Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2018

Apa sudah jadi dengan YB PAN Sepang?

Gambar
Catatan Parlimen: Apa Sudah Jadi dengan YB PAN Sepang.? 1.Bagi sesiapa yang melihat siaran langsung perbahasan Parlimen petang tadi pasti berasa terkejut melihat gelagat Peguam-PAN Sekarang. Pada asalnya, dia berbalah dengan YB BN-Baling. Pertengkaran yang tidak berkesudahan itu melarat sehingga YB PAN Sepang mengungkap kata-kata berikut; "Kalau saya Tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Tapi, sebab saya tak Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah makhluk yang kita kena lawan. kalau saya Tuhan, dah lama saya tak jadikan kamu, dah lama saya hapuskan" 2. Meremang bulu roma saya tatkala mendengar kata-kata sedemikian dikeluarkan oleh YB ini. Kata-kata "kalau saya Tuhan" bukannya perkara yang boleh dibuat main-main, senda gurau, ia melibatkan hal akidah. Mana mungkin kita menyamakan diri sendiri seperti Tuhan. 3. Tatkala Dewan semakin kecoh, YB PAS Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razal...

9 ADUN PAS S'gor belum terima peruntukan, Azmin cuba kelirukan Massa

Gambar
Empat daripada 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor sudah mula menerima peruntukan masing-masing yang sebelum ini didakwa disekat oleh kerajaan negeri. Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata empat wakil rakyat tersebut adalah ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman; ADUN Dusun Tua, Razaly Hassan; ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail. "Setakat ini hanya empat ADUN PAS diberikan peruntukan dan yang lain belum lagi. Sembilan ADUN masih tak terima peruntukan dan guna wang peribadi bagi menjalankan program bantuan di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita. Sallehen ditemui selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13, yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan DUN di Shah Alam, hari ini. -Bernama

Sinar Harian jangan jadi penyebar berita fitnah

Gambar
Kenyataan Media Setiausaha Akhbar Presiden PAS SINAR HARIAN JANGAN JADI PENYEBAR BERITA FITNAH Saya telah menghubungi Ketua Wartawan Sinar Harian, Muhammad Shamsul Abd Ghani bagi menyatakan kekesalan Presiden PAS terhadap berita Sinar Harian Online pada 25 Mac 2018, semalam dan Sinar Harian Cetak pada 26 Mac 2018 yang bertajuk “PAS AMBIL PENDEKATAN BERKECUALI ISU 1MDB” yang disifatkan sebagai berita fitnah dan palsu dengan niat untuk memburukkan imej dan persepsi awam terhadap Presiden PAS. PAS mendesak pihak Sinar Harian segera memohon maaf secara terbuka dengan syarat disiarkan dalam Sinar Harian Online dan dipaparkan di muka hadapan Sinar Harian Cetak. Berita fitnah ini sangat jelas dirancang apabila Sinar Harian terpaksa mengubah tajuk sebanyak tiga kali; 1. PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB 2. PAS ambil pendekatan ‘berkecuali’ isu 1MDB 3. 1MDB: Jangan terus hukum Malahan pihak Sinar Harian juga menukar nama wartawan asal yang menulis berita tersebut daripada ...

Konsep pendidikan percuma sudah lama diamalkan

Gambar
BATANG KALI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama mengamalkan konsep pendidikan percuma di negara ini. Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan, berkata pelaksanaan konsep itu dilakukan secara bersasar iaitu memberi keutamaan kepada pelajar yang layak atau mendapat keputusan cemerlang. "Ramai yang tertanya-tanya mengenai isu pendidikan percuma. Kita ditanya mengapa tidak kerajaan beri pendidikan percuma? Kerajaan Persekutuan sudah lama amalkan pendidikan percuma tetapi bersasar. "Mereka yang layak pasti akan dapat. Contohnya, pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang di universiti dengan kepujian kelas pertama, satu sen pun tidak perlu bayar kerana semua ditanggung kerajaan. "Bukankah ini pendidikan percuma?" katanya ketika merasmikan Karnival Hala Tuju Peluang Pendidikan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mashor, di sini, petang tadi. ...

Huraian Tema Hari Guru 2018 - 'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan'

Gambar
Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan bahawa tema hari guru pada tahun 2018 adalah: GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN Tema tersebut dipilih selaras dengan peranan guru sebagai agen transformasi pendidikan dan guru jugalah yang memastikan kejayaan dasar-dasar pendidikan negara tercapai. Guru juga merupakan penggerak utama menggilap kemenjadian dan potensi murid supaya mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir aras tinggi, keperibadian dan identiti terbaik. Beliau mengumumkannya di dalam majlis pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Guru 2018 loading...

Download Pictionary Action Verbs A to Z (Word Format)

Gambar
The present downloadable worksheet is a great resource for elementary school students at Intermediate (B1) level. It is excellent for honing your groups' Speaking and Reading skills. Click the link to download (Word format): 1. Pictionary A to D 2. Pictionary E to K 3. Pictionary L to Q 4. Pictionary R to T 5. Pictionary T to Z Source: ISL Collective loading...

