Postingan

Menampilkan postingan dari Desember, 2017

2018 : Tambang Feri Langkawi NAIK HARGA

Gambar
Fb Aduan Rakyat Kedah Viral dari Whatsapp pagi ini Rakyat yang ke Langkawi mengeluh kerana harga tiket sudah naik berbeza dari kelmarin 31 Disember 2017. Assalamualaikum untuk makluman semua : TAMBANG BARU HARGA FERI KE LANGKAWI DARI KUALA KEDAH 2018 RM 23.00 naik RM 26.00 dewasa RM 17.00 naik RM 20.00 kanak-kanak TAMBANG BARU HARGA FERI DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI 2018 : RM18.00 naik ke RM21.00 Dewasa RM12.00 naik ke RM16.00 Kanak-Kanak Tahun Baru & Harga Baru ??? #SapaMenangSapaSenang #MuafakatBayarHargaTambangBaru

MB Kedah digesa beri sebab gagal agih wang khairat kematian lebih RM9juta

Gambar
MOHD ALI HASHIM Malaysian Dateline Abdullah Suady Mohd Nasir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak harus berdiam diri dan perlu segera menjawap pelbagai persoalan yang timbul membabitkan dakwaan kegagalan kerajaan negeri mengagihkan wang khairat kematian kepada keluarga waris yang mencecah lebih RM9 juta. Abdullah Suady Ramadhan Mohd Nasir yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah mendesak Ahmad Bashah supaya menjawab keraguan tersebut sedangkan ia telah dijanjikan oleh kerajaan negeri sebelum ini. “Kerajaan negeri harus segera menyatakan kekeliruan yang menjadi tanda-tanya kepada seluruh rakyat negeri ini. “Apakah kerajaan negeri sudah tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menunaikan janji yang mereka laung-laungkan kepada rakyat Kedah selama ini. “Ataupun terdapat keraguan maupun kecuaian dalam pengurusan untuk menyalurkan dana yang telah dijanjikan selepas mereka memenangi pilihan raya umum yang lalu, ” jelasnya....

Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno

Gambar
ARIF ATAN Foto : MOHD SYAFIQ ISKANDAR Perhimpunan ‘Turun Minyak Turun Najib’ di ibu negara menjelang tahun baru 2018 menyaksikan peserta berazam untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Protes bertemakan warna putih itu menuntut supaya kerajaan mengembalikan subsidi minyak serta menetapkan harga siling petrol RON95 dan diesel masing-masing pada harga RM1.90 dan RM1.80 seliter. Laungan ‘Turun Najib, Hancur Umno’ kedengaran sepanjang perarakan yang bermula jam 11 malam tadi dari kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abduk Rahman menuju ke Dataran Merdeka. Polis mendakwa penganjur melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012. Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK); bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta kumpulan aktivis Otai Reformis 1998 antara mereka yang berada di barisan depan perarakan. Walau bagaimanapun, himpunan dihadiri ...

Berakhirlah secara rasmi legasi Ustaz Fadzil Noor dalam PAS dengan keluarnya Mahfuz Omar

Gambar
SELAMAT BERJUANG DATO MAHFUZ OMAR Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Dengan keluarnya Dato Mahfuz Omar daripada PAS, maka berakhirlah secara rasmi legasi Ustaz Fadzil Noor. Antara legasi ustaz Fadzil Noor yang berpengaruh secara khusus utk negeri Kedah adalah almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak dan Dato Mahfuz Omar. 2) Ustaz Azizan menjadi bualan ramai setelah menjadi Menteri Besar, apabila semua orang kagum dengan potensinya yang unik dan hebat. Malah gaya kepimpinan dan pengucapan mirip Ustaz Fadzil Noor sendiri. Ramai yang terkenang Ustaz Fadzil Noor apabila menghayati cara ustaz Azizan berpencak dalam dewan undangan negeri. 3) Setelah pemergian Ustaz Azizan, Dato Mahfuz Omar dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah. Walaupun tidak sehebat Ustaz Azizan dari segi kepimpinan, beliau turut mewarisi kehebatan Ustaz Fadzil dari sudut kehebatan berhujah dan bersilat dalam Parlimen. Atas dasar itu, PAS Kedah melihat beliau sebagai legasi ustaz Fadzil yang boleh menjadi nakhoda PAS Kedah. 4) Namun...

Tawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM 2018

Gambar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa dan separuh masa di Universiti Awam Dalam dan Luar Negara bagi ambilan Tahun 2018. loading... PPP yang berminat untuk memohon adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat Program Penajaan/CBBP yang disertakan sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018. Sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai program ini, boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) atau e-mel ke: epenawaran@moe.gov.my atau hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7028. Pengenalan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018 Analisis Permohonan Mengikut Bidang Senarai Bidang Kedoktoran (Dalam Negara) Senarai ...

Kebebasan Bersuara Lebih Parah Di Bawah DS Najib

Gambar
KENYATAAN MEDIA Kebebasan Bersuara Lebih Parah Di Bawah DS Najib Saya terpanggil untuk membalas kenyataan yang dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, DS Salleh Said Keruak, yang berkata kebebasan bersuara di bawah DS Najib Razak lebih baik berbanding di bawah Tun Dr Mahathir. Kenyataan DS Salleh ini sebenarnya langsung tidak bersandarkan fakta atau rujukan. Ia adalah kenyataan terdesak memandangkan Pakatan Harapan semakin kukuh dan bersiap sedia menghadapi PRU-14. Dengan kata lain, ini hanyalah retorik politik untuk menonjolkan kesetiaan DS Salleh terhadap bos beliau menjelang PRU-14. Cukup mudah untuk mematahkan hujah DS Salleh. Sebagai contoh, jika kita rujuk Indeks Kebebasan Media Sedunia (World Press Freedom Index) terbitan Reporters Sans Frontier (RSF) - sebuah NGO antarabangsa yang memantau tahap kebebasan media - kita akan lihat bagaimana kebebasan bersuara di kalangan media di Malaysia bertambah parah di bawah DS Najib berbanding penghujung era pentadbiran Tun Dr Mahathi...

Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini

Gambar
Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan suatu himpunan membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang dinamakan “Himpunan Turun! Turun! – Turun Harga Minyak, Turun Najib Razak” bertempat di hadapan bangunan Sogo di ibu negara pada jam 11 malam ini bertepatan dengan sambutan ketibaan tahun baharu 2018. Peserta himpunan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka, kata Pengarah Mobilisasi Pemuda Harapan (PH) Malaysia, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam satu kenyataan hari ini. “Kita berarak dan berganding bahu mendesak agar ditetapkan harga siling RM1.90 untuk RON95 dan RM1.80 untuk diesel. Lebih jauh, derapan langkah ini dihayun dengan satu harapan, 2018 merupakan tahun keberanian untuk rakyat bersatu lakukan perubahan. Ayuh!” seru beliau. Harga bahan api tidak menentu tambah beliau, ditambah kegagalan kerajaan mengawal dan mengembalikan semula subsidi minyak, dalam keadaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang masih kekal, kesemua itu ibarat kecelakaan di kala rakyat mena...

Ajaib Najib tak tahu isu tanah Felda di Jalan Semarak kena jual RM270 juta..!!!

Gambar
Ajaib Najib tak tahu MUNGKIN Perdana Menteri Najib benar-benar tidak tahu tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang nilai semasanya kini sekitar RM270 juta telah ditukar milik kepada satu syarikat yang dikatakan orang penting Felda ada kepentingan. Dia adalah bukan sekadar Perdana Menteri bahkan pegawai besar paling berkuasa di Felda yang statusnya boleh dikira seperti raja Felda. Cuma ladang negara itu tidak distatuskan sebagai Felda Diraja. Maka amat ajaiblah jika sungkelap tanah Felda itu tidak diketahuinya. Bukan pula mustahil dia tidak tahu seperti sindiran cerita rakyat barat yang popular iaitu Raja Berbaju Baharu. Raja tidak menyangka dia ditipu penyangak yang mengaku boleh sediakan pakaian ajaib yang tidak dapat dilihat oleh orang bebal. Digayanya pakaian yang tidak nampak oleh semua di badan raja. Maka yang tak nampak raja berpakaian kata ajaibnya pakaian itu. Pakaian itu sebenar dongeng dan raja tidak sedar dia ditipu. Dalam keadaan raja tertipu seperti ini ...

