Postingan

Menampilkan postingan dari Juli, 2018

KPM siasat rasuah, gangguan seksual oleh pegawai tertingginya

Gambar
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menyiasat dakwaan rasuah dan gangguan seksual yang melibatkan beberapa pegawai tertingginya, lapor portal Malaysiakini. Memetik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai berkata, perkara tersebut sedang disiasat. Dakwaan tersebut dibuat menerusi surat tidak bernama yang dihantar kepada kementerian itu dan Malaysiakini. "Pegawai saya sedang menyiasat perkara itu sama ada benar atau sebaliknya," kata Dr Maszlee kepada Malaysiakini pada Selasa. Penulis surat itu mendakwa seorang pengarah jabatan melakukan gangguan seksual terhadap pegawai-pegawai wanita termasuk dirinya sebagai mangsa. Dua timbalan kepada pengarah itu didakwa terbabit dalam perolehan tender dan sebut harga bagi program kementerian. Menurut Malaysiakini, surat berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan contoh yang jelas untuk menyokong tuduhan berkenaan. Surat itu menjelaskan bahawa pengarah itu hanya melakukan gangguan seksual terhadap wanita, dan tidak terli...

K'jaan belum kaji cadangan masukkan perjuangan komunis dalam buku teks

Gambar
KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan belum kaji cadangan untuk memasukkan elemen perjuangan komunis dalam buku teks Sejarah di sekolah. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, cadangan itu dilontarkan pihak lain dan tidak ada kaitan dengan kerajaan. “Kita belum kaji lagi. Saya tidak tahu, ada orang lain yang cadangkan bukan kita (kerajaan),” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. Semalam aktivis, Fadiah Nadwa Fikri menggesa untuk menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya (PKM). Bercakap dalam forum Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah? Fadiah Nadwa berkata, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan dalam buku teks sedia dan golongan kiri turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara. Dalam pada itu Dr. Mahathir berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan ia bukan bertujuan untuk mempromosikan fahaman komunis seba...

Buku teks sejarah bakal ditulis semula?

Gambar
KANGAR 30 Julai - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) yang mewakili lebih 70,000 ahli membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha atau rancangan untuk menulis semula sejarah dengan mengiktiraf perjuangan komunis. Presidennya, Ismail Abidin menegaskan, tindakan kejam komunis yang membunuh rakyat tanpa mengira kaum termasuk anggota tentera dan polis sama sekali tidak boleh dimaafkan sampai bila-bila. Katanya, usaha pihak tertentu untuk mengiktiraf perjuangan komunis itu bukan sahaja biadab sebaliknya merupakan langkah yang tidak masuk akal selain boleh mengguris perasaan rakyat di negara ini khususnya anggota keselamatan. “Kita memang menentang habis-habisan sebarang usaha mengiktiraf perjuangan komunis ini. Jangan sesekali ubah sejarah mengenai komunis ini, komunis ini semua sedia maklum adalah satu gerakan yang jahat dan kejam. “Ramai pejuang kita mati kerana kekejaman komunis ini, tiba-tiba hari ini ada pihak lain pula yang hendak terima perju...

Muat Turun Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018

Gambar
Muat Turun 1. Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 -  Format MP3 2.  Lirik Lagu Hari Kebangsaan 2018 2.  Logo Hari Kebangsaan 2018 3.  Logo Hari Kebangsaan 2018 (Hitam Putih) KUMPULAN indie popular, Bunkface tampil dengan lagu terbaharu mereka, Kita Punya Malaysia, sebagai lagu tema untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 kali ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, lagu tersebut dipilih daripada beberapa lagu penyanyi lain yang diterima untuk sambutan pada acara tersebut. "Ia menjadi lagu rasmi kerajaan Pakatan Harapan untuk meraikan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dan ia akan disiarkan di media rasmi di seluruh negara," katanya pada sidang media Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya, hari ini. Menurutnya, lagu tersebut mempunyai elemen 'most catchy' dan berlainan yang turut menunjukkan kerajaan baharu mempunyai perubahan dan bertenaga. "Dalam tempoh masa 5 tahun banyak perkara perlu dilakukan dan lagu ini menjadi...

Guru maut dalam kebakaran harap buka mata kerajaan PH

Gambar
Imej via mStar Online SIBU: Kematian memilukan seorang guru muda, Catherine Janet Tiwi, dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu pada Rabu, perlu membuka mata kerajaan negeri dan persekutuan dengan seluas-luasnya untuk bekerjasama bagi menyediakan dan menaik taraf kemudahan asas di semua sekolah luar bandar. Sejajar dengan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Irene Chang menggesa Kementerian Pendidikan negeri menubuhkan Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan bagi memainkan peranan sebagai badan penasihat kepada Kementerian Pendidikan Persekutuan. “Jawatankuasa ini perlu dianggotai pemegang kepentingan tempatan untuk bekerjasama dengan kementerian negeri dan persekutuan serta diberi kuasa menyertai tugas membuat pemeriksaan tahunan terhadap sekolah berkenaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Sibu di sini pