Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2017

Mahfuz kecewa RUU355 tak dibahas

Gambar
Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kecewa apabila rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 tidak dibahaskan di Dewan Rakyat, hari ini. Katanya RUU355 sudah berada di dalam aturan mesyuarat nombor tujuh, namun speaker memaklumkan Dewan Rakyat hanya akan berbahas sehingga nombor enam sahaja (sehingga Kementerian Kewangan). “Saya nyatakan kekecewaan saya kerana RUU355 tak dibahasakan serta diundi untuk dapatkan kelulusan sama ada diterima atau tidak RUU355. “Saya difahamkan perbahasan hanya akan terhenti selepas nombor enam manakala RUU355 berada di nombor tujuh, maka sidang ditangguhkan. Sepatutnya perbahasan sudah pun bermula,” katanya kepada  Malaysiakini  di parlimen, hari ini. RUU 355 dibentangkan kali ketiga pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April tahun lalu oleh Presiden PAS yang juga Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi usul persendirian. Manakala MP Kota Bhar...

RUU 355 "GHAIB" SEBELUM PRU14 ? HADI PUN SEPERTI TIDAK BERMINAT DAN TIDAK HADIR DEWAN

Gambar
Sidang Parlimen sekarang hampir pasti adalah persidangan terakhir sebelum PRU14.  Kita masih ingat, pada siri2 persidangan penggal lepas, berkali2 RUU Akta 355 yg dibawa oleh Hadi sebagai Usul Persendirian ini asyik ditangguhkan.  Di dalam masa yang sama, sewaktu penangguhan berjalan, yang menjadi mangsa adalah Dap selain dari Amanah, termasuk juga rakan2 dari PH.  Mereka dituduh menolak RUU Akta 355.  Kak Wan diberi amaran akan dijiratkan jika tidak menyokong RUU Akta 355.  Di atas mimbar Jumaat, berkumandang Khatib lebai ini berbicara tentang RUU Akta 355 di samping menuding jari kepada Dap.  Puluhan ribu ringgit telah dikutip masuk ke dalam tin milo setiap kali berhimpun menyokong RUU Akta 355.  Baju Unggu pun sudah mulai lusuh. Para walaun tentulah berharap sidang kali ini RUU Akta 355 akan dibahaskan di Parlimen.  Mereka sudah tidak tahan telinga lagi apabila disindir, ditertawakan dan dipermainkan oleh orang ramai apabila RUU Akta 355 ini ...

Ramon Marcote...Harap Penyokong Sabar Sikit Lagi - Ginney Chew

Gambar
PETALING JAYA: Hasrat penyokong Kedah untuk melihat Ramon Marcote kembali ke pangkuan skuad hijau kuning kini semakin menjadi kenyataan. Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah memberitahu, rundingan kedua-dua pihak kini berada di fasa terakhir. "Saya harap semua penyokong bersabar sedikit lagi. KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) tengah buat apa yang patut dan bagilah masa untuk Marco melihat lebih jelas dahulu, selepas itu kita tengok apa jawapannya. "Sekarang Presiden (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) berada di Kuala Lumpur. Mungkin selepas itu beliau akan umumkan secara rasmi," ujarnya kepada mStar Online. Ginney berkata, tugasnya untuk menyampaikan hasrat penyokong Kedah sudah dilaksanakan. "Sekarang ini hanya tunggu keputusan rasmi. Kuasa keputusan di tangan KFA. Tetapi saya yakin Marco akan kembali ke Kedah. "Saya juga percaya presiden sekarang akan mahu memenuhi permintaan penyokong-penyokong Ke...

Kerugian forex 1990-an salah Nor Mohamed Yakcop, kata laporan RCI

Gambar
  KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia dalam laporan lengkap yang dikeluarkan hari ini meletakkan kesalahan kepada bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Laporan itu juga mengesyorkan polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut. Nor Yakcop menguruskan portfolio BNM antara 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman. “Walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa. “Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai ...

