Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2018

Kenapa harga kereta murah jika PAS menang PRU14

Gambar
Kisah Si Rasyid Membeli Myvi Harga pasaran Myvi ialah RM45,000. Jadi, untuk membeli Myvi tersebut, Si Rasyid perlu membayar deposit 10% daripada harga belian tersebut. Baki harga belian berjumlah RM40,500 itu Si Rasyid bayar secara ansuran kepada bank selama 9 tahun. Dalam tempoh tersebut, Si Rasyid perlu membayar ansuran dengan kadar faedah keuntungan bank sebanyak 4.5%, menjadikan jumlah hutang bank yang akan dibayar ialah RM56920.50. Jadi, kadar ansuran yang perlu Si Rasyid bayar ialah RM526.88 sebulan selama 9 tahun. JIKA PAS MEMERINTAH, PAS akan memperkenalkan skim pinjaman secara Islam dengan konsep "qardhul hassan" iaitu pinjaman tanpa sebarang faedah. Jadi, baki hutang yang perlu Rasyid bayar ialah RM40,500 sahaja, bukan lagi RM56920.50. Dengan skim pinjaman baru ini, kadar ansuran yang perlu dibayar hanyalah RM375 sahaja setiap bulan! Apabila komitmen bulanan menjadi kurang, maka Rasyid mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi! Apabila PAS MENANG d...

Ada bertanya kepada saya tentang hudud - S Kumaresan

Gambar
SOALAN TENTANG HUDUD? INI JAWAPAN SAYA. Ada yang bertanya kepada saya tentang hudud. Saya berikan contoh mudah. Orang Islam berpuasa ramadan, yang bukan Islam tidak berpuasa ramadan. Kerana puasa hanya untuk orang Islam. Orang Islam sembahyang 5 kali setiap hari dengan cara mereka. Agama lain sembahyang dengan cara agama masing-masing. Kerana sembahyang cara agama Islam hanya untuk orang Islam. Begitulah hudud. Orang Islam kena hudud. Orang bukan Islam tidak dikenakan hudud. Ada undang-undang lain untuk orang bukan Islam. Kerana hudud hanya untuk orang Islam. Jadi orang bukan Islam tidak perlu takut apa-apa tentang hudud. Orang Islam pula jika anda tidak bercadang melakukan kesalahan, tidak perlu juga anda takut kepada hudud. S Kumaresan N.55 Pasir Bedamar

Prof Agus pilih jadi kaca

Gambar
Saya sayangkan Prof Agus. Dulu pandangan beliau tentang politik tanahair selari dengan realiti diakar umbi, lebih lebih lagi jika mengulas ehwal Kelantan atau Terengganu. Hari ini, beliau mempertaruhkan reputasi yg susah payah beliau bina selama ini bila memilih memberi pandangan yg ekstrim dengan menggambarkan kononnya PAS akan kalah di Kelantan dan Terengganu. Tak lama. Cuma beberapa hari saja lagi. InsyaAllah seluruh jentera PAS dengan restu Allah SWT akan membuktikan pandangan Professor seperti Dr Agus tiada nilai dan murahan bila PAS menang Di Kelantan dan mengambil alih pemerintahan Terengganu. Sayang Prof memilih menjadi kaca disaat sepatutnya semahal intan. Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Bekas Naib Presiden Kelab Umno sertai PAS

Gambar
Misi PAS untuk kembali menerajui Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini tambah bersemangat dengan penyertaan bekas Naib Presiden Kelab Umno di Kaherah. Sollehuddin Lebai Yaacob bersama Umno selama 38 tahun mengambil keputusan meninggalkan parti itu sempena program ceramah di tapak Pondok Ittifaqiah Kampung Charuk Puteh. Beliau bersama 30 ahli Umno menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Turut hadir pada program bersejarah itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Najmi Ahmad dan ahli jawatankuasa PAS Baling. Sollehuddin berkata, beliau menyertai PAS setelah melihat Umno tidak mampu lagi untuk menjaga hak Islam dan orang Melayu.

