Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2018

Peguam Mesir fail saman Ramos RM4.6 bilion kerana cederakan Salah

Gambar
Kecederaan Mohamed Salah mengundang pelbagai reaksi dari seluruh dunia. Rata-rata penyokong Liverpool dan Salah menyalahkan Sergio Ramos kerana kecederaan tersebut. Namun reaksi dari Mesir ini jelas selangkah di hadapan berbanding yang lain. Seorang penguam dari Mesir dilaporkan telah memfailkan saman bernilai €1 billion (RM4.6b) ke atas Ramos kerana mengakibatkan pemain bintang Mesir itu mengalami kecederaan. Kedua-dua pemain kelihatan pada mulanya berebut secara fizikal untuk mendapatkan bola, sebelum kedua-dua pemain terjatuh yang menyebabkan dislokasi bahu kepada Salah. Terdapat teori yang mengatakan Ramos sengaja menjatuhkan Salah. Namun sukar untuk mengatakan Ramos sengaja mengasari sehingga Salah mengalami kecederaan tersebut. Bagaimanapun, kecederaan yang dialami oleh penyerang sayap Liverpool itu dalam perlawanan tersebut menyebabkan beliau berisiko tersisih daripada membawa cabaran Mesir di Piala Dunia. Walaupun Salah telah memuat naik ke dalam Twitter untuk meny...

Larang Husam, Wan Rahim arahan istana - SUK

Gambar
"Saya sahkan memang surat itu dikeluarkan pada 27 Mei 2018, selepas mendapat arahan pihak istana. Kerajaan negeri mengesahkan kebenaran pekeliling yang dikeluarkan pada 27 Mei 2018 lalu berhubung larangan memasuki pejabat kerajaan dan istana kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara, Husam Musa dan Pengerusi Amanah negeri, Wan Abd Rahim Wan Abdullah. Perkara itu disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad kepada media, di Kota Bharu, hari ini. "Saya sahkan memang surat itu dikeluarkan pada 27 Mei 2018, selepas mendapat arahan pihak istana. "Sebabnya saya tidak tahu. Pihak istana tidak nyatakan sebab dan saya hanya bertindak ikut arahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Terdahulu, surat yang ditandatangi Nazran itu viral di media sosial sejak semalam sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak. Bagaimanapun, setakat ini sama ada Husam atau Wan Abd Rahim masing-masing mendiamkan diri berhubung perkara itu. Kandungan surat...

CUEPACS harap k'jaan umum awal tarikh bonus, beri lebih daripada RM500

Gambar
KUALA LUMPUR 29 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan tarikh pemberian bonus lebih awal kepada semua penjawat awam di setiap peringkat bagi memudahkan mereka membuat perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk memberi bonus Hari Raya Aidilfitri tersebut pada nilai melebihi RM500. “Kami di CUEPACS berharap pemberian bonus ini dapat dilakukan secepat mungkin bagi memudahkan penjawat awam untuk membuat persiapan Aidilfitri. “Ini kerana, jika bonus tersebut dapat diberikan lebih awal, ia pasti memberi kelegaan buat semua penjawat awam khususnya bergaji rendah,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan memberi bonus kepada 1.6 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri. ...

Rafizi tak payah tunjuk hero, boleh pecah belah PH - BERSATU

Gambar
"Tak payah tunjuk hero". Itu reaksi Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Menurut Razali, kemenangan PH sebahagian besarnya berikutan percaturan bijak Dr Mahathir merangka strategi, bukannya hasil kajian Invoke Malaysia (INVOKE). Sambil menyifatkan kenyataan sensasi Rafizi itu bersifat peribadi dan boleh memecah-belahkan PH, beliau berkata sekarang bukan masa memperlekehkan sesiapa, sebaliknya mengambil peluang untuk membina semula negara. Katanya, Rafizi mengambil jalan ke belakang dengan mencipta krisis dalaman antara komponen PH. "Antara strategi ampuh yang disusun Tun M ialah bertanding menggunakan satu logo, mengumumkan Perdana Menteri dan timbalannya seandainya PH menang serta menyelesaikan isu pembahagian kerusi. "Kalau ikut kajian INVOKE, PAS tak dapat satu k...