KHIANAT | Skandal tukar status hartanah Bumiputera gemparkan Johor

Gambar
PETALING JAYA: Ketika rakyat menghadapi kesukaran memiliki kediaman sendiri, skandal menukar status hartanah Bumiputera kepada bukan Bumiputera di Johor tentunya menggemparkan. Lebih-lebih lagi apabila seorang bekas exco kerajaan negeri didakwa di mahkamah sesyen atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah RM30.3 juta, di mana beliau mengaku tidak bersalah. Berikut kronologi skandal hartanah Johor sepanjang 2017. 24 Februari – Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam Johor ditahan SPRM dalam siasatan ke atas dakwaan rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu. Media melaporkan semua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis. SPRM turut merampas 21 kereta mewah, 5 motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan. Selain itu, sebanyak 45 akaun bank milik semua sus...

LEGASI USTAZ FADZIL NOOR YANG DIRUNTUHKAN HJ HADI

Gambar
Ada seorang Pemuda PAS bertanya kepadaku, mengapakah aku kelihatannya rimas dengan Abdul Hadi Awang? Aku menjawab, “Kerana dia meruntuhkan apa yang dibina arwah ustaz Fadzil.” Sebagai orang muda yang tidak pernah merasai kenikmatan menemui dan belajar daripada arwah Fadzil Noor, dia memang terpinga-pinga. Dia tidak pernah bertemu Ustaz Fadzil. Untuk penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah 'Akidah dan Perjuangan' oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor (13 Mac 1937 – 23 Jun 2002) yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda PAS adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca. Almarhum Ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama terkenal di Kedah asal Patani. Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha P...

“54 kerusi parlimen, 92 kerusi Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN”

Gambar
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata, berdasarkan situasi semasa di Felda, apatah lagi skandal membabitkan Tanah Felda di Jalan Semarak, Anak berkeyakinan 54 kerusi parlimen dan 92 Dun di Felda, bukan lagi simpanan tetap bagi kerajaan sedia ada. Kehadiran Tun Dr Mahathir telah menarik sokongan ribuan warga Felda. Ia suatu gelombang yang tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan era reformasi pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan semalam. “Kerjasama erat melalui taskforce Anak-PPBM dengan aktiviti utama Jelajah Semarak Kasih Felda telah mendapat sambutan hebat masyarakat Felda. “Insya-Allah kesedaran warga Felda khususnya Generasi Baru Felda, akan membuka ruang dan peluang pembentukan kerajaan baru yang telus dan beramanah,” kata beliau. Jelas Mazlan, pelan pemulihan 100 Felda akan memberi keutamaan terhadap isu hutang dan pendapatan peneroka, rumah Generasi Baru Felda, dasar Belia & Wanita, yang tentu se...

2018 : TAHUN RAKYAT TUNTUT PERUBAHAN DAN KEADILAN

Gambar
PERUTUSAN TAHUN BARU SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN: TAHUN RAKYAT TUNTUT PERUBAHAN DAN KEADILAN _30 Disember 2017_ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah pertama sekali marilah sama-sama kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita diberi peluang untuk melangkah ke tahun 2018. Waktu yang datang dan pergi adalah satu bentuk amanah dan boleh menjadi satu kerugian besar kepada mereka yang membiarkan waktu berlalu tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat. Sesungguhnya, walaupun tahun 2017 telah dilalui dengan suasana penuh mencabar, namun rakyat Malaysia perlu bangkit menuntut perubahan dengan mengambil segala kesilapan sebagai pengajaran yang perlu ditempuh demi generasi anak cucu kita. Meskipun Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara sebagai seorang tahanan politik, beliau perlu dibebaskan segera kerana sudah terlalu banyak kritikan dan kecaman didengari di peringkat antarabangsa. KE...

