan mereka bersedia menghadapi kemajuan dunia dalam bidang berkenaan. Justeru katanya, pihak yang mengendalikan pendidikan di peringkat kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) perlu bersedia untuk menghadapi pendekatan baharu tersebut agar kanak-kanak tidak ketinggalan dalam menguasainya di masa depan. “Sebagai contoh di Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) termasuk Yayasan Islam Terengganu (YIT) iaitu pihak yang terbabit dalam mengasuh dan mendidik peringkat awal kanak-kanak perlu bertindak agar setiap kanak-kanak di negeri ini dapat menguasai subjek pendidikan arus perdana dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta bahasa di Tahun...

Fahami 6 Proses Perlantikan ke Jawatan Pegawat Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Gambar
Jika anda berminat untuk menjadi seorang PTD, 6 proses dalam pelantikan ke jawatan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) yang wajib anda lepasi sebelum dilantik dan disahkan ke jawatan tetap. Berikut kami kongsikan 6 proses penentuan kelayakan jawatan PTD iaitu : Peperiksaan Online PTD (Bahagian A : Pengetahuan Am, Bahagian B : Daya Penyelesaian Masalah) Ujian Psikometrik Ujian PAC (PTD Assessment Centre) Temuduga Lantikan ke Jawatan PTD Kursus Latihan PTD PEPERIKSAAN ONLINE PTD Jika anda memohon melalui SPA8i dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan, pihak SPA akan mempelawa anda untuk menjalani peperiksaan yang dijalankan secara online. Pelawaan tersebut akan dihantar terus ke emel atau SMS kepada anda bagi memaklumkan bilakah tarikh dan waktu peperiksaan serta pautan portal. Setiap calon mempunyai pautan khas dan pautan tersebut tidak boleh dikongsi dengan calon yang lain. Jika pautan yang digunakan bukan pautan yang diberikan dalam emel masing-masing, calon tidak akan b...

Isu Pakaian Rasmi Sukan Oleh Guru & Murid Ketika Subjek PJK

Gambar
Isu pakaian rasmi ketika subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan isu lama yang menjadi topik 'hot' satu ketika dahulu. Di sini kami sertakan salinan surat Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru & Murid-Murid yang melaksanakan mata pelajaran PJK Memakai Pakain Rasmi Sukan Sepanjang Hari Berkenaan. Muat Turun:  Surat Kebenaran Khas Kepada Guru -Guru & Murid-Murid yang melaksanakan mata pelajaran PJK Memakai Pakain Rasmj Sukan Sepanjang Hari Berkenaan

Program Susu 1Malaysia diperluas ke sekolah menengah

Gambar
MARANG 29 Okt. - Kementerian Pendidikan bercadang memperluaskan program Susu 1Malaysia ke sekolah-sekolah menengah di seluruh negara dan ia bakal dilaksanakan tahun depan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan ketika memberi jaminan itu berkata, buat masa ini pihaknya bersedia mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pemimpin masyarakat setempat. Bagi tujuan itu, jelasnya Kementerian Pendidikan sedang giat membuat penelitian berhubung kewajaran pelaksanaan program Susu 1Malaysia ke sekolah menengah termasuk melibatkan kos serta keperluan lain. “Kita akan pertimbangkan cadangan perluaskan program Susu 1Malaysia ini ke sekolah menengah dan pelaksanaannya nanti adalah tertakluk kepada sumber kewangan waku itu. “Jika semua berjalan lancar ia akan dilaksanakn secepat mungkin tapi bukan tahun ini,” katanya. Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Susu 1Malaysia Pering...

Guru tergamam RM72,650 dalam akaun lesap

Gambar
Gambar hiasan KUALA TERENGGANU - Seorang guru tergamam seketika apabila mendapati wang di dalam tiga akaun bank miliknya berjumlah RM72,650 lesap dipercayai dikeluarkan oleh sindiket penipuan, dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Gong Badak, Kuala Nerus, Khamis lalu. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi, mangsa berusia 47 tahun yang ketika itu berada di sekolah menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memperkenalkan diri kononnya daripada ibu pejabat sebuah bank di Kuala Lumpur. Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, individu tersebut memaklumkan kononnya pinjaman yang dimohon mangsa sebelum ini berjumlah RM30,000 sudah diluluskan. “Individu terbabit memberitahu yang mangsa sebelum ini pernah membuat permohonan pinjaman di Kota Kinabalu, Sabah, bagaimanapun, mangsa menafikan sekeras-kerasnya yang dia pernah memohon pinjaman itu. “Beberapa minit kemudian, panggilan itu disambungkan ke Ibu Pejabat Pol...