CUEPACS nafi tempoh persaraan penjawat awam dilanjutkan

Gambar
KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menegaskan bahawa isu melanjutkan persaraan penjawat awam kepada 62 tahun adalah isu lama yang sengaja ditularkan. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, dakwaan itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab sedangkan tiada kenyataan terbaru dibuat dan ia telah dimanipulasi bagi menimbulkan kemarahan terutama golongan muda. "Propaganda ini digunakan untuk menjadikan orang muda marah dan benci pada kerajaan serta Cuepacs malah ahli kami sendiri marah...ini seolah-olah adu domba dan perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab." katanya ketika ditemui pemberita pada Program Wacana Khas Transformasi Nasional 2050 (TN 50) di Wisma Darul Iman di sini. Menurut Azih, kenyataan sedemikian dikeluarkan pada 2015 dan telah diselesaikan pada tahun 2016, melibatkan persaraan pada umur 62 tahun bagi jabatan tertentu seperti Jabatan Kehakiman dan profesional seperti pengarah dan tena...

'Tidak akan pecat penjawat awam'

Gambar
Imej via Berita Harian KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memecat mana-mana kakitangan awam dan mengurangkan jumlahnya seperti yang mahu dilaksanakan pembangkang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, berkata dakwaan kononnya perkhidmatan awam itu terlebih kakitangan juga tidak benar. Katanya, perbandingan yang dibuat pembangkang dengan negara lain tidak tepat kerana jumlah penjawat awam di negara ini turut memasukkan anggota tentera dan polis. "Perbandingan yang dibuat mereka umpama antara epal dengan oren. Jumlah perkhidmatan awam di negara ini, termasuk askar dan polis, manakala di negara lain tidak dimasukkan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN - Ketereh) pada sesi soal jawab, di sini, hari ini. Annuar dalam soalannya ingin mengetahui sama ada perkhidmatan awam di negara ini terlalu besar, malah pembangkang bercadang mengecilkan saiz itu jika mereka memerintah. Joseph me...

Pelajar maut, pengetua kena tindakan tatatertib

Gambar
SEREMBAN 19 Mac - Tindakan tatatertib dike­na­kan terhadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Tampin kerana cuai sehingga menyebabkan seorang pelajar perempuan maut ter­kena bilah pisau traktor mesin rumput, Februari lalu. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, tindakan diambil terhadap pengetua lelaki itu kerana membenarkan kontraktor pembersi­han memo­tong rumput di padang se­kolah ketika pelajar sedang me­lakukan aktiviti. “Pengetua sekolah berkenaan sepatutnya tidak membenarkan kerja-kerja memotong rumput dijalankan ketika para pelajar berada di padang. “Prosedur operasi standard (SOP) kita dengan jelas me­nyatakan bahawa kontraktor tidak sepatutnya melakukan apa-apa kerja apabila terdapat pelajar di padang sekolah,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pendidik La Sallian Malaysia Ketujuh di sini hari ini. Sin Woon bagaimanapun enggan mengulas bentuk tindakan yang diambil terhadap pengetua terbabit. Ditanya sama ada ti...

Menteri sokong PIBG, sekolah ambil tindakan undang-undang

Gambar
PADANG TERAP 18 Mac - Kementerian Pendidikan menyokong penuh dan mengalu-alukan sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang terlibat dalam penyebaran berita palsu berkaitan sebuah sekolah di Selangor, Khamis lalu. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penyebaran fitnah tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan imej institusi pendidikan dan memburuk-buruk Kementerian Pendidikan. “Kementerian mempunyai struktur yang merangkumi jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), guru besar dan guru yang menyelia makanan kepada pelajar jadi jika ada aduan laporkan mengikut saluran yang betul. “Saya harap pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil tindakan undang-undang berhubung fitnah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Muafakat Peladang peringkat daerah di Dataran Kuala Nerang di sini, hari ini. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Kama Noriah Ibra...

Aspek baharu KBAT UPSR diumum hujung tahun ini - Amin Senin

Gambar
NILAI - Aspek baharu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada penghujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin. Beliau berkata, ini akan membolehkan kementerian menilai dan melihat potensi penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar sekolah rendah. “Ini adalah penting kerana KBAT ini adalah sesuatu yang asas. Kalau tidak dapat menguasai ini agak susah untuk maju ke depan dan sebab itu kita amat serius tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) ke-19 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini yang turut dihadiri Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan) IAB Mistirine Radin. Amin berkata melalui KBAT, ia akan mampu merangsang pemikiran pelajar ke satu tahap yang lebih tinggi. Calon UPSR 2016 merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaan ...

