Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2018

Perlu ada alasan kukuh untuk pasang CCTV dalam bilik guru - NUTP

Gambar
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini menjelaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah adalah untuk tujuan keselamatan dan bukan memantau pergerakan guru, kata Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock. Mengulas mengenai aduan daripada guru SK Sungai Penchala, di sini berhubung tindakan pihak pentadbir yang memasang CCTV di bilik guru, beliau berkata alat rakaman CCTV tidak wajar dipasang di bilik guru kerana ia boleh mengganggu privasi dan sensitiviti mereka. "Justeru NUTP mendesak KPM membantu dan bertindak atas isu ini serta memastikan semua sekolah akur akan tujuan sebenar alat rakaman CCTV tersebut dipasang iaitu atas tujuan keselamatan sahaja," katanya dalam kenyataan. NUTP baru-baru ini mencadangkan pemasangan CCTV di tempat awam dan tidak menceroboh privasi pelajar serta guru bagi memantau perbuatan jenayah serta mengawal keselamatan sekolah.
 Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalan...

Panduan Semak Keputusan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Gambar
Keputusan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah pun dikeluarkan melalui laman HRMIS Online. Guru-guru boleh buat semakan keputusan masing-masing dengan log masuk menggunakan kata laluan yang telah ditetapkan. Berikut kami sediakan panduan untuk semakan tersebut: 1. Log Masuk ke HRMIS Online 2. Klik pada Laporan Penilaian Prestasi diruang PENGURUSAN PRESTASI 3. Klik FUNGSI > PENILAIAN PRESTASI > PEGAWAI YANG DINILAI 4. Klik pada SLIP KEPUTUSAN PBPPP 5. SLIP KEPUTUSAN dipaparkan untuk dicetak jobs from my.neuvoo.com

[Photos] Learn English Through Pictures

Gambar
A picture paints a thousand words, it's true, and pictures are a great way of improving your English, especially if you are a visual learner. So, use pictures to learn vocabulary, and grammar. Don't just look at pictures, think about them. Discuss them. See if you can describe what's happening in them, and name everything in them. Below are the samples. Download all the picture vocabulary HERE Download all the picture vocabulary  HERE loading...

Muat turun Kamus Simpulan Bahasa dalam bentuk PDF

Gambar
Berikut kami kongsikan kamus simpulan bahasa yang mudah untuk pelajar. Kamus ini juga dilengkapi dengan gambar bagi menambah lago kefahaman murid. Berikut adalah contoh-contoh petikab daripada kamus berkenaan. Muat turunnya dalan versi penuh dipautan dibawah: Muat Turun: Kamus Simpulan Bahasa Bergambar (Versi Penuh PDF) Muat Turun: Kamus Simpulan Bahasa Bergambar (Versi Penuh PDF) loading...

[Foto] Dua blok sekolah rendah musnah terbakar

Gambar
TAWAU 23 Feb. - Sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa di sini terpaksa dihentikan selepas dua blok bangunan jenis kayu sekolah terbabit musnah kerana terlibat dalam satu kebakaran, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, bangunan yang terbakar berkenaan menempatkan bilik darjah, bilik guru, pejabat dan dewan. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, operasi memadam api masih dijalankan, namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Kebakaran berlaku semasa sesi pembelajaran sidang petang sedang berjalan," katanya. loading...

Apa Perbezaan Penulisan IMPAK & REFLEKSI di dalam PdPc?

Gambar
Gambar hiasan via Sisc Azura REFLEKSI atau IMPAK perlu ditulis setelah berakhirnya satu-satu PdPc. IMPAK merupakan SEBAHAGIAN daripada REFLEKSI . PERSAMAAN refleksi dengan impak ialah kedua-duanya mencatatkan: JUMLAH/BILANGAN murid dan BUKAN PERATUSAN murid yang mencapai objektif dan yang tidak mencapai objektif. TINDAKAN yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid. PERBEZAAN refleksi dengan impak ialah REFLEKSI mencatatkan PENAMBAHBAIKAN yang akan dibuat dalam PdPc akan datang. CONTOH IMPAK 23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang. CONTOH REFLEKSI 23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang. LPG ( lembaran kerja @ worksheets ) aka...