CUEPACS tuntut formula 10-8

Gambar
KUALA LUMPUR: CUEPACS merayu kepada kerajaan, supaya mengkaji semula kenaikan pangkat kumpulan pelaksana berasaskan tempoh perkhidmatan (time-based) daripada 13 tahun kepada 10 tahun untuk kali pertama dan lapan tahun bagi kenaikan kali kedua. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata walaupun dalam Bajet 2018, kerajaan mengumumkan kenaikan pangkat kali kedua selepas 13 tahun, ia tempoh yang terlalu lama bagi penjawat awam kumpulan itu untuk merasai peluang kenaikan pangkat. "Ketika ini, kenaikan pangkat ditetapkan kerajaan bagi kumpulan pelaksana ialah selepas 13 tahun berkhidmat dan menerusi Bajet 2018, kenaikan kedua juga dilaksanakan selepas 13 tahun lagi. "CUEPACS berpendapat kenaikan pangkat sehingga 13 tahun bagi kali kedua terlalu lama, terpaksa menunggu sehingga 26 tahun untuk menikmati kenaikan pangkat dan gaji, sedangkan mereka adalah kumpulan paling terbeban dan menanggung kos sara hidup yang meningkat setiap tahun. "Berikutan itu, kita merayu kerajaan...

Apabila tak dapat beza program Kerajaan Negeri & Parti.. maka beginilah berlaku pada ADUN PAS Selangor

Gambar
PKR persoal gambar ADUN PAS pada sampul skim Selangor Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat, Juwairiya Zulkifli mempersoalkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi yang didakwa mengelirukan orang ramai terhadap inisiatif kerajaan Selangor. Juwairiya melalui laman sosial Facebooknya sebelum ini memuat naik gambar beberapa keping sampul surat yang tertera logo dan tulisan Skim Peduli Sihat. Namun, pada sampul terbabit turut tertera gambar ADUN Sabak itu bersama logo PAS sedangkan skim terbabit merupakan program kerajaan negeri dan bukannya parti politik yang diwakili Sallehen. Sampul tersebut dipercayai mengandungi borang dan kad skim berkenaan. Oleh demikian, Juwairiya menegaskan tindakan Sallehen itu jelas memperlihatkan sikap tidak profesional beliau dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. "Saya menyatakan rasa kecewa saya pada ADUN tersebut yang tidak hormat dan tidak bersikap profesional dalam melaksanakan tugas yang mewakil...

Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam

Gambar
ZIKRI ABDULLAH Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yang sama didedahkan sebagai modus operandi untuk membiayai pembelian tapak Wisma Tok Guru. Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau dimaklumkan secara jauh bahawa salah seorang ADUN Kelantan telah mengutip sejumlah wang daripada pengarah syarikat yang terlibat. Sebahagian wang inilah telah digunakan untuk membayar tapak tanah Wisma Tok Guru, katanya di majlis dialog di Lakloh Kuala Krai malam tadi. Beliau mempersoalkan apakah asas 5,500 ekar hutan Kuala Pahi diluluskan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama. “Khazanah hutan dan tanah untuk perladangan baharu negeri Kelantan semakin pupus. “Kelulusan baharu sepatutnya dibuat secara tender terbuka yang telus demi meningkatkan hasil negeri untuk faedah rakyat Kelantan. “Juga dengan cara memilih syarikat yang layak dengan kemampuan kewangan yang tidak diragui bagi mengelakkan k...

'Tiada gunanya Dr M minta maaf pada saya'

Gambar
Bekas tahanan Operasi Lalang, Chandra Muzaffar berkata beliau tidak memerlukan permohonan maaf daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyebabkan beliau ditahan tanpa bicara pada 1980an. "Tidak ada apa gunanya untuk Dr Mahathir meminta maaf. Adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir bermuhasabah, melihat dirinya sendiri dan seluruh kariernya dan apa yang telah beliau lakukan. "Bahawa seseorang boleh menukar pendiriannya seperti menukar baju, tanpa melalui proses muhasabah, ini sangat mengganggu saya," kata Chandra dalam temu bual dengan The Malaysian Insight. Ketika ditanya sama ada beliau telah memaafkan Mahathir, Chandra menjawab beliau tidak menyimpan dendam terhadap bekas perdana menteri yang berkuasa selama 22 tahun itu. "Tidak ada dendam dalam hati saya. Saya sudah sebut hal ini semasa saya dibebaskan. Tidak ada rasa marah dan kecewa. "Ada orang yang mungkin mahu membawa luka masa lalu itu sampai sekarang, dan sampai ke m...