Prestasi buruk BERSATU bukti kemenangan PH bukan sebab Tun Mahathir

Gambar
Prestasi buruk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Dr Mahathir di Kedah, turut menjadi bukti Perdana Menteri berusia 92 tahun itu bukan faktor kejayaan PH, kata Rafizi. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Sebaliknya, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN). Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 oleh Invoke Malaysia yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Dr Mahathir. Katanya, prestasi buruk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Dr Mahathir di Kedah, turut menjadi bukti Perdana Menteri berusia 92 tahun itu bukan faktor kejayaan PH. “Kami membuat tinjauan pendapat pasca pilihan raya. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan s...

Bonus penjawat awam sebelum Aidilfitri - Tun M

Gambar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kita akan bagi bonus, banyak mana tidak tau lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya dekat sini, hari ini. Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira 3 jam itu ialah Presiden PPBM yang juga Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden PPBM yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Anggota Parlimen Langkawi berkata sambutan Aidilfitri parti itu akan diadakan di Perak, dengan lokasinya akan ditetapkan kelak. Dalam Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada 1.6 juta penjawat awam. ...

Jangan beza-bezakan pemberian bantuan Aidilfitri, bagi lebih tak mengapa - CUEPACS

Gambar
KUALA LUMPUR 26 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi bantuan Aidilfitri kepada semua penjawat awam di setiap peringkat. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bantuan tersebut pada nilai melebihi RM500. “CUEPACS berharap kerajaan dapat memberikan bantuan Aidilfitri kepada semua penjawat awam di setiap peringkat tanpa ada perbezaan mengikut perjawatan. Selagi seseorang itu penjawat awam, dia layak untuk mendapat bantuan tersebut, ja­ngan membezakanlah. “Kami di CUEPACS juga berharap pembayaran bantuan Aidilfitri tersebut dapat dilakukan secepat mungkin. Penjawat awam terutamanya yang bergaji rendah amat mengharapkan bantuan itu kerana baki gaji mereka memang tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan mengusulk...

YB Syed Sadiq terlupa atau pelupa?

Gambar
Saya menonton sebahagian video Ahli Parlimen Muar, YB Syed Sadiq yang menyatakan kekecewaannya apabila wakil PAS sentiasa mengelak untuk berwacana. PAS dikatakan juga sentiasa mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional serta tidak mempunyai penyelesaian terhadap masalah negara melainkan hanya berkata "kembali kepada Islam.." Saya tidak mahu ulas pengalaman beliau dengan orang lain namun saya kira tentu YB Syed Sadiq masih ingat bahawa kami pernah berwacana bersama di Sinar Harian atas tajuk : Politik Malaysia Di Mana Melayu? Tentunya beliau masih ingat bahawa di dalam forum itulah saya menyebut dengan terang dan jelas bahawa UMNO sudah tidak layak bercakap berhubung pembelaan terhadap Melayu. Tentunya beliau masih ingat dengan jelas bagaimana wakil UMNO kelihatan berusaha untuk 'team up' dengan saya di pusingan yang pertama namun akhirnya terpaksa akui bahawa saya sama sekali tidak bersama beliau. Saya selaku wakil Pemuda PAS tidak pernah undur jika diminta unt...

Siasat segera dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM

Gambar
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor Kenyataan Datuk Shukri Abdull bahawa beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasa nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB 3 tahun lalu perlu dibuktikan kebenaran. Dakwaan beliau begitu menggemparkan negara dan meletakkan negara di bawah cengkaman pemimpin ‘kuku besi’ di era Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. 2. Apa yang disebut beliau termasuk tindakan diugut, diekori, ditukar, dipecat dan beliau hampir mati sehingga terpaksa melarikan diri ke Washington serta terpaksa meminta bantuan polis New York kerana bimbang dirinya ditahan ketika mengetuai siasatan tersebut adalah pendedahan yang begitu besar kesannya terhadap negara. Ini kerana, kenyataan beliau disiarkan oleh media di seluruh negara dan mungkin telah tersebar ke negara lain. Besa...

Jangan sekali-kali rakyat menjadi mangsa politik selepas PRU14

Gambar
Dialu-alukan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14. Namanya Pakatan Harapan, adapun parti-parti gabungannya tetap berbeza ideologi dan harapan. Kebanyakannya adalah serpihan daripada parti telah sedia ada, melainkan DAP yang dilahirkan daripada PAP selepas Singapura dipisahkan daripada Malaysia. Pakatan bersama dan bersatunya bagi menjatuhkan BN. BN yang memerintah, dahulunya Perikatan, pasti mempertahankan kedudukan dan kuasanya, tanpa peduli terhadap kesalahan dan salah laku atau berhasrat membetulkan kesilapan dan kelemahannya dalam masa yang terlambat dan sifatnya sudah berusia tua. Namun adat dunia, tidak ada kerajaan yang kekal selama-lamanya melainkan Kerajaan Allah S.W.T. Bahkan tidak kekal juga termasuk kerajaan yang ditegakkan oleh para Rasul A.S selepas kewafatannya, apabila dimakan usia pasti mengalami penyakit dan kelemahan sifat makhluknya. Benarlah firman Allah: تَبَارَÙƒَ الَّذِÙŠ بِÙŠَدِÙ‡ِ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ٰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ (1) الَّذِÙŠ Ø®َÙ„َÙ‚َ الْÙ…َ...

Kerajaan pertimbang bantuan khas hari raya untuk penjawat awam bergaji rendah

Gambar
Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya. “Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan. Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. “Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri kabinet dipotong sebanyak 10 peratus... ini dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pertama Pakatan Harapan. “Dan mesej yang hendak...

Menteri nafi sebaran ratusan 'Harapan Menteri Pendiikan'

Gambar
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini menafikan penyebaran '27 Harapan Menteri Pendidikan' yang tersebar di media sosial. Melalui laman FB rasmi beliau, beliau memuatnaik cetakan skrin perkara-perkara yang disenaraikan bersama penafian. Beliau turut meminta orang ramai untuk sebarkan penafian tersebut agar ianya tidak menjadi safu fitnah yang tidak baik. Rata-rata netizen kecewa dengan tindakan penyebaran perkara tersebut dan ianya jelas mencerminkan sikap yang tidak profesional dalam kalangan guru. loading...

CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan

Gambar
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan melaksanakan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seluruh 1.6 juta penjawat awam di negara ini. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata walaupun perkara itu dijanjikan kerajaan terdahulu, pelaksanaan KGT memiliki asas kukuh, iaitu gaji penjawat awam sedia ada tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup. "CUEPACS berharap kenaikan ini dapat diteruskan kerajaan baharu kerana ia sangat ditunggu-tunggu penjawat awam yang rata-rata gaji mereka tidak mampu menanggung beban kenaikan kos sara hidup. "Ini berikutan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sudah begitu lama tidak disemak. Kali terakhir ia disemak ialah pada 2002, iaitu hampir 16 tahun lalu. "SSM sepatut disemak setiap lima tahun. Namun apabila ia tidak berlaku, kenaikan kos sara hidup jauh meninggalkan gaji penjawat awam," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mo...