Kerajaan BN ‘pejam mata’ apabila syarikat China bawa masuk PATI ke Malaysia

Gambar
Rakyat Malaysia patut berasa bimbang dengan pendirian kerajaan dalam isu pekerja asing tanpa izin (PATI) dari China yang bekerja di projek Forest City. Setelah dibongkarkan dalam media bahawa projek Forest City menggunakan PATI, Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kerajaan akan membenarkan pemutihan PATI terlibat. (Sumber: http://ift.tt/2qUHtb2) Pertama sekali, jelas bahawa sistem kawalan sempadan kita mempunyai masalah yang amat besar apabila PATI dari China boleh memasuki negara dan bekerja di sebuah projek gergasi secara terbuka tanpa sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka mahupun majikan mereka. Forest City bukan sebuah projek yang tersembunyi dalam hutan walaupun namanya “Forest”, malah merupakan sebuah projek gergasi di ibu negeri Johor yang dijangka bakal mempunyai hampir 120,000 unit rumah. Keduanya, sindiket orang dalam Jabatan Imigresen terbukti masih lagi berleluasa apabila didedahkan bahawa ada PATI China yang telah diberikan pas kerja setelah bekerj...

Apabila Utusan dapat kontrak tablet sekolah bernilai RM340 juta

Gambar
FMT Reporters KUALA LUMPUR: Penerbit akhbar harian Umno, Utusan Melayu diberikan kontrak untuk membekalkan lebih 180,000 tablet kepada guru di seluruh negara tahun ini, dan setakat ini menelan belanja RM152 juta, menurut Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan. Kamalanathan berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di Dewan Rakyat minggu lalu, berkenaan projek tablet itu yang diperuntukkan pada Bajet 2017 yang dijangka menelan kos keseluruhan RM340 juta. “Bagaimana sebuah syarikat surat khabar yang mengalami kerugian tiap-tiap tahun boleh diberi kontrak RM340 juta membekalkan komputer tablet?” soal Sim, merujuk syarikat akhbar itu yang mencetak Utusan Malaysia. Menurutnya, syarikat akhbar itu mencatatkan kerugian sejak 4 tahun lalu, dengan jumlah kerugian mencecah hampir RM220 juta sejak 2013. Sim turut memetik laporan Biro Audit Pengedaran pada Mei lepas yang mendapati kejatuhan pengedaran Utusan Malaysia sebanyak 14% ataupun lebih 20,000 nask...

JANGAN RISAU JIKA KENA TAHAN POLIS TENGAH JALAN DAN DIBERITAHU ADA SAMAN

Gambar
NOTIS POL 170A KE POL 257 - POLIS HANYA MAHU KOMPAUN. Hari ini 30/11/2017 saya hadir di Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur untuk perbicaraan 5 kes Notis Pol 170A yang ditukar ke Pol 257. Notis Pol 170A ialah Permintaan Butir-Butir Pemandu di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ianya bukan saman. Notis Pol 170A ini selalunya dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi kesalahan memandu melebihi hadlaju yang ditetapkan. Pengeluaran Notis Pol 170A ini adalah selepas operasi perangkap hadlaju atau lebih dikenali di kalangan masyarakat sebagai operasi speed trap. Notis Pol170A ini pula dikenali sebagai "Saman Ekor". Baru-baru ini sehingga hari ini dan mungkin akan berlarutan ke masa depan, pihak PDRM giat menahan pengguna jalanraya dan memeriksa samada mempunyai "saman tertunggak". "Saman tertunggak" ini sebenarnya Notis Pol170A. Apabila ditahan, pemandu akan dimaklumkan bahawa mengikut rekod PDRM, pemandu mempunyai "saman ...