Bersatu muktamad putuskan kerjasama dengan Pas

Gambar
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini secara rasmi mengumumkan keputusan untuk menamatkan rundingan kerjasama dengan Pas. Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan pengulungannya pada Mesyuarat Agung Pertama parti itu lewat petang ini berkata, keputusan itu diambil kerana gagal mencapai kata sepakat disebabkan parti itu menolak bekerjasama dengan Pakatan Harapan. “Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rundingan Kerusi saya berpeluang berunding dengan pelbagai pihak termasuk Pas. ‘Pemimpin tinggi Pas kebelakangan ini mesra Umno. Mereka menyatakan nak tanding 100 kerusi Parlimen dan berpuas hati jika menang 40 kerusi Parlimen tidak mampu tubuh kerajaan hanya nak jadi kuasa penentu apabila keputusan belah bagi antara Pakatan Harapan dan BN. “Ini menunjukkan kepimpinan Pas tidak berprinsip. Tidak ada kekuatan untuk tolak kleptokrasi. “Isu tanah Felda Pas kata untuk selesaikannya amat mudah tidak perlu tubuhkan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja), maka den...

Ada apa PAS Selangor ketepi Khairuddin?

Gambar
Ada apa PAS Selangor ketepi Khairuddin? Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman digugurkan daripada jawatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) perhubungan PAS Selangor selepas hanya kira-kira tiga atau empat bulan dilantik. Menurut Khairuddin, beliau digugurkan dari jawatan itu sejak dua bulan lepas. Ditanya sama ada pengguguran itu disebabkan PAS Selangor membuat rombakan barisan pimpinan negeri, Khairuddin berkata hanya beliau seorang saja yang digugurkan. Cukup-cukuplah drama Felda, kata Nurul Izzah “Sekarang saya ahli biasa saja, tapi benda (pengguguran jawatan) ini sudah lebih dua bulan lepas. Cuma baru-baru ini orang mula tanya (alasan pengguguran). “Sebab kenapa saya digugurkan, itu kena tanya pimpinan,” katanya kepada  Malaysiakini  hari ini. Khairuddin merupakan seorang pemimpin kanan PAS yang pernah mendapat kepercayaan sekurang-kurangnya daripada tiga pesuruhjaya PAS negeri. Di bawah pimpinan Datuk Dr Hasan Ali, Dr Abd Ran...

Dua guru satu kelas, fokus pada subjek tertentu

Gambar
KUALA LUMPUR: Mekanisme dua guru dalam satu kelas sudah lama diamalkan di negara Barat, yang boleh dijadikan contoh terbaik untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di negara ini. Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata banyak sekolah di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, sudah lama mempraktikkan konsep dua guru iaitu guru dan pembantu guru bagi melancarkan proses PdP dalam sesebuah kelas. Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan dua guru di negara Barat hanya menumpukan kepada beberapa subjek utama kerana murid memerlukan kefahaman dan tahap penguasaan yang lebih bagi subjek berkenaan. loading... "Justeru, saya mencadangkan amalan dua guru dalam satu kelas di negara ini wajar diberi keutamaan kepada subjek tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, bagi membolehkan guru atau pembantu guru memberi tumpuan penuh kepada murid. "Dalam lawatan kerja ke negara Barat sebelum i...

2 guru 1 kelas dipertimbang jika selaras dengan pedagogi - KPPM

Gambar
KUALA LUMPUR: Penilaian nisbah guru dan saiz kelas bagi memastikan keberkesanan tumpuan proses pembelajaran boleh diteliti semula jika selaras kaedah pedagogi. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata pertimbangan khusus itu boleh dilaksanakan terhadap sekolah yang mempunyai kepadatan pelajar melebihi 40 orang dalam sebuah bilik darjah. "Kita kena tengok secara menyeluruh kerana saya faham masalah yang dihadapi warga pendidik apabila terpaksa mengendalikan kelas besar (jumlah murid ramai). loading... "Benda ini (pertimbangan tambah nisbah guru) tiada masalah, kita boleh bincang sebab bukan semua kelas mempunyai pelajar 40 orang," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, semalam, mengusulkan supaya Kementerian Pendidikan memperuntukkan dua guru dalam satu kelas, selaras transformasi pembelajaran abad ke-21 yang ingin dilaksanakan kerajaan. Menyedari cad...

2 guru 1 kelas perlu perincian rapi, babit kos tinggi

Gambar
CYBERJAYA: Usaha menempatkan dua guru dalam satu kelas memerlukan perancangan rapi sebelum dilaksanakan kerana bakal membabitkan kos dan tenaga kerja yang tinggi. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata pelaksanaan itu adalah satu cadangan yang baik, tetapi ia perlu selari dengan kemampuan kerajaan ketika ini. "Jika dilihat di beberapa negara maju memang ada dua guru dalam satu kelas tetapi realitinya berbeza di Malaysia kerana kita perlu memenuhi permintaan guru di sekolah terlebih dahulu. loading... "Sehingga kini, kita mempunyai lima juta murid dan 450,000 guru, jadi jika jumlah guru digandakan, ia memerlukan kira-kira sejuta warga pendidik dan ia memakan belanja yang sangat besar," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Program Kemahiran Bahasa Inggeris Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), di sini, hari ini. Beliau mengulas saran...

