Mara digesa tampil jawab dakwaan beli bangunan pada harga terlalu mahal dari harga pasaran
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu menjawab dakwaan yang dijalankan oleh badan media antarabangsa, yang melaporkan institusi kerajaan itu membeli sebuah bangunan di Jalan Swaston, Melbourne yang telah dibeli pada harga terlalu mahal berbanding harga jualan. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pemuda AMANAH Nasional Mohd Ammar Atan menjelaskan, harga yang dibeli seminggu sebelum itu adalah bernilai RM73.82juta (AS$23.5juta) dibeli oleh pihak Mara dengan harga jualan RM131.2juta (AS$41.8juta). Pembelian hartanah oleh pihak MARA ujarnya, sangat mencurigakan apabila harga pembelian adalah 177% lebih tinggi daripada harga asal selang beberapa minggu sebelum transaksi jualan dilakukan. Beliau yang merujuk kepada portal The Sydney Morning Herald di pautannya, dipetik menyatakan bahawa sejurus transaksi hartanah ini berjaya dijalankan oleh pihak Mara, wang sebanyak RM10.05juta (AS$3.2juta) telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Mohammad Lan yang merupakan bekas pe...