Fahami Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

Gambar
PELAPORAN Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 yang diumumkan pada 23 November lalu adalah satu lagi pencapaian dalam transformasi pendidikan negara di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025. Kali ini di media tidak ada lagi paparan sekolah mana yang mendapat bilangan 6A paling ramai, mahupun daerah mana yang mencatat peratus kelulusan tertinggi, kerana Kementerian Pendidikan tidak lagi mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata, tetapi bersekali dengan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PPSR) untuk murid berkeperluan khas juga telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin. Sebenarnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini bukanlah amalan baharu dalam sistem pendidikan negara kerana telah diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi bagi mentaksir murid secara holistik da...

ISU MEDIK KUIN  BERULANG KEMBALI!

Gambar
ISU MEDIK KUIN  BERULANG KEMBALI! IBARAT PISANG BERBUAH DUA KALI! Rentetan kejayaan generasi pertama pelajar-pelajar perubatan  KUIN dengan penuh jayanya, belum sempat pulang ke pangkuan keluarga dan meraikan kejayaan bersama, telah dikejutkan dengan sebuah berita buruk!. Berita campur tangan luar dalam pengurusan kuliyyah perubatan KUIN kini kembali. Kini, sekali lagi kuliyyah perubatan KUIN bakal di pindah milik! Bertukar tangan dan pucuk kepimpinan demi mengejar wang dan keuntungan semata-mata. Khabar angin ini telah disahkan benar walaupun ramai ahli pentadbiran tertinggi KUIN cuba menidakkan perkara ini. Kuliyyah perubatan KUIN bakal diserahkan kepada kolej perubatan CUCMS, dengan pembahagian keuntungan 70% ( CUCMS) : 30 % (KUIN). SEMUA pelajar perubatan KUIN bakal dipindahkan ke CUCMS tanpa mendapat persetujuan pelajar dan ibu bapa sebagai stakeholder. Kurikulum medic insaniah yang berintegrasi dengan agama islam, hafazan, hadis juga bakal dibuang! Pelajar - pelajar...

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2018

Gambar
Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2018 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2018 yang disertakan ini adalah rasmi diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Jadual Bayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2018 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan. Muat Turun: SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2017 TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018 loading...

11,606 guru duka lara sudah ikut pasangan

Gambar
KUALA LUMPUR: Seramai 11,606 calon guru duka lara dipindahkan mengikut pasangan masing-masing dalam tempoh, 1 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2018. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata proses pertukaran itu dilaksana berdasarkan tiga syarat, iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen negeri yang dipohon. "Isu guru duka lara akan terus wujud kerana urusan pemindahan tempat kerja guru berkahwin berlaku sepanjang tahun, namun kementerian sentiasa berusaha untuk menyelesaikannya. "Bagaimanapun, setiap permohonan perlu mengikut syarat yang ditetapkan bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan di institusi pendidikan," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), di Dewan Rakyat, hari ini. King Sing meminta perangkaan guru duka lara yang berjaya disatukan kembali dengan pasangan susulan pelbagai isu, sehingga mengundang masalah seperti perceraian dan perselisihan rumah tangga. Menjawab soalan...

Lebih RM217 bilion hutang dijamin kerajaan, kata Najib

Gambar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan menjamin sejumlah RM217.37 bilion hutang sehingga 30 Jun 2017. Katanya, hutang berkenaan daripada 4 badan berkanun dan 26 anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). “Tujuan jaminan kerajaan diberikan adalah untuk melaksanakan projek strategik negara yang berimpak tinggi. “Projek berkenaan adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan yang terbahagi kepada sektor pendidikan, perkhidmatan, infrastruktur, kewangan, pegangan pelaburan dan utiliti,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang meminta menteri kewangan menyatakan jumlah tanggungan “contingency liability” oleh kerajaan. Sementara itu, Najib berkata hutang kerajaan persekutuan sehingga hujung Jun 2017 adalah RM685.1 bilion. Katanya, jumlah itu 50.9% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Fauzi ...