Pas perkenal cukai orang kaya, hapus GST

Gambar
Muhammad Khalil (empat dari kiri) menunjukkan buku cadangan bajet. KUALA NERUS - Penghapusan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan cukai mewah bagi golongan kaya antara fokus utama pembentangan Bajet Malaysia 2018 (Alternatif) bagi perspektif Pemuda Pas. Bagaimanapun, GST hanya akan dihapuskan dalam tempoh tiga tahun atas sebab implikasi undang-undang, namun tiada kutipan dibuat sehingga ia dimansuhkan. Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, adalah mustahil untuk Pas memansuhkan serta merta sistem itu seandainya memenangi PRU14 memandangkan ia terikat dengan undang-undang serta akta negara yang perlu dipatuhi. Beliau berkata, Pas menyasarkan untuk mansuh GST dalam tempoh tiga tahun selepas memerintah, namun sepanjang tempoh itu tiada kutipan dibuat, tetapi akta (GST) tetap ada. “Setiap cadangan atau manifesto yang Pas ingin laksanakan adalah perlu realistik dan kita perlu sedar bahawa kita masih lagi terikat dengan undang-undang n...

‘Golongan agama rasa diri suci’ buat MP Pas panas punggung

Gambar
Ekoran membangkitkan fenomena sesetengah golongan agama yang “merasakan diri mereka suci”, perbahasan Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) dicelah dua ahli parlimen Pas yang mahukan penjelasan. Ketika bangun membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang dibentangkan Menteri Kesihatan bagi bacaan kali ke-2 pada sidang Dewan Rakyat, pagi tadi, Hanipa berkata sekarang ini wujud golongan agama yang merasakan diri mereka suci. Kenyataan beliau itu menyebabkan Datuk Dr Khairudin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) bangkit mahukah kepastian siapakah ‘golongan agama’ yang dimaksudkan Hanipa. Tanpa ragu-ragu, Hanipa menjawab, “Pas!” Ini menyebabkan Nasrudin Hassan (Pas-Temerloh) bangun dan berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mengkritik golongan agama tetapi jangan mempersenda. Hanipa bersetuju dengan saranan Nasrudin namun menegaskan bahawa ‘golongan agama’ sendiri yang meletakkan diri mereka untuk dipersenda. Belia...

Nazri tidak faham saman DOJ berkaitan Jho Low, kata Pemuda AMANAH

Gambar
Kenyataan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa Jho Low tidak melakukan kesalahan dalam negara tetapi di luar negara adalah pengakuan secara tidak langsung berkaitan kebenaran fakta bahawa Jho Low telah menyeleweng wang 1MDB sepertimana pendedahan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ). Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata, kenyataan bahawa Jho Low tidak melakukan kesalahan di dalam negara menunjukkan Nazri Aziz tidak faham pendedahan fakta di dalam Saman civil forfeiture oleh DOJ (saman DOJ) yang difailkan pada 15 Jun 2017 lalu. “Pengakuan Nazri Aziz bahawa terdapat kesalahan Jho Low di luar negara menunjukkan beliau ada membaca saman DOJ kerana saman tersebut adalah satu-satunya dokumen mahkamah yang memperincikan penyelewengan wang 1MDB oleh Jho Low dan MO1, namun gagal memahaminya dengan baik. “Jika Nazri Aziz membaca secara teliti dan mengkaji secara mendalam saman DOJ, Nazri akan mendapati di perenggan 942 mukasurat 247, DOJ menggariskan kesalahan-kesalahan yang...

CUEPACS respon Bajet 2018 sebagai...

Gambar
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpuas hati insentif yang diberi kepada penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen semalam. Presidennya Datuk Azih Muda berkata keseluruhan insentif itu adalah permulaan yang baik bagi penjawat awam yang berkeluarga dan mempunyai kesan jangka panjang bagi pembangunan sesebuah keluarga. “Walaupun kami meminta lebih daripada itu, namun ini sudah cukup memadai buat masa ini,” katanya kepada Bernama. Azih juga memuji kesediaan kerajaan untuk melanjutkan faedah persaraan bagi mereka yang bersara kerana masalah kesihatan dan pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan. Dalam ucapan bajet itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam, bayaran akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri ta...