Kongres Mohon Cuti Berganti Untuk Warga Sekolah Terlibat PRU14

Gambar
KUANTAN - Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Malaysia (Kongres) memohon Kementerian Pendidikan membenarkan warga sekolah yang terlibat di hari pengundian pada PRU14 dibenarkan mengambil cuti berganti sehari selepas hari mengundi iaitu Khamis, 10 Mei depan. Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, sebahagian guru yang dilantik sebagai pegawai pilihan raya perlu bertugas lebih awal untuk meninjau dan mengemas bilik darjah serta dewan yang digunakan sebagai pusat mengundi. Menurutnya, terdapat juga guru yang akan bertugas di pusat penjumlahan undi sehingga lewat malam pada hari tersebut. “Terdapat kira-kira 6,000 sekolah terlibat sebagai pusat pembuangan undi di seluruh negara dan pastinya akan digunakan sepenuhnya membabitkan seluruh warga sekolah. “Pihak sekolah memerlukan pengambilan cuti berganti bukan sahaja melibatkan hari kejadian malah sehari selepas pembuangan undi, 10 Mei depan (Khamis) terutama bagi sekolah yang melibatkan ramai guru sebagai pegawai atau petuga...

Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Unuk Warga Sekolah Terlibat PRU14

Gambar
KUANTAN - Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Malaysia (Kongres) memohon Kementerian Pendidikan membenarkan warga sekolah yang terlibat di hari pengundian pada PRU14 dibenarkan mengambil cuti berganti sehari selepas hari mengundi iaitu Khamis, 10 Mei depan. Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, sebahagian guru yang dilantik sebagai pegawai pilihan raya perlu bertugas lebih awal untuk meninjau dan mengemas bilik darjah serta dewan yang digunakan sebagai pusat mengundi. Menurutnya, terdapat juga guru yang akan bertugas di pusat penjumlahan undi sehingga lewat malam pada hari tersebut. “Terdapat kira-kira 6,000 sekolah terlibat sebagai pusat pembuangan undi di seluruh negara dan pastinya akan digunakan sepenuhnya membabitkan seluruh warga sekolah. “Pihak sekolah memerlukan pengambilan cuti berganti bukan sahaja melibatkan hari kejadian malah sehari selepas pembuangan undi, 10 Mei depan (Khamis) terutama bagi sekolah yang melibatkan ramai guru sebagai pegawai atau petuga...

Kongres Guru Mohon Cuti Berganti PRU14

Gambar
KUANTAN - Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Malaysia (Kongres) memohon Kementerian Pendidikan membenarkan warga sekolah yang terlibat di hari pengundian pada PRU14 dibenarkan mengambil cuti berganti sehari selepas hari mengundi iaitu Khamis, 10 Mei depan. Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, sebahagian guru yang dilantik sebagai pegawai pilihan raya perlu bertugas lebih awal untuk meninjau dan mengemas bilik darjah serta dewan yang digunakan sebagai pusat mengundi. Menurutnya, terdapat juga guru yang akan bertugas di pusat penjumlahan undi sehingga lewat malam pada hari tersebut. “Terdapat kira-kira 6,000 sekolah terlibat sebagai pusat pembuangan undi di seluruh negara dan pastinya akan digunakan sepenuhnya membabitkan seluruh warga sekolah. “Pihak sekolah memerlukan pengambilan cuti berganti bukan sahaja melibatkan hari kejadian malah sehari selepas pembuangan undi, 10 Mei depan (Khamis) terutama bagi sekolah yang melibatkan ramai guru sebagai pegawai atau petuga...

Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14

Gambar
KUANTAN - Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Malaysia (Kongres) memohon Kementerian Pendidikan membenarkan warga sekolah yang terlibat di hari pengundian pada PRU14 dibenarkan mengambil cuti berganti sehari selepas hari mengundi iaitu Khamis, 10 Mei depan. Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, sebahagian guru yang dilantik sebagai pegawai pilihan raya perlu bertugas lebih awal untuk meninjau dan mengemas bilik darjah serta dewan yang digunakan sebagai pusat mengundi. Menurutnya, terdapat juga guru yang akan bertugas di pusat penjumlahan undi sehingga lewat malam pada hari tersebut. “Terdapat kira-kira 6,000 sekolah terlibat sebagai pusat pembuangan undi di seluruh negara dan pastinya akan digunakan sepenuhnya membabitkan seluruh warga sekolah. “Pihak sekolah memerlukan pengambilan cuti berganti bukan sahaja melibatkan hari kejadian malah sehari selepas pembuangan undi, 10 Mei depan (Khamis) terutama bagi sekolah yang melibatkan ramai guru sebagai pegawai atau petuga...