Wajib latihan renang di sekolah, APM sedia kepakaran

Gambar
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Ang­katan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersedia menyumbang tenaga pengajar sekiranya Kementerian Pendidikan mahu mewajibkan latihan renang di peringkat sekolah dan universiti berikutan statistik tragedi lemas dalam kala­ngan generasi muda yang tinggi saban tahun. Ketua Pesuruhjaya­nya, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, pihaknya mempunyai ramai te­naga pengajar dalam bidang tersebut, namun Kementerian Pen­didikan perlu me­nyediakan kolam renang di setiap zon sekolah untuk memudahkan proses pembelajaran dilakukan. “APM sendiri mempunyai sebuah akademi dan dua pusat latihan yang mempunyai kolam renang. Kita berbesar hati sekiranya pihak sekolah mahupun universiti mahu menggunakan kemudahan ini bagi membantu para pelajar menguasai kemahiran berenang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Kesatu­an Perkhidmatan Per­gu­ru­an Kebangsaan (NUTP) men­cadang­kan Kemen­te­rian Pendi­dikan me­­wajibkan setiap pelajar menjala...

KPM wajar teliti cadangan wajib latihan renang di sekolah - NUTP

Gambar
KUALA LUMPUR, 19 Feb - Kementerian Pendidikan wajar untuk meneliti cadangan mewajibkan setiap pelajar di peringkat sekolah dan universiti menjalani latihan renang berikutan banyak berlaku tragedi lemas dalam kalangan generasi muda terutama paada musim cuti sekolah. Presiden NUTP, Kamaruzzaman Abd Razak berkata, cadangan itu perlu diteliti segera dan sebagai langkah permulaan yang praktikal dan fleksibel adalah membina sekurang-sekurangnya sebuah kolam renang di setiap zon sekolah. loading...

Sekolah vernakular agenda penjajah paling licik

Gambar
Foto via Utusan Online KUALA LUMPUR 20 Feb. - Penubuhan sekolah vernakular adalah komponen dasar pecah, belah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah British suatu ketika dahulu. Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kementerian Pendidikan Tinggi di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing, Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, bagi memelihara kuasa, British ketika itu tidak mahu wujud integrasi antara orang Melayu dengan kaum lain. “Kewujudan sekolah vernakular ketika itu dikatakan untuk memelihara identiti orang Cina atau India, tetapi matlamat sebenarnya adalah lain. “Antara hasrat dasar pentadbiran British ketika itu mahukan lepasan sekolah vernakular menjadi orang suruhan seperti mata-mata dan pekerja mereka,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam Wacana Konflik Antara Keperluan dan Kemahuan: Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular Dalam Negara Bangsa di Alam Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. Wacana anjuran Institut Alam dan Ta...

8 Sets Basic Grammar Rules For Young Learner

Gambar
8 sets of basic grammar rules books for young learner to be downloaded. All formats are in PDF. CLICK the title to download 1. Pronouns 2. Prepositions 3. Prefixes and Suffixes 4. Nouns 5. Interjections 6. Conjunctions 7. Adverbs 8. Adjectives loading... CLICK the title to download 1.  Pronouns 2.  Prepositions 3.  Prefixes and Suffixes 4.  Nouns 5.  Interjections 6.  Conjunctions 7.  Adverbs 8.  Adjectives

Guru wanita maut, dua murid cedera dalam kemalangan

Gambar
PENAMPANG - Seorang guru wanita maut manakala dua murid cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh sebuah Toyota Hilux di Kilometer 16, Jalan Papar-Kota Kinabalu di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Itum Likum, 52, yang memandu Ford Ranger disahkan meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu sedang dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth dekat sini. Sementara itu, Najwa Batrisyia Japri,11, dan Nurul Syafiqah Mohd. Saleh,12, patah kaki dan gigi manakala tiga lagi mangsa berusia antara 10-12 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa bersama lima murid terbabit dalam perjalanan dari arah Papar menuju ke Sekolah Kebangsaan Kem Lok Kawi di Putatan. “Sebaik tiba di lokasi kenderaan dipandu mangsa telah dirempuh Toyota Hilux yang terbabas dari arah bertentangan. “Akibat kemalangan ini, ...