K'jaan digesa sahkan status pemaju induk Bandar M'sia

Gambar
Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan masih belum menerima sebarang tawaran untuk memperolehi dan membangunkan projek Bandar Malaysia. "Ia telah menjadi agak jelas bahawa pada bulan Jun Jun tahun ini, satu-satunya kemajuan yang telah kita buat ialah, dikatakan enam hingga lapan syarikat telah menyatakan minat di Bandar Malaysia, walaupun keputusan sepatutnya dibuat pada 14 Julai," kata Pua memetik kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan sebelum ini mengenai status projek itu. "Kami menyeru Tan Sri Irwan Serigar untuk mengesahkan sama ada, pada hakikatnya, tidak ada tawaran dari syarikat Fortune 500 untuk memperoleh dan membangunkan Bandar Malaysia, terutama tidak pada harga tinggi yang diminta oleh Kementerian Kewangan," tegasnya. Pua mengulas kenyataan Irwan, yang semalam berkata bahawa "masanya akan tiba" untuk diadakan sidang akhbar mengenai pemaju induk Bandar Malaysia. Ditanya bila sidang ...

Bagaimana MARA rugi RM60j dalam urus niaga hartanah di Australia

Gambar
Majlis Amanah Rakyat (MARA) didapati membayar A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) kepada sebuah "syarikat lahu" (syarikat tanpa operasi atau shell company) bernilai US$2 di Caribbean, yang mendakwa mempunyai kepentingan dalam sebuah bangunan di Melbourne, Australia. Dengan menggunakan jaringan transaksi atas kertas yang rumit dan syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI), berjuta ringgit bertukar tangan melalui perjanjian jual beli, dan dengan bantuan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dalam urus niaga itu. Dua lagi urus niaga diperlukan untuk melengkapkan pembelian itu. Pembelian itu dikaburi lagi dengan transaksi yang dibuat melalui syarikat di BVI oleh beberapa warga Malaysia, termasuk bekas pegawai MARA. Malaysiakini dan media berpangkalan di Melbourne, Fairfax Media, memperolehi dokumen menggemparkan ini yang memberi gambaran tentang penipuan yang berlaku. Ia telah menjejaskan kepentingan MARA, menyebabkan badan yang ditubuhkan untuk mem...

Pas Kedah terus diserang "bena perang"

Gambar
SESUDAH SUBUH Amiruddin serah borang keahlian PPBM. Berita besar dalam jelumu politik negara dan sedikit memeranjatkan semalam ialah tindakan Ketua Pembangkang Pas di DUN Kedah, Ir Amiruddin Hamzah yang keluar meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM). Keterkejutan besar ialah bagi Pas, manakala terkejut kecil ialah bagi orang-orang Amanah. Penyertaan Amiruddin itu memberi pukulan buat Pas Kedah. Walaupun kata seorang pemimpin Pas Kedah tindakan Ir Amiruddin itu sudah dijangkakan kerana beliau sudah lama berada dalam majlis-majlis Pakatan Harapan tetapi ia tetap sesuatu mengejutkan. Kenyataan atau ulasan pemimpin Pas itu bak kata orang hanya untuk memaniskan mulut sahaja tetapi peritiswa itu tetap menyakitkan hati. Ianya bagaikan si musang tidak dapat anggur dikatakan anggur itu masam. Begitulah sikap Pas dalam menerima takdir menimpanya ekoran keluarnya Amiruddin. Pas Kedah khasnya terpaksa mencari alasan tepat untuk membalas tindakan itu s...

PAS tiada peluang jadi progresif, kata ahli seumur hidup Wan Saiful

Gambar
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata beliau masih merupakan ahli seumur hidup PAS. “Saya masih bawa kad ahli PAS saya ke mana-mana, kerana keahlian adalah seumur hidup,” katanya pada persidangan antarabangsa anjuran Istanbul Network di sini di mana beliau membentangkan kertas kerja mengenai hala tuju parti Islam itu. Bagaimanapun, Wan Saiful menjangkakan beliau akan disingkir keahliannya. “Lambat laun mungkin mereka akan pecat saya… tetapi saya tunggu mereka pecat saya,” katanya. Wan Saiful menyertai PAS pada 1997 ketika masih belajar. Badan pemikir beliau, Ideas, kerap dikaitkan dengan pendekatan liberal, sesuatu yang kerap diserang PAS. “Semua orang pernah buat salah,” katanya bergurau merujuk keputusannya menyertai PAS. Dalam kertas kerjanya bertajuk “Evolusi Islamisme dalam Politik Malaysia: Perpecahan Parti Islam SeMalaysia dan Penyebaran Idea Progresif”, Wan Saidul berkata PAS tidak akan ...