Portal Malaysiakini salah lapor kenyataan Presiden PAS

Gambar
Saya merujuk kepada berita yang disiarkan oleh portal Malaysiakini “Hadi: Baiah taklik di Kelantan kekal”, 11 April 2018 adalah berita yang disalah tafsirkan daripada maksud sebenar Presiden PAS. Malaysiakini melaporkan “Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya itu akan mengekalkan sumpah taklik cerai talak tiga bagi calonnya di Kelantan bagi memastikan tiada lagi peristiwa calon lompat parti.” Sedangkan jawapan sebenar Presiden PAS ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media sempena Ceramah Perdana & Pelancaran Manifesto PAS Melaka di Dewan Muallim Bukit Katil Melaka pada 9 April 2018 menyebut bahawa: “Baiah diteruskan. Majlis Syura Ulama membuat keputusan baiah diteruskan. Baiah ini satu daripada syarat dalam politik Islam.” Bahkan baiah ada penambahbaikan mengikut keadaan kesesuaian masa dan keadaan. Namun bila ditanya mengenai talak tiga, Presiden menjawab: “Itu berkait dengan sebab yang khusus di Kelantan. Itu bukan benda yang tetap, tidak. D...

Putrajaya isytihar 9 Mei cuti kelepasan am tambahan

Gambar
KUALA LUMPUR 11 April - Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan hari bekerja. "Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut kenyataan itu. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu. Sumber- BERNAMA loading...

Perbezaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) & Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Gambar
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuatdiagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa serta merancang pengubahsuaian kaedah pengajarannya. Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai Pentaksiran Bilik Darjah. loading...

Fitnah jadi modal ahli politik tiada perkiraan dosa pahala

Gambar
Fitnah akan menjadi modal dan senjata pilihan raya ahli politik yang tidak ada perkiraan dosa dan pahala. Oleh kerana itu, PAS menyokong penuh Akta Antiberita Tidak Benar di Dewan Rakyat baru-baru ini. Sebaliknya yang menentang adalah mereka yang berpotensi menjadikan fitnah senjata pilihan raya. Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk mendengar pelbagai lagi berita palsu dan fitnah disebarkan sepanjang tempoh PRU ke-14. Allah Taala mengajar kita kaedah berhadapan dengan berita fitnah: لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ (12) “Alangkah baik tatkala kamu mendengar berita fitnah itu, orang-orang beriman lelaki dan perempuan bersangka baik terhadap diri mereka dan mereka menyatakan inilah fitnah rekaan yang sangat nyata.” (Surah an-Nur ayat 12). Oleh: DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Majikan boleh didenda, penjara jika tidak benar pekerja mengundi

Gambar
PIHAK Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan pada Selasa hari ini bahawa tarikh proses pengundian Pilihanraya Umum Kali Ke - 14 (PRU14) akan jatuh pada 9 Mei iaitu hari Rabu. Tarikh berkenaan adalah waktu bekerja, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab moral untuk semua pihak majikan yang mempunyai pekerja yang layak untuk mengundi untuk membenarkan mereka keluar mengundi. Tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja untuk keluar mengundi bukan sahaja satu tanggungjawab moral malah ia turut menjadi satu obligasi undang-undang yang perlu dipatuhi oleh majikan dalam negara kita. Perkara ini jelas termaktub dibawah Seksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] yang memperuntukkan dengan jelas bahawa dalam membolehkan pekerja menunaikan hak mereka sebagai pengundi, majikan diminta untuk memperuntuk tempoh yang munasabah kepada mereka untuk mengundi. Tidak ada definisi yang jelas terhadap perkataan “tempoh yang munasabah”, namun ianya dapat difahami ...