NUTP syor nisbah 2 guru 1 kelas

Gambar
KUALA LUMPUR: Pemansuhan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid bakal merencatkan proses pengajaran jika tiada penambahbaikan beberapa aspek pembelajaran dalam tempoh setahun. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, berkata perubahan sedemikian sepatutnya disusuli peruntukan dua guru dalam satu kelas, selaras transformasi pembelajaran abad ke-21 yang ingin dilaksanakan kerajaan. loading... Katanya, peningkatan tenaga kerja, iaitu pembantu guru berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran dengan memberi penekanan tambahan kepada murid yang mempunyai aspek kecerdasan berbeza. "Kita sudah minta perkara ini (tambahan nisbah antara guru dan kelas) sejak 20 tahun lalu, tetapi Kementerian Pendidikan kata ia tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan kewangan. "Transformasi pendidikan hanya akan berjaya jika kita berupaya merungkai kekangan. Jangan biarkan Dasar Pendidikan Negara sekadar maju di atas...

Garis panduan baharu diperlukan untuk hukuman murid - NUTP

Gambar
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar. Garis panduan baharu bersesuaian dengan cabaran guru mendidik masa kini. Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock, berkata kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarkan bagi memberi maklum kepada guru mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-peraturan Pelajaran seperti berkeliaran dan bising di dalam kelas. "Surat pekeliling itu kali terakhir dikeluarkan pada 1983. Ada peraturan baharu mengenai hukuman yang dikemas kini dari semasa ke semasa, tetapi lebih baik jika satu garis panduan lengkap yang terkini dikeluarkan. "Bukan saja mengenai hukuman yang dilarang tetapi yang dibenarkan, supaya guru ini boleh mendisiplinkan pelajar tanpa rasa seperti tangan mereka diikat," katanya dalam...

Kerajaan tambah baik skim pencen, benar lebih GCR sebagai Cuti Rehat

Gambar
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017, Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi membenarkan GCR yang dikumpul melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan. GCR bagi pegawai pegawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan  diperuntukan  di bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencen 1980, iaitu sebagai satu faedah di bawah Akta Pencen 1980 (Akta 227) . loading... Berdasarkan peraturan semasa, GCR yang dikumpul melebihi 150 hari tidak akan diambil kira bayaran untuk bayaran award wang tunai apabila pegawai bersara. Sebagai penambaikan kerajaan telah bersetuju membenarkan GCR melebihi 150 hari digunakan sebagai Cuti Rehat pada tahun persaraan. Bagi maksud ini, tahun persaraan adalah dikira 12 bulan sebelum tarikh persaraan pegawai. Muat Turun: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017, Kebenaran G...

Henti asing kelas - Ketua Pengarah

Gambar
NILAI: Kementerian Pendidikan mengarahkan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid, dan sekolah kawalan dihentikan. Kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu mesti dimansuhkan sepenuhnya bermula 2019. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata amalan berkenaan bukan dasar pendidikan, namun dilakukan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS), yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) sebelum ini. "Selaras dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mula dilaksanakan tahun ini, sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS, kerana kita mahu semua murid dididik secara holistik, dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata. "Tiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu. ...