Penjawat Awam Bersara Awal Atas Sebab Kesihatan Bakal Terima Faedah Lebih Baik

Gambar
PUTRAJAYA: Bakal pesara Atas Sebab Kesihatan (ASK) dengan faedah persaraan yang lebih baik akan diperkenalkan mulai April ini bagi penjawat awam yang bersara awal kerana tidak berupaya menjalankan kewajipan akibat kelemahan akal atau tubuh. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, berkata mereka yang dibersarakan awal atas sebab kesihatan, antaranya kerana kemalangan jalan raya dan gangguan psikologi selepas disahkan Lembaga Perubatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah berkhidmat hingga umur persaraan wajib, mengikut formula yang munasabah. "Kerajaan dapati kita perlu sediakan peraturan untuk penjawat awam yang tidak dapat menjalankan tugas atas sebab kesihatan. Jadi, kita berikan kelonggaran dibersarakan dalam keadaan cukup baik mengikut formula tertentu, iaitu mereka akan menerima faedah pencen bulanan yang lebih baik berbanding jika ditamatkan dengan serta-merta. "Kalau mereka dibiarkan bertugas dengan keadaan tidak sihat, kesihatan m...

Panduan Pengisian Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2018

Gambar
Bermula tahun ini (2018), Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memuat naik templat pelaporan yang baharu yang dinamakan sebagai Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk kegunaan semua peringkat sekolah sama ada peringkat sekolah rendah (KSSR) mahupun sekolah menengah (KSSM). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan panduan yang telah dinyatakan oleh BPK KPM dalam menggunakan templat pelaporan PBD ini : MAKLUMAT AM Templat Pelaporan PBD ini mengandungi 5 halaman (sheets ) : PANDUAN REKOD PRESTASI M...

Zaman Mahathir lagi banyak skandal mega – Presiden PAS

Gambar
Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB. Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara. Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an. Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa. Sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dengan kajian politik (kecuali mereka yang menolak adanya politik di dalam Al-Quran), Al-Quran mengulang beberapa kali ayat yang menyebut perubahan tehadap sesuatu kaum dalam negaranya. Di antaranya, firman Allah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah...

KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..

Gambar
untuk makluman kami sudah berpindah ke rumah baru.. sila bookmark link kami yang baru di : http://KedahLaniie.blogspot.my

SOP tidak benarkan murid berada di kawasan penyelengaraan - Timbalan Menteri

Gambar
SEREMBAN: Prosedur Operasi Standard (SOP) menetapkan pelajar tidak boleh berada di kawasan penyelenggaraan termasuk memotong rumput sedang dijalankan bagi mengelakkan kemalangan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon. Beliau berkata pihak kementerian akan mendapatkan laporan daripada pihak berkenaan berhubung kenapa penyelengaraan dilakukan serentak dengan raptai hari sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Gemas yang menyebabkan seorang pelajar maut dan 2 lagi pelajar cedera. “Pihak kementerian memandang serius perkara ini dan masih menunggu siasatan terperinci daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tampin serta pihak sekolah,” katanya kepada pemberita di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di SMK Mantin hari ini. Turut hadir Pengetua SMK Mantin Norfaimi Mohamad Nor. Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya ...