Sekolah cuti peristiwa pada 9 Mei - KPM

Gambar
KUALA LUMPUR 10 April - Semua sekolah dalam negara diberi cuti peristiwa khas pada 9 Mei yang merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata, 6,941 sekolah juga akan dijadikan pusat mengundi pada hari berkenaan. “Cuti adalah kepada semua sekolah kecuali Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pendidikan Daerah, mereka bekerja,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah ke-57 di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin. Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan antara lain tarikh pengundian PRU-14 ditetapkan pada 9 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal adalah pada 5 Mei. Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari. - BERNAMA loading...

Syed Saddiq: Jika Dr M kayakan anak, pasti SPRM serbu pejabat

Gambar
PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pasti menyerbu pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar bekas perdana menteri itu mengayakan 3 orang anaknya. Ketua Pemuda PPBM berkata pejabat pengerusi PPBM itu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 7, Putrajaya terletak 3 minit sahaja dari bangunan SPRM. “Dr Mahathir dah lepaskan jawatannya, saya kira, dah nak 15 tahun. Beliau tak berkuasa lagi. Kalau betul kronisme, SPRM dah lama pergi ke pejabat dia,” katanya. Beliau berkata demikian di debat “Apa Pilihan Anak Muda: Barisan Nasional atau Pakatan Harapan” anjuran Sinar Harian, menemukan Syed Saddiq dan Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin. Rahman sebelum itu mendakwa antara kejayaan Dr Mahathir adalah melahirkan 3 orang hartawan Melayu dan ketiga-tiganya adalah anaknya. Syed Saddiq mempertikaikan dakwaan Rahman mengenai Dr Mahathir mengayakan ahli ahli keluarganya. “Kalau betul beliau melanggar undang-undang, mencuri dan m...

Gelombang PH melanda Temerloh malam tadi

Gambar
MALAYSIA DATELINE Orang ramai memenuhi Temerloh dalam jelajah PH malam tadi. Selepas gelombang di utara dan selatan tanah air, malam tadi Pakatan Harapan mempamirkan sokongan rakyat kepada mereka di pantai timur pula iaitu Temerloh, Pahang. Puluhan ribu berhimpun malam tadi dalam program Jelajah Peneroka PH di Kampung Chengal, Temerloh Pahang, malam tadi yang diketuai oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad. Di samping itu, siaran langsung melalui internet malam tadi mencecah 21,000 penonton yang mengikuti secara langsung perhimpunan ini. Sebelum ini, ribuan orang juga menyertai himpunan JPH di Alor Setar dan Utan Aji Perlis. Hujung minggu lalu, himpunan di Pasir Gudang dan Muar juga mendapat sambutan yang luar biasa. PAKATAN HARAPAN…Itulah yang diteriakkan oleh penyokong PH malam tadi di Temerloh. “Ini adalah gelombang PH terutama selepas logo PKR diperkenalkan sebagai logo bersama mereka,” kata penganalisis politik. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Institut D...

PRU14: 9 Mei hari mengundi, penamaan calon 28 April

Gambar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRU14 pada 28 April, manakala hari pengundian ditetapkan pada 9 Mei. Tarikh pengundian awal pula pada 5 Mei, sementara tempoh berkempen ialah 11 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 8 Mei 2018. SPR turut menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan pada 11 April. Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Dewan Rakyat pada 7 April dan diikuti oleh pemakluman rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat berhubung pembubaran tersebut serta Speaker-speaker Dun bagi Dun-dun semua negeri. Katanya, seramai 14,940,624 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan sehingga suku keempat 2017. Daripada jumlah tersebut, 14,637,716 orang merupakan pemilih biasa, 300,255 orang pemilih awal (tentera dan pasangan/polis) dan 3,653 orang pengundi tidak hadir luar negara. SPR...

Parlimen rasmi dibubarkan

Gambar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan bermula 7 April bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Beliau memaklumkan demikian pada siaran Pengumuman Khas Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Presint 1, Putrajaya semalam yang disiarkan secara langsung di RTM1. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga menteri-menteri Kabinet. Beliau memaklumkan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad ke-V dan menyembah watikah memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubar pada 7 April. Sehubungan itu, beliau juga meminta semua ketua menteri dan menteri besar menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum Dun dan parlimen dapat diselaras di seluruh negara.