Maklumat Ringkas Persediaan PdPc Bahasa Inggeris Tahun 1 & 2 (CEFR) 2018

Gambar
Mungkin ramai guru yang masih tak dapat maklumat penuh atau tepat untuk laksanakan kurikulum baru berdasarkan CEFR. Harap maklumat ringkas yang disertakan dapat membantu guru-guru tahun 1 dan 2 Bahasa Inggeris sama-sama melaksanakan dasar baru ini seawal hari pertama persekolahan. Untuk maklumat terperinci, guru-guru berkenaan perlu berjumpa dengan guru yang telah mengikuti kursus CURRICULUM INDUCTION yang telah dilaksanakan. loading... Dokumen asas yang perlu guru ada sebelum memulakan PdPC. * Buku teks SUPERMINDS * Primary Year 1/2 Scheme of Work (SOW) Phonics * Primary Year 1/2 Syllabus * Primary Year 1/2 Scheme of Work (SOW) Semua dokumen kecuali buku teks boleh dimuat turun di laman web bpk.moe.gov.my boleh cari di bahagian 'Bahan Sokongan'. 1. Tahun 1 & 2 akan menggunakan sepenuhnya buku teks baru SUPERMINDS.  Buku teks lama tidak akan digunakan lagi atau boleh digunakan sebagai rujukan tambahan guru-guru (untuk mencari aktiviti atau bahan yang ...

Nurul Izzah dakwa hampir 4juta undi pos talian hayat BN

Gambar
MALAYSIA DATELINE December 27, 2017 3:33 pm 0 Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan 4juta pengundi pos bagi membantu Umno-BN menang Pilihan Raya Umum akan datang. Tindakan SPR baru-baru ini mengumumkan akan menetapkan angota keselamatan dan kesihatan sebagai ‘pengundi pos’ dakwanya memberi isyarat seolah-olah akan berlaku permainan kotor melibatkan SPR dalam PRU14 kali ini. “Persoalannya, adakah mereka yang berdaftar sebagai anggota sukarelawan polis (PVR), seperti anggota RELA boleh dikategorikan sukarelawan polis layak mendaftar untuk undi pos? Begitu juga status polis bantuan, kor kadet, simpanan pesara polis – adakah semuanya tersenarai sebagai pengundi pos? “Data terkini, jumlah anggota tetap pegawai rela adalah seramai 1,100 orang, walhal sukarelawan RELA hampir 3.05 juta orang. “Banyak pihak meragui, apakah pada saat akhir sebelum PRU-14 kelak, SPR bersedia menyatakan jumlah terkini bagi keseluruhan katego...

Kalau hendak keluar, keluarlah, Adun Pas Selangor ditempelak

Gambar
  Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, terdapat pihak-pihak tertentu menempelak Adun Pas Selangor yang menurut dakwaannya difitnah akan keluar Pas dan menyertai PKR menjelang pilihan raya umum nanti, sehingga ada yang berkata hendak keluar, keluarlah. “Semoga Allah memberi kekuatan kapada Adun-Adun Pas Selangor yang teruk difitnah sejak akhir-akhir ini. Mereka dikatakan hendak keluar dari Pas dan menyertai PKR kerana sayangkan jawatan. “Saya lihat tidak ramai yang memberi sokongan kepada mereka ketika fitnah ini dilempar. Malah ada yang menempelak kalau hendak keluar, keluarlah. “Ada pula yang berkata kalau hendaklah keluar, keluarlah sekarang. Sebelum PRU. Seolah-olah bersetuju dengan berita yang disebar. Kenapa begitu cepat mempercayai fitnah tersebut?” Kata Adun Cempaka itu dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mempersoalkan, kenapa meletakkan nilai dan integriti Adun-Adun Pas ini begitu rendah sehingga mengesyaki mereka akan melompat? “Sayang ramai...

Guru perlu keluar zon selesa

Gambar
Imej via skmtm.blogspot.my PENGUMUMAN yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin, mengenai tidak perlu mengasingkan kelas berdasarkan keputusan peperiksaan murid datang tepat pada masanya selepas mengambil langkah tegas untuk melaksanakan Pelaporan Pencapaian Sekolah Rendah (PPSR) baru-baru ini. Begitu juga arahan yang selari dengan perubahan tersebut telah diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk tidak lagi mewujudkan sekolah kawalan di negeri masing-masing. loading... Pengasingan kelas mengikut pencapaian murid dalam akademik ini telah lama wujud dalam sistem pendidikan formal di mana-mana negara dalam dunia sejak zaman dahulu lagi. Cara ini memudahkan guru memberikan fokus kepada peningkatan pencapaian murid berdasarkan tahap kompetensi murid yang telah dikenal pasti melalui ujian berbentuk diagnostik, atau perkataan mudahnya peperiksaan. Namun begitu peperiksaan ini adalah berdasarkan pentaksiran yang memberi fokus kepada aspek ...