Polis mahu keterangan enam pemain Kedah berkenaan isu rasuah

Gambar
Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my Nidzham Adzha & Datuk Iszam Kamal Ismail POLIS mahu mengambil keterangan enam pemain Kedah yang didakwa terbabit rasuah bersama jurulatihnya, Nidzam Adzha Yusoff pada aksi final Piala Malaysia, 4 November lalu. Perkara itu disahkan penasihat perundangan Nidzam, Datuk Iszam Kamal Ismail sambil menjelaskan ia bagi membantu siasatan berhubung pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan yang didakwa memfitnah mereka. Iszam berkata, polis juga akan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan maklumat terperinci pemilik akaun Facebook berkenaan termasuk lokasinya. “Pegawai penyiasat kes ini memaklumkan kepada kami yang mereka mahu menemubual enam pemain Kedah untuk mendapatkan maklumat lanjut sama ada mereka mengenali suspek atau tidak. “Selepas itu polis akan menilai sama ada betul atau tidak pemilik Facebook itu dalang yang membuat fitnah sebelum tindakan lanjut diambil. “Sekarang ini p...

SIK : Pembalakan didakwa jadi punca banjir lumpur

Gambar
  SIK - 1000 hektar Hutan Simpan Bukit Enggang didakwa digondolkan bagi projek tanaman petai belalang dan Timber Latex Clon (TLC) menjejaskan bekalan air bersih serta penyebab banjir lumpur bagi Kampung Balong Ayam, Kampung Chong, dan Kampung Durian Burung dalam Dun Belantik. Pembalakan tersebut dilesenkan kerajaan negeri kepada Perbadanan Menteri Besar ( MBI) dan kontraktor projek terbabit adalah Jaentique Sdn Bhd. Aktiviti sejak awal 2016 itu dijalankan di kompartment 13,14,dan 15 seluas 500 hektar sejak manakala baki 500 hektar dibuat di kompartment 12. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar ( Latas) Pas Pusat dan Pas Kedah memandang serius aktiviti pembalakan di kompartmen 12, 13,14 dan 15 Hutan Simpan Bukit Enggang yang mengancam kelestarian alam sekitar, kehidupan manusia, sumber bekalan air, dan mengakibatkan banjir lumpur dan kerosakan ekosistem. Advertisement Menurutnya, beberapa kampung lain berpotensi m...

Laluan utama Sungai Ular ditutup sehingga 12 Disember

Gambar
KULIM - Laluan utama Sungai Ular menghala ke Serdang akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 4 hingga 12 Disember ini bagi memberi laluan pembinaan jambatan sementara di situ. Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Che Nai berkata, laluan itu terpaksa ditutup kerana jambatan berhampiran Taman Seri Mahkota kerana strukturnya berisiko untuk semua kenderaan. "Kita terpaksa tutup dalam tempoh seminggu laluan itu kepada semua pengguna, kerja-kerja membina jambatan sementara akan dilakukan. "Mengikut laporan forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Kuala Lumpur yang turun ke sini pada 20 November lalu mendapati struktur jambatan atau rasuk-rasuk jambatan mulai retak ini mungkin kerana faktor usia jambatan dan persekitaran," katanya pada sidang media. Advertisement Beliau berkata, papan tanda pemberitahuan penutupan laluan itu akan dipasang selewatnya pada 29 November ini untuk memudahkan pengguna merancang perjalanan. "Kita akan pasang beberapa papan tanda ...