Bajet 2018: Bajet ‘aiyak daun ketum’ kata Mahfuz

Gambar
  Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpandangan Bajet 2018 oleh kerajaan hari ini adalah ‘bajet daun ketum’ yang bersifat jangka pendek bukan jangka panjang yang hanya untuk menghayalkan rakyat. Beliau menyentuh mengenai Bajet 2018 yangg dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat petang ini antara lain ujarnya, tidak menyentuh untuk penghapusan atau pengurangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi punca kepada kesempitan hidup rakyat. “Saya anggap Bajet 2018 ialah ‘aiyak (air) daun ketum’ yang menghayalkan yang bersifat sementara, kerana apa yang diumumkan cadangan dan penyelesaian yang dikatakan dihadapi rakyat bersifat jangka pendek bukan jangka panjang. “Sebab itu tidak disentuh hal berkaitan penghapusan GST sedangkan itu antara faktor menjadi punca kenaikan harga barang patutnya dikurangkan kerana GST membebankan rakyat,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline diperkarangan Dewan Rakyat. Najib ketika membenta...

Hampa GST tidak dimansuhkan: KM P.Pinang

Gambar
KUALA LUMPUR - Bajet 2018 kali ini agak menghampakan memandangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dimansuhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kini terpulang pada rakyat untuk memilih dalam PRU akan datang sama ada mahu kekal GST atau tidak. "Kalau pilih kerajaan, tidak mustahil GST akan bertambah naik kalau ikut seperti yang terjadi di Singapura. "Jadi sekarang, penentuan adalah pada rakyat untuk memilih pada PRU akan datang sama ada tolak BN dan GST atau tidak," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini. Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam. Bajet tahun ini juga bertemakan 'memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi d...

Pembangkang ciplak bajet BN

Gambar
SHAH ALAM - Pakatan Harapan didakwa menciplak bajet BN dengan membentangkan bajet yang dirancang kerajaan sepanjang tahun ini. Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pakatan pembangkang seperti tidak melakukan kajian dengan teliti apabila didapati semua kandungan yang ada dalam bajet mereka sama seperti bajet BN. "Saya masih ingat lagi dari 2016 hingga hari ini, peruntukan kerajaan untuk kampung baru Cina telah disediakan sebanyak RM102 juta. "Jika ditambah dengan peruntukan bagi tujuan pengubahsuaian sebanyak RM17 juta, ia telah menghampiri RM120 juta. "Yang peliknya, kenapa Pakatan Harapan mendakwa BN hanya memperuntukkan RM20 juta sahaja kepada pembangunan kampung baru Cina?" katanya seperti dipetik dalam Sin Chew Daily. Beliau berkata, pihak pembangkang sebenarnya ingin mengulangi apa yang telah dilakukan BN, sebab itulah mereka cuba menciplak bajet dan meniru segala rancangan BN yang telah diberikan kepada rakyat.

Bajet 2018 - Najib cedok apa yang negeri PAKATAN HARAPAN telah lakukan

Gambar
Nampaknya Najib terpaksa akur dan mencedok apa yang dilakukan di negeri PAKATAN HARAPAN memerintah... Jika dilihat Bajet 2018 kali ini banyak Najib bentangkan dari apa yang telah negeri SELANGOR & PULAU PINANG telah lakukan sejak 10 tahun dulu... Sudah tiba masanya kita bakul sampahkan BN dan sekutunya dan berilah PAKATAN HARAPAN membuktikan apa yang mereka katakan.

ADAKAH PEMIMPIN PH HANYA SUKA-SUKA MERANGKA BAJET ALTERNATIF?

Gambar
Petang ini Najib Razak selaku Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2018 yang dilihat banyak pihak tidak lebih sebagai "gula-gula pilihanraya" untuk memastikannya terus berkuasa, di sebalik skandal mega 1MDB yang membelenggu dirinya. Mahu tidak tahu, Najib harus memastikan beliau menang pilihanraya akan datang dan Bajet 2018 adalah senjata terakhirnya bagi tujuan itu, setelah satu lagi senjata - keputusan RCI Forex nampaknya mungkin tidak banyak membantu untuk mengaitkan Tun Mahathir Mohamad atas kerugian urusniaga matawang pada tahun 80an dan 90an dahulu. Oleh yang demikian, bajet kali ini dipercayai bukan saja "gula-gula", bahkan juga penuh dengan tawaran yang "gila-gila". Sementara itu, Pakatan Harapan sudah pun membentangkan bajet alternatifnya, Selasa lalu dengan 10 intipati - menghapuskan GST, pendidikan percuma, gaji minima, rumah mampu milik, menghapuskan rasuah, menangani isu Felda, menghapuskan tol, royalti minyak 20 peratus, untuk wanita ...