Gaji Menteri dipotong 10 peratus - PM

Gambar
PUTRAJAYA 23 Mei - Mesyuarat Kabinet bersetuju untuk gaji asas semua jemaah Menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuatkuasa serta-merta. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemotongan gaji bagaimanapun tidak melibatkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. “Perkara pertama saya lakukan semasa dilantik Perdana Menteri tahun 1981 adalah memotong gaji menteri dan pegawai tinggi kerajaan. “Mereka (pegawai tinggi kerajaan) dibayar lebih baik dari menteri. Kalau mereka fikir untuk menyumbang dalam mengurangkan kos pentadbiran, mereka boleh melakukannya, tetapi kita tidak memaksa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet pertama pentadbirannya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Sumber- UTUSAN ONLINE loading...

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam Julai ini dikaji semula

Gambar
PUTRAJAYA: Status Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai ini akan ditentukan semula kerajaan baharu nanti. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengumuman kenaikan KGT pada 1 Julai itu dilakukan kerajaan terdahulu dan kini terpulang kepada kerajaan baharu sama ada mahu melaksanakannya atau sebaliknya. "KGT itu adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kerajaan baru untuk tentukan. Kita ikut manifesto kerajaan sekarang. "Jadi, esok ada mesyuarat Kabinet, kita tunggu, mungkin perkara ini akan diputuskan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini. Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuas...

Menteri Pendidikan baharu akan fokus Bahasa Inggeris, teknologi

Gambar
KOTA DAMANSARA - Kementerian Pendidikan komited melakukan tranformasi sistem pendidikan negara dengan menerapkan elemen penting iaitu sistem pendidikan berteraskan teknologi dan penekanan berkaitan Bahasa Inggeris. Menteri Pendidikan yang baharu, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu menjadi fokus kementeriannya selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kepentingan Bahasa Inggeris untuk dikuasai rakyat adalah demi menempatkan Malaysia sebagai negara maju berdasarkan bidang pendidikan, itu tak boleh dinafikan. "Saya percaya kebebasan memilih oleh ibu bapa dan murid-murid itu sendiri dan salah satu kalau kita perasan dalam pelan pendidikan negara ialah penekanan keperluan untuk menguasai pelbagai bahasa. "Jadi kita melihat bukan isu Bahasa Inggeris sahaja tetapi isu untuk rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian bahasa dan etnik yang wujud sebagai kekuatan, contohnya kita nak wujudkan individu yang boleh berbahasa lebih daripada dua bahasa,...

Negara kekurangan guru Bahasa Inggeris, NUTP mahu jumpa menteri

Gambar
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan 5 kategori masalah dan 14 perkara dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kerana “tiada dasar dan hala tuju”. Setiausaha Agung Harry Tan Huat Hock, mewakili 200,000 seluruh negara berkata sistem pendidikan masa kini perlukan tokoh berkaliber dan tahu hala tuju pendidikan untuk menyelesaikan masalah berbangkit, dari pentadbiran ke sumber manusia, prasarana, perkhidmatan, keselamatan dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. “Semua yang dinyatakan hanyalah beberapa masalah yang melanda guru yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan. “Akhirnya, NUTP ingin menjadikan pendidikan di Malaysia bebas politik dan cemerlang serta disegani di seluruh dunia.” Tiga perkara yang disebut Harry dalam senarai masalah berbangkit ialah kekurangan guru Bahasa Inggeris, Program Dwibahasa (DLP)...

Dr. Maszlee daripada sudut pandang Mufti Perlis

Gambar
JIKA orang meminta saya menyenaraikan antara sahabat baik dalam hidup saya, maka al-fadhil Dr Maszlee Malik antara mereka. Saya lama mengenalinya dan sentiasa menganggap beliau mempunyai keistimewaan yang tersendiri khususnya dalam aliran-aliran pemikiran politik. Demikian juga dalam sejarah gerakan Islam yang pelbagai. Beliau juga handal dalam pandangan Fekah. Beliau tokoh ilmuwan. Ya, seperti sifat ahli akademik, ada perkara yang kami setuju dan tidak setuju, tapi beliau sahabat yang baik untuk saya. Saya mengasihi beliau sebagai sahabat bahkan bagaikan adik beradik saya sendiri. Banyak perkara yang saya belajar dari beliau ataupun menjenguk dari tingkap yang dibuka oleh beliau melalui perbincangan dan perbahasan. Ini khususnya berkaitan pemikiran Barat. Apatahlagi, English beliau bagus dan banyak membaca bahan Barat. Pada hari-hari awal saya mendekati penulisan Barat - sebelum menjadi fellow di Oxford- Dr Maszlee merupakan antara rujukan saya dalam memilih bahan-bahan penti...