ANAK: Selesaikan segera isu hutang peneroka!

Kenyataan Media ANAK: Selesaikan segera isu hutang peneroka! Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengalu alukan dan menghargai usaha yang dilakukan Dato' Dzulkifli Abd Wahab selaku Pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd(FTPSB)yang dipertanggungjawabkan menguruskan ladang seluas 239,909.49 hektar milik 59,569 peneroka Felda seluruh negara. Beliau dilantik mulai 1 Jun 2017. Beliau menamatkan perkhidmatan lebih 30 tahun di Felda sebagai Pengarah Besar Felda yang bermula dari bawah. Malangnya, beliau dilayan dengan begitu buruk oleh Tan Sri Isa Samad, hanya kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian FGV di Bursa Malaysia. Tuan Hj Abd Ghani Ali pula adalah Pengarah Besar Felda yang baru, mulai 5 september 2017. Pengalaman berkhidmat dengan Felda sejak tahun 1981. Memulihkan keyakinan para peneroka diketika Felda dan Felda Technoplant sedang bermasalah adalah misi sangat sukar. Isu hutang peneroka tidak kunjung reda, samalah juga soal penyelenggaraan kebun pe...

Guru hantar mesej palsu dalam WhatsApp secara berkumpulan didakwa

Gambar
Image via The Sun Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di negara ini dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan. Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu. Mengikut pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya ke kumpulan WhatsApp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira 1 tengah hari di Hospital Semporna. Dalam kumpulan WhatsApp itu, dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu seora...

Perkasakan dua badan penting dalam pendidikan dahulu - Mahdzir

Gambar
PADANG TERAP: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan perlu diperkasakan jika penubuhan Suruhanjaya Pendidikan, direalisasikan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata peranan kedua-dua badan itu perlu diperhalusi supaya selaras dengan dasar semasa. "SPP sudah lama diwujudkan tetapi peranannya terhad kepada perkhidmatan perguruan sahaja. "Maka, ia perlu dirombak semula dengan melihat aspek perkhidmatan seperti yang dilakukan sekarang dan sebagai penentu kepada pelaksanaan dasar pendidikan. "Bagi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan pula, ia sebagai penasihat kepada dasar pendidikan negara. "Majlis ini boleh dikaji peranannya dengan diberi mandat yang lebih luas selain menasihati pelaksanaan dasar," katanya selepas menghadiri Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 tahun Piala Menteri Pendidikan 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Terap, di sini, hari ini. Beliau berkata, pihaknya menyokong seb...

'Paling celaka, dia fitnah kata guru pau duit anak-anak dia'

Gambar
Akhir tahun, biasanya mana-mana sekolah akan buat jamuan akhir tahun. Bukan setakat jamuan murid, bahkan jamuan guru. Jamuan akhir tahun guru-guru biasanya gah dan gempak-lah. Buat di hotel besar siap pakaian bertema bagai lagi. Hal sebegini, guru-guru akan kongsi di fb masing-masing. Biasalah, majlis yang glem lagi meriah, simpanlah di muka buku buat kenangan dan tatapan rakan-rakan. Tapi yang tak bestnya, ramai kaki dengki dengan golongan cikgu ni. Aku ada terbaca beberapa hantaran yang tak puas hati bila cikgu buat sambutan begitu. Gedik kata mereka. Baik habiskan duit bayar yuran murid miskin. Paling celaka, dia fitnah kata guru pau duit anak-anak dia. Dia kata ambil dana PIBG hasil kutipan dari murid sekolah. Ramai pula yang komen memaki hamun perbuatan makan duit PIBG itu. Dah pakat pandang serong dan mula buat cerita lain pula. Padahal itu FITNAH besar pada golongan pendidik. Habis tu cikgu-cikgu ambil duit kat mana sewa hotel dan jamuan gah sebegitu rupa? Kau na...