10 perkara yang hanya mampu difahami oleh insan bergelar guru

Gambar
Guru merupakan pekerjaan yang hanya mampu seorang individu itu melakukan pelbagai perkara dalam kerjayanya. Agak janggal jika seseorang itu yang bukan guru cuba memberi pendapat atau saranan kepada seorang guru untuk melaksanakan tugasnya. Di sini kami kongsikan semula 10 perkara dalam bentuk kompilasi video yang hampir ditonton 120 ribu kali di Page Cikgu Share. loading...

[Foto] Angin kencang terbangkan bumbung sekolah

Gambar
KUALA LUMPUR – Bumbung Sekolah Kebangsaan Danau Kota 1, di sini tercabut dan diterbangkan angin kencang ketika hujan lebat pada 3 petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.20 petang tadi dan mengerahkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dan Wangsa Maju ke tempat kejadian. - Bernama loading...

Tiada tekanan untuk penjawat awam undi BN - CUEPACS

Gambar
KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya penjawat awam menerima tekanan supaya tidak mengundi selain Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Presiden Ceupacs, Datuk Azih Muda berkata kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman sebelum ini juga telah dimanipulasikan dan di luar konteks maksud sebenar. ''Tindakan mereka ini adalah cubaan menabur fitnah dan seolah-olah mencampuri urusan kerajaan serta mahu mengajak penjawat awam ke kancah politik. ''Kenyataan Tan Sri Zainal Rahim Seman adalah merujuk kepada penjawat awam perlu menghargai kerajaan sedia ada bermaksud mereka perlu membalas balik sama ada dalam bentuk produktiviti, kerja keras dan komitmen terhadap tugasan setelah usaha kerajaan selama ini menjaga kebajikan mereka,'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Baru-baru ini, Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran A...

Akta GST ketika Muhyiddin masih Timb. PM

Gambar
Faktanya, Akta GST diluluskan di Parlimen ketika Tan Sri Muhyiddin masih TPM. Parti Umno/BN yang dipimpin YB Pagoh ini yang undi menyokong. Generasi anak cucu kita yang baca sejarah lepas ini jangan lupa bahawa Ahli Parlimen BN yang sokong GST. MP PAS yang lain jelas undi menentang Akta GST. Ini fakta. Sebab apa pula Tan Sri Muhyiddin jadi pening kata Presiden PAS sokong GST berdasarkan maklumat di media sosial sedangkan mereka berdua sama-sama ada di Parlimen? Siapa kata PAS berkecuali dalam isu GST? Malah Dewan Ulama PAS Pusat dah mengeluarkan ketetapan bahawa cukai GST adalah haram menurut hukum syara'. Kita bersyarah menjelaskan keburukan GST ke segenap ceruk negeri. Slide power point yang digunakan untuk penerangan GST ini masih saya simpan. Tak pernah pun saya dengar orang kampung salahkan PAS kerana GST. Tapi ada pihak terlebih fakta yang selalu menunding jari kepada PAS. 1MDB salah PAS! GST pun salah PAS juga. Tan Sri MP Pagoh dari keluarga orang beragama. Kita s...

Paksa anak usia bawah 7 tahun boleh membaca? Saya tersilap...

Gambar
Gambar hiasan SETUJUKAH ANDA, anak-anak yang bakal berumur 7 tahun yang akan memasuki tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastIkan telah pandai membaca? Sebagai seorang pengiat industri pendidikan awal kanak-kanak, jawapan saya ialah sangat tidak bersetuju sama sekali. Jawapan yang sering tak terjawab di minda saya, aduhai mengapa perlu menekan dan memaksa anak-anak di bawah 7 tahun ini belajar beria-ria dan buat latih tubi membaca seperti anak-anak yang telah bersekolah? Kenapa nak marah pada anak memasuki umur 7 tahun yang belum dapat membaca lagi? Sebenarnya, kita sebagai pendidik dan ibu bapa belum memahami anak-anak. Dan paling parah, kita tidak memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak. Suatu ketika dulu, saya pernah membuat kesilapan dalam merealisasikan pendidikan awal kanak-kanak ini kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun . Ketika itu saya mengusahakan perniagaan TADIKA saya sendiri. Matlamat akhir saya dan juga bagi memenuhi harapan tinggi ibu bapa ialah ...

Guru Besar maut kereta rempuh tiang lampu isyarat

Gambar
SERI ISKANDAR: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Lambor Kiri maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar lereng bukit dan merempuh tiang lampu isyarat di Kilometer 12.5, Jalan Seri Iskandar-Parit di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu, mangsa Mohd Azizi Mohamad Salleh, 50, ditemui meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu PROTON Waja dalam perjalanan dari Dewan Serbaguna Seri Iskandar untuk balik ke rumahnya di Kampung Tengah, Parit. "Sebaik tiba di lampu isyarat simpang tiga jalan, kereta mangsa dipercayai terbabas dan melanggar lereng bukit dan menyebabkan tiang lampu isyarat patah dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, malam ini. Mohamad Zainal berkata, kejadian berlaku dalam keadaan jalan basah selepas hujan dan tiada saksi yang melihat kemalangan itu. Beliau berkata,...