"YB HARUMANIS" - Pas Pusat didakwa bimbang jumlah kerusi merosot jika memecat mereka

Gambar
ALOR SETAR - Pas Pusat didakwa tidak berani mengambil tindakan termasuk memecat keahlian tiga wakil rakyat Pas Kedah, yang dilihat ‘mesra Pakatan Harapan’, biarpun ketiga-tiga mereka secara terbuka menunjukkan sokongan kepada seteru Pas. Tiga wakil rakyat terbabit, iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa turut hadir pada Konvensyen Nasional Amanah, Sabtu lalu. Bagaimanapun, hanya berlaku ‘perang mulut’ antara pemimpin Pas Pusat dan Mahfuz dalam mempertahan tindakan masing-masing, namun sehingga kini tidak dikenakan sebarang tindakan. Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, berdasarkan kepada prinsip parti, mana-mana wakil rakyat yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada perjuangan parti lain boleh dikenakan tindakan. “Mereka secara jelas sokong agenda Pakatan Harapan, malah sertai beberapa program dan ceramah. Saya andaikan Pas hanya berdiam diri kerana mereka bimb...

YB PAS - Ahli Pas perlu undi Pakatan Harapan secara terbuka

Gambar
SHAH ALAM -Ahli Pas perlu menyokong dan memberi undi secara terbuka mahupun sebaliknya terhadap Pakatan Harapan. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, hanya itu sahaja langkah yang ada bagi membolehkan peralihan kuasa berlaku pada PRU14 nanti. "Pas hanya menyasarkan kemenangan 40 kerusi. Ini tidak membawa kepada peralihan kuasa politik dan sudah tentu tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dengan beban kos sara hidup akibat GST penarikan subsidi dan segala macam masalah negara. "Sudah tentu ahli Pas sudah boleh berfikir, mengundi parti itu yang menyasarkan kemenangan 40 kerusi tidak mengubah kuasa politik negara sebaliknya mengekalkan BN untuk terus berkuasa," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan tidak memecat Mahfuz memandangkan pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Timbalan presiden itu berkata Pas mahu menumpukan kepada kemenangan PRU14 daripad...

Empangan Muda Ulu Muda di Kedah kini mengecil akibat penebangan hutan

Gambar
Jaseni menunjukkan gambar aktiviti penebangan hutan di Ulu Muda, Kedah. GEORGETOWN - Kawasan tadahan air di Empangan Muda, Ulu Muda di Kedah kini semakin mengecil berikutan aktiviti penebangan hutan yang makin banyak dijalankan. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata, empangan yang menyalurkan air ke tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu kini semakin mengecil sebanyak 87.3 peratus. Menurutnya, pada tahun pertama Empangan Muda dibuka iaitu 1969, keluasan kawasan tadahan airnya dilaporkan 98,400 hektar. "Pada tahun 2008, kawasan tadahannya semakin mengecil dengan keluasan 22,611 hektar dan terkini (2017), keluasannya hanya 12,484 hektar. Kawasan itu seolah-olah mengecil yang mana, kawasan pengeluaran kayu semakin bertambah besar. Perkara ini amat membimbangkan khususnya pada musim kemarau. "Sehubungan itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mesti bertindak sekarang untuk mencegah leb...

Penoreh Getah tempatan hilang punca pendapatan sejak FELCRA guna warga asing

Gambar
  PENDAPATAN penoreh tempatan di Kampung Kota Aur dalam kawasan Dun Belantik terjejas selepas punca pendapatan utama mereka diambil alih warga asing sejak tiga tahun lalu. Seorang wakil penduduk, Mohd Mahazan Yahya, 40, berkata, penduduk hilang punca pendapatan selepas Felcra mengambil sepenuhnya warga asing bekerja. Menurutnya, situasi berbeza apabila kira-kira 80 penoreh tempatan diterima bekerja selama ini. “Sebelum ini orang tempatan yang bekerja. Sampai pokok getah lama ditebang dan tanam pokok baru pun orang kampung masih bekerja. “Tapi bila pokok tu dah boleh ditoreh dalam tiga tahun lalu, Felcra ambil sepenuhnya warga asing sampai kami orang kampung hilang pekerjaan,” katanya di sini, semalam.   Salah satu penempatan warga asing. Menurutnya, tiada alternatif diambil Felcra bagi mengembalikan hak pekerjaan kepada penduduk biarpun aduan telah dibuat. “Dah banyak kali orang kampung mengadu masalah ini pada Felcra, tapi tiada perubahan. Penduduk dinafikan h...