Pemuda Bersatu desak Ku Nan tarik balik kenyataan ‘slow learner’ terhadap pelajar UiTM

Gambar
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor Tengku Mansor tidak wajar menghina pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) disertai dikalangan pelajar lembab (slow leaner) yang tidak layak memasuki ke Intititusi Pengajian Awam (IPTA) yang lain di negara ini. Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mengesa menteri wilayah persekutuan itu, menarik balik kenyataan dibuatnya ketika menekankan sumbangan Umno kepada pelajar, ketika berucap di majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur pada Sabtu. “Pemuda PPBM mendesak Ku Nan menarik semula kenyataan dangkal ini. Semua pelajar adalah aset kepada negara. “Beliau harus menilai pengorbanan ratusan ribu graduan dan pelajar UiTM yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti untuk bersama membangunkan bangsa dan negara. “Ini merupakan satu penghinaan kepada ribuan pelajar yang menuntut di UITM. “Pengorbanan ratusan ribu graduan dan pelajar UITM inilah ya...

Isu gaji guru tadika swasta dan pra sekolah, KPM akan duduk semeja dengan TPM

Gambar
PADANG TERAP 27 Nov. - Kementerian Pendidikan akan duduk semeja dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung mekanisme bagi menyelaras skim gaji guru prasekolah dan tadika di seluruh negara. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir berkata, pelarasan gaji guru prasekolah antara kerajaan dan swasta perlu ada pemurnian bagi kedua-dua pihak. 
 “Kajian gaji minimum guru prasekolah yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, kita perlu tengok bagaimana pelarasan akan dibuat. 
 “Kita akan dapatkan satu tarikh daripada beliau untuk kita berbincang dan beri taklimat penuh berkait dengan prasekolah dan gaji guru prasekolah,” katanya di sini hari ini.
 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis khatan beramai-ramai di Hospital Kuala Nerang di sini hari ini.
 Mahdzir mengulas tentang kenyataan Ahmad Zahid bahawa, kerajaan sedang merangka satu mekanisme bagi menyelaras skim gaji guru tadika dan prasekolah di seluruh negara.
 Mengulas ...

Pembuli di sekolah akan dihantar sertai latihan tentera, polis

Gambar
Gambar hiasa via Free Malaysia Today KUALA LUMPUR: Pelajar yang terbabit dalam salah laku disiplin, khususnya membuli di sekolah akan dihantar menjalani latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata pelajar terbabit akan menjalani latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan. Katanya, pelajar yang memiliki kecenderungan terbabit dalam isu disiplin juga akan dihantar menjalani latihan sama sebagai usaha kementerian menangani gejala buli di sekolah. "Kementerian melaksanakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menangani isu disiplin murid secara lebih berfokus, termasuk bersama ATM dan PDRM. "Murid yang terbabit dalam salah laku disiplin akan diberikan latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan dengan menggembling kepakaran serta kemahiran anggota tentera dan polis dalam pelaksanaan aktivitinya. "Kita juga menubuhkan ...

Jangan permainkan emosi guru - NUTP

Gambar
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu syor penubuhan Suruhanjaya Pendidikan dibuat secara bersungguh dan tegas supaya emosi guru tidak terus dipermainkan. Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, berkata idea penubuhan suruhanjaya ini sememangnya sudah lama disuarakan. Justeru, Kamarozaman mahu perkara yang kembali dibangkitkan oleh Gabungan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ketika Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Ke-63 semalam dan mendapat sokongan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamadi, tidak sekadar menjadi mainan politik. "Sepatutnya, profesion perguruan ini sudah lama diasingkan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti mana tertubuhnya Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera. "Menerusinya, banyak perkara yang dibangkitkan dalam perkhidmatan dapat diselesaikan," katanya ketika dihubungi BH. Kamarozaman berkata, penubuhan Suruhanjaya Pendidikan itu diharap membantu menyelesaikan masalah per...