Ideas alu-alukan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan

Gambar
KUALA LUMPUR – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) mengalu-alukan pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan dan menyifatkan beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Ketua pegawai eksekutifnya Ali Salman dalam kenyataan mengucapkan tahniah berkata Dr Maszlee juga dikenali sebagai seorang yang menunjukkan pendirian berprinsip dengan bersuara mengenai isu-isu kritikal secara terbuka. Ahli Parlimen Simpang Renggam itu telah menyuntik idea-idea baharu untuk sistem pendidikan negara semasa berkempen dengan mencadangkan sistem sokongan seperti “teaching assistant”, mengecilkan kelas dan meringankan beban guru. “Beliau juga telah menunjukkan komitmen terhadap isu-isu pendidikan yang memberi kesan kepada masyarakat melalui penglibatannya dalam Lembaga Pengelola Pusat Autisme IDEAS dan NGO yang lain seperti Teach for the Needs (TFTN) dan Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS),” kata beliau. Ali Salman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Islam ...

Rafizi ingatkan PH berlaku adil kepada BN dan PAS

Gambar
Rafizi Ramli mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak membenci pembangkang, termasuk Barisan Nasional dan PAS. “Pakatan Harapan ingat kita perlu sayang kepada pembangkang kerana mereka perlu menjaga kita. “BN dan PAS ada tugas besar sebagai pembangkang memastikan hak dan kepentingan rakyat di angkat,” katanya kepada ribuan penyokong yang berhimpun di Padang Timur, untuk meraikan pencetus reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru sahaja dibebaskan dari pemenjaraan. Rafizi juga mengingatkan media supaya berlaku adil dan memberi liputan kepada pembangkang. “Saya minta TV3, RTM, Utusan Malaysia dan semua media supaya berlaku adil kepada BN, PAS, PH untuk rakyat. “Saya minta terakhir sekali supaya sahabat dalam PH bahawa setiap sen yang dibelanjakan ialah milik rakyat. Yang meletak dan mengangkat kita ialah rakyat,” katanya. Hadir sama pimpinan Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, Amanah, DAP dan PPBM. Anwar dibebaskan pagi tadi dari Hospital Rehabilitasi Cheras di ib...

26 Perkara Arahan Tindakan Segera Perdana Menteri Kepada Semua Penjawat Awam

Gambar
Berani menyatakan kebenaran kepada 'tuan politik' (political master) merupakan antara intipati dalam senarai panjang arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Intipati itu adalah hasil Mesyuarat Khas bersama KSU Kementerian pada 14 Mei 2018 dan ketua-ketua setiausaha sudah menyampaikan arahan berkenaan kepada kementerian masing-masing. Salah satu dokumen berkenaan yang dikeluarkan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat Malaysiakini. Kandungan arahan itu disahkan oleh pegawai KPDNKK. Ketua setiausaha untuk kementerian lain, yang enggan didedahkan, turut mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa kandungan arahan berkenaan adalah hasil daripada mesyuarat denganDr Mahathir Isnin lalu. Dokumen yang ditujukan kepada KDNKK itu yang bertajuk 'Intipati Mesyuarat Khas YAB PM Bersama KSU Kementerian', antaranya tertulis: "Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master". Berda...

Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Baharu

Gambar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bekas ahli akademik dan pendakwah Dr Maszlee Malik sebagai menteri pelajaran yang baru. Ini selepas satu hantaran video Facebook berjudul "The Education Minister issue, this is Mahathir's response", perdana menteri berkata beliau tidak akan mungkir janji manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN). Manifesto HARAPAN PRU14 jelas menyatakan perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kabinet lain, khususnya menteri kewangan. Mazlee ketika dihubungi Malaysiakini mengakui terkejut dengan pelantikan itu tetapi berjanji akan memberi khidmat yang terbaik. "Saya tidak menyedari tentang pelantikan itu dan saya rasa ini satu penghormatan. “Saya akan lakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara," katanya. Mazlee menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Mac lalu dan memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada pilihan raya 9 Mei lalu dengan mengalahkan calon BN, Li...

Tun Mahathir tak jadi ambil portfolio Menteri Pendidikan selepas dikritik

Gambar
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan dia bukan lagi menteri pendidikan, sehari selepas mengumumkan dia mengambil portfolio itu. Pengambil portfolio itu mengundang teguran daripada beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang mengingatkan ia memungkiri ikrar gabungan itu, yang berjanji perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain. “Saya tidak boleh mungkir janji, kecuali jika saya diminta mengambil portfolio pendidikan,” katanya. Semalam, beberapa pemimpin PH berkata pengumuman Dr Mahathir itu memungkiri manifesto pilihan raya mereka yang secara jelas menyatakan perdana menteri tidak boleh memegang portfolio lain terutama kewangan. Namun begitu, pemimpin tertinggi PH seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tampil mempertahankan Dr Mahathir. loading...

Tun Mahathir namakan dirinya Menteri Pelajaran yang baru

Gambar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan dirinya sebagai menteri pelajaran. Beliau juga menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diberikan portfolio hal ehwal wanita dan kebajikan. "Kami akan cuba mendapatkan 13 menteri mengangkat sumpah pada Isnin (21 Mei) jika Istana berkenan," kata ahathir pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di Yayasan Selangor, Petaling Jaya. Pada 12 Mei lalu, Mahathir mengumumkan pelantikan tiga jawatan kementerian yang paling kanan. Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri. loading...

Muat Turun Teks Perutusan Hari Guru 2018 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Gambar
Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah boleh dimuat turun di laman web Kementerian Pendidikan atau klik sahaja di pautan bawah: Muat Turun: TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2018 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA loading...

Saiz penjawat awam tidak akan dikecilkan, cuma... - Tun Mahathir

Gambar
KUALA LUMPUR: : Penjawat awam dalam negara boleh menarik nafas lega tentang kedudukan mereka apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa pekerja-pekerja kerajaan tidak akan digugurkan walaupun beberapa perubahan dalam agensi kerajaan akan dilakukan. “Kita tidak akan gugurkan penjawat awam setelah mereka bekerja. “Kita akan cari satu cara lain untuk mereka terus bekerja, contohnya dipindahkan ke agensi-agensi yang berlainan,” kata beliau dalam satu sidang media di ibu negara. Beliau menambah, sewaktu kerajaan mengecilkan saiz penjawat awam dahulu, jabatan-jabatan kerajaan dipindahkan ke syarikat swasa dan diambil pekerja sebagai pegawai tertentu. Tun Dr Mahathir turut memberi contoh, sewaktu penswastaan Telekom, kakitangan Telekom dipindahkan ke syarikat swasta dan hal itu mengurangkan pekerja dalam kerajaan. Isu tersebut timbul apabila terdapat kebimbangan oleh penjawat awam susulan pengumuman oleh beliau untuk mengecilkan saiz kabinet. D...
Gambar
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam ini. Dr Mahathir, 92, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun. Sultan Muhammad V memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri. Dr Mahathir dikurniakan surat cara perlantikan oleh Sultan Muhammad V, sebelum mengangkat sumpah jawatan dan setia serta menyimpan rahsia. Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 semalam, Paka...