Sekolah ditutup, murid dan guru di Perak dijangkiti kudis hama

Gambar
KAMPAR - Seramai 22 orang murid dan 11 orang guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan di sini mengalami gatal-gatal dan bintik-bintik pada bahagian tangan serta kaki dipercayai akibat jangkitan kudis hama. Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Hassan Merican berkata, hasil siasatan mendapati, jangkitan tersebut berpunca daripada bangkai tikus dan burung yang berada di bahagian atas siling blok sebuah bangunan sekolah tersebut. Jelasnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kampar telah menerima aduan mengenai jangkitan tersebut pada 12 Mac lalu. "Bagaimanapun, masalah tersebut berulang pada awal bulan ini meskipun tindakan segera telah diambil oleh PKD Kampar. "Sehubungan dengan itu, arahan penutupan satu blok bangunan sekolah tersebut telah dikeluarkan selama dua minggu bermula 5 hingga 19 April depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Hassan, penutupan sekolah itu dilakukan mengikut Seksyen 18 (1)(c) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berj...

Apa proses yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan?

Gambar
KUALA LUMPUR 6 April - Teka-teki mengenai bila Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan berlangsung akhirnya terjawab. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara rasmi mengumumkan pembubaran Parlimen penggal ke-13 berkuat kuasa esok selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mohamad V di Istana Negara pagi ini. Serentak itu, melainkan Sarawak, Menteri Besar dan Ketua Menteri seperti dinasihatkan Perdana Menteri akan menghadap Sultan dan Yang Dipertua Negeri di negeri masing-masing untuk mendapatkan persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Secara tradisi hanya Sarawak satu-satunya negeri yang melaksanakan pilihan raya negeri secara berasingan dari Persekutuan dan negeri-negeri lain. Pengumuman pembubaran Parlimen dan DUN akan membolehkan Yang Dipertua atau speaker Parlimen atau DUN memaklumkan kepada SPR mengenai pembubaran tersebut secara rasmi. Selepas menerima pemakluman mengenai pembubaran dewan, SPR kemudiannya akan mem...

Guna FB 'serang' guru

Gambar
SEORANG saudara penulis yang bertugas sebagai guru disiplin di salah sebuah sekolah menengah merungut tentang tahap disiplin di sekolah. Bukan saudara penulis sahaja, malah rakan-rakan penulis yang lain juga melahirkan perasaan sama apabila mengendalikan tugas sebagai guru disiplin apatah lagi di sekolah yang membabitkan pelajar yang melebihi 1,000 orang. Selain daripada terpaksa ber­depan dengan pelbagai salah laku pelajar zaman moden sekarang, dari segi tingkah laku, pakaian dan fesyen, guru-guru juga terpaksa berdepan dengan tindakan-tindakan pelajar yang tidak disangka-sangka termasuklah melawan guru, buli, dera, pergaduhan, merosakkan harta benda guru dan sekolah malah pelbagai kes serius lain. Menurut saudara penulis dan rakan-rakan penulis, hendak mendenda pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah zaman sekarang bukannya mudah. Apabila tidak mudah, tugas guru disip­lin pun menjadi tidak mudah. Tambah merumitkan keadaan apabila terdapat dalam kalangan ibu bapa campur t...

PPSR: Perlukah hentikan 'streaming' murid?

Gambar
MUKADIMAH: Keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) untuk tujuan melaporkan pencapaian, perkembangan serta kejayaan murid dalam pelbagai bidang secara holistik, menyeluruh dan bermakna dilihat sebagai kematangan dalam menilai, meneliti dan melaporkan pencapaian serta perkembangan murid di peringkat sekolah rendah. Bentuk pelaporan sebegini sebenarnya telah lama ditunggu oleh warga pendidik, ahli akademik malah oleh ibu bapa murid kerana PPSR dilihat tidak hanya menumpukan kepada laporan keputusan akademik semata-mata tetapi juga profil murid dari segi kecerdasan semulajadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah, kecergasan, tahap kesihatan dan penglibatan murid dalam aktiviti luar bilik darjah. Wartawan Utusan Malaysia mendapatkan pandangan pendidik berpengalaman , DR. JAIN CHEE mengenai PPSR dan kepentingannya diperkenal untuk keperluan generasi akan datang. KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan memperkenal...