Guru tak perlu ke sekolah ketika musim cuti

Gambar
PADANG TERAP: Guru tidak perlu hadir ke sekolah pada musim cuti kecuali atas sebab rasmi seperti kursus atau peperiksaan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menegaskan perkara itu sudah dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) sejak sekian lama. "Sejak sekian lama Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), yang menyatakan guru tidak perlu hadir ke sekolah pada musim cuti kecuali atas sebab rasmi seperti kursus atau peperiksaan sahaja, sudah diedarkan. "Saya difahamkan ada pihak yang mengabaikan perkara itu. Maka, kementerian akan menghantar surat pekeliling khas kepada semua pengarah pendidikan negeri mengenai perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan guru yang mendakwa diarah hadir ke sekolah bagi penugasan pejabat ketika cuti sekolah. Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pentadbir sekolah perlu menggunakan kebijaksanaan dalam urusan persekolahan. loading...

CEO baru cadang ganti nama Proton kepada "Bao Teng" dalam bahasa Cina

Gambar
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama "Bao Teng". Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng". Katanya, "Bao" bermaksud khazanah atau harta benda manakala "Pu" membawa maksud biasa. Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden. Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automoti...

ADUN PAS Kedah sertai BERSATU

Gambar
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah dari PAS hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Amiruddin yang juga ketua pembangkang DUN Kedah mengumumkan perkara itu pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook. Turut hadir adalah Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ketua BERSATU Kedah, selain pimpinan negeri. Sebelum ini, Amiruddin dilihat sebagai antara pemimpin PAS yang cenderung terhadap parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH). Selain Datuk Mahfuz Omar, beliau juga hadir di konvensyen tahunannya di Kedah, bulan lalu. Amiruddin adalah pengganti allayarham Datuk Fadzil Noor di DUN itu, selepas menang dalam pilihan raya kecil di sana pada 2002 berikutan kematian bekas presiden PAS itu.  Read more at http://ift.tt/2Bo81XB

Terengganu berisiko jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.

Gambar
SHAH ALAM – Terengganu yang kini berada di bawah pemerintahan BN dilihat berisiko jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14. Menjelang PRU yang dijangka paling lewat diadakan enam bulan dari sekarang itu, pelbagai gambaran dilihat, terutamanya bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Terengganu antara negeri yang dikatakan berpontensi untuk dilepaskan kepada pembangkang. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu dilihat berdasarkan beberapa faktor yang dilihat menjadi penyumbang kepada peralihan kuasa yang dijangka berlaku di negeri tersebut. “Terengganu antara contoh negeri yang boleh dirampas pembangkang apabila perbalahan antara pemimpin negeri itu diketahui umum. [ARTIKEL BERKAITAN: Ada apa di sebalik kontroversi MB?] “Dengan perbalahan seperti itulah, pengundi di negeri itu melihat ia sebagai satu faktor ketidakyakinan mereka untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran sedia ada,” katanya kepada Sinar Online. Beliau be...

Ramai MP Harapan kaki ponteng

Gambar
Ramai MP PH Kaki Ponteng. Riuh Dewan Rakyat semalam gara-gara kekalahan blok Pakatan Harapan (PH) dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam kepada blok kerajaan BN sebanyak 51–52 undi, dengan 2 MP mengundi berkecuali. Di sebabkan kekalahan itu, PH menuding jari kepada MP PAS. Dalam jumlah 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 daripada undi datang daripada MP PAS termasuk 1 daripada MP PAS yang ‘tidak PAS’, Mahfuz Omar. 5 MP PAS yang menyokong PH dalam pengundian tersebut kemungkinan ada alasan mereka sendiri manakala 2 MP PAS yang berkecuali sudah semestinya sama sikap mereka ketika berkecuali dalam pengundian Budget 2018. Sebelum PH berteriak sakan menyalahkan orang lain termasuk yang berkecuali mahupun yang tidak hadir, mari kita lihat permasalah sebenar yang berlaku di kalangan MP PH sendiri iaitu ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian. Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) = 71 orang. PKR = 28 orang DAP...