Layak ke final, Lang Merah dapat bonus RM10,000 setiap orang

Gambar
  ALOR SETAR 25 Okt. - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berjanji untuk memberikan ganjaran kepada pasukan Lang Merah sekiranya Piala Malaysia dipertahankan di bumi jelapang padi apabila mereka menentang JDT, 4 November depan. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, setakat ini pihaknya belum memutuskan jumlah bonus yang akan dibayar namun memberi bayangan kemungkinan nilainya melebihi RM25,000 iaitu jumlah yang diterima pemain tahun lalu. "Seperti dijanjikan, kami kini sudah berada di peringkat akhir untuk membayar bonus sebanyak RM10,000 seorang kepada setiap pemain sebagai ganjaran mereka bermati-matian layak ke final. "Jika Piala Malaysia dapat dipertahankan, sudah pasti akan ada juga bonus buat mereka. Nilainya mungkin lebih daripada tahun lalu dan berkemungkinan juga akan ada hadiah lain selain daripada bonus," katanya. Advertisement Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman d...

SADA lantik semula pejabat pos sebagai ejen kutipan bil

Gambar
  ALOR SETAR 25 Okt. - Bermula 19 Oktober lalu bayaran bil utiliti Syarikat Air Darul Aman (SADA) boleh dibuat di pejabat pos seluruh negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah itu bertujuan mengembalikan akses mudah kepada pengguna terutama di kawasan luar bandar setelah perkhidmatan itu ditamatkan pada 1 Mac 2011. "Kami yakin langkah ini dapat meningkatkan kutipan bil SADA secara efektif. Ia secara tidak langsung membukikan keprihatinan kerajaan untuk memberi kemudahan kepada lebih 100,000 akaun pengguna di negeri ini. "Caj komisen sebanyak 90 sen bagi setiap transaksi pembayaran bil akan diserap sepenuhnya oleh SADA bagi memberi kemudahan kepada pengguna," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Perkhidmatan SADA sebagai ejen kutipan bil itu ditamatkan pada 1 Mac 2011 oleh kerajaan negeri daripada Pas yang mentadbir ketika itu atas alasan caj yang dike...

Jalan sekitar Alor Setar ditutup, Sabtu ini

Gambar
  ALOR SETAR 26 Okt. - Beberapa jalan utama di ibu negeri ini akan ditutup bagi memberi laluan kepada tiga acara yang bakal berlangsung serentak, Sabtu ini. Ketua Polis Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, antara jalan yang terlibat ialah Jalan Gangsa, Jalan Putra, Lebuhraya Darulaman, Jalan Pekan Melayu, Jalan Stadium, Jalan Tun Razak dan Jalan Pegawai. “Penutupan jalan-jalan itu akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 7 malam bagi memberi laluan kepada perarakan tokong sayur Rumah Berhala Tow Boo Keong. “Selain itu ada dua lagi acara yang melibatkan orang ramai akan berlangsung iaitu perlawanan Liga Super antara Kedah dan JDT serta Festival Makanan Kedah Terbaik yang kedua-duanya berlangsung di Stadium Darul Aman. Justeru kesesakan dijangka akan memuncak apabila perarakan berlangsung serta sewaktu perlawanan bola sepak tamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Untuk tujuan itu jelasnya, kenderaan mereka yang pulang dari menyaksikan ...

Bajet 2018 - Cadang naik harga rokok RM50 sekotak

Gambar
  KUALA LUMPUR 22 Okt. – Kerajaan dicadangkan menaikkan harga rokok sehingga RM50 sekotak dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu usaha membendung gejala dadah membabitkan remaja dan belia. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf mencadangkan kenaikan harga tersebut bagi menjadikan rokok sebagai satu barangan mahal dan tidak mampu dibeli sehingga menyebabkan remaja dan belia sukar mendapatkannya. Beliau berkata, berdasarkan pe­ngalaman dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah, anak luar nikah dan virus HIV mendapati, rokok menjadi asas kepada masalah-masalah dan gejala sosial itu menjadi punca beberapa masalah kesihatan. “Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya selepas program Sembang Bajet Utusan Online di sini baru-baru in...