Panduan Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

Jabatan Pendidikan Negeri lepas tangan - Azmi

Gambar
KUALA KETIL- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tidak memainkan peranan penting dalam membantu meringankan beban guru apabila lepas tangan dalam soal infrastruktur sekolah. Pengerusi Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC) Kedah, Datuk Azmi Che Husain berkata, masalah itu menyebabkan guru sering terbeban dengan tugas yang tidak sepatutnya mereka lakukan. “Kita dapati, banyak bangunansekolah cikgu cat sendiri, malah menggunakan wang, tenaga, alternatif dan kreativiti sendiri untuk cantikkan bangunan sekolah. Mereka terpaksa lakukan sendiri kerana tidak sanggup melihat bangunan sekolah kelihatan usang. “Jabatan pendidikan perlu fikir dan jaga kebajikan guru. Di bawah jabatan itu ada unit pembangunan, sepatutnya unit pembangunan datang tinjau keadaan dan keperluan sekolah, jangan bagi ruang kepada guru cat sekolah, mereka juga ada tugas lain begitu ketat. JPN tidak main peranan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat A...

NUTP setuju Gred Purata Sekolah (GPS) dimansuhkan

Gambar
KUALA LUMPUR: Pemansuhan Gred Purata Sekolah (GPS) memberi peluang kepada semua pelajar untuk mencapai kecemerlangan dan tidak tertumpu kepada pelajar tertentu semata-mata. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, berkata sejak GPS dilaksanakan, ia hanya memberi impak kepada pelajar cemerlang, manakala murid yang lemah dan sederhana akan tercicir. "Dasar pendidikan adalah untuk semua dan bukan untuk dinikmati oleh sesetengah pelajar saja. Kemahiran pelajar adalah berbeza tetapi suasana persekolahan sekarang lebih kepada peperiksaan. "Pihak kami beranggapan GPS memang tidak berkesan. Lebih baik kita buat ketetapan Mencapai Tahap Minimum (MTM), yang mana semua pelajar boleh berusaha ke arah kecemerlangan. Oleh itu, saya sangat bersetuju GPS dimansuhkan," katanya. Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengumumkan tidak lagi menjadikan GPS sebagai asas penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) sekolah rendah, mulai tahu...

KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin

Gambar
KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yakin dengan kemampuan guru wanita menjalankan tugas sebagai guru disiplin dalam menangani kes-kes disiplin di sekolah, kata Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata, guru wanita yang menjalankan tugas sebagai guru disiplin kini mengatasi bilangan guru lelaki namun kemampuan dan kewibawaan mereka adalah setanding. "Memang kalau dikira dari segi gender, guru wanita dah atasi guru lelaki dan tak ada lah kita nak lantik guru lelaki sahaja jadi guru disiplin sebab kemasukan wanita ke Institut Pendidikan Guru ( IPG) dah 70 peratus. "Tetapi saya menaruh keyakinan guru wanita dapat atasi masalah (disiplin) walaupun berdepan tugas yang lebih mencabar yang membabitkan sekolah- sekolah kategori "hotspot" (tinggi masalah disiplin), " katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Pemimpin Bersama Warga Felda di Felda Bukit Tembaga di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan d...

Sekolah rendah, JPN tidak lagi guna Gred Purata Sekolah (GPS)

Gambar
Imej via NST Online PUTRAJAYA - Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan menetapkan semua sekolah rendah dan Jabatan Pelajaran Negeri tidak lagi mengamalkan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi menentukan pencapaian akademik para murid, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin. Beliau berkata ini adalah kerana GPS sahaja tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kejayaan sekolah serta pembangunan dan kemenjadian murid secara keseluruhan. Bagaimanapun, katanya, GPS di sekolah menengah khususnya untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diteruskan bagi melihat pencapaian keseluruhan pelajar. "Sebelum ini, GPS dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama secara purata. Tetapi kami mendapati ia telah membawa kepada satu budaya yang tidak jurus kepada pembangunan murid. Ia juga menyebabkan negeri-negeri mula membandingkan sesama mereka negeri mana yang mencapai GPS di sekolah rendah. "Akhirnya, GPS telah menyebabkan kami terlupa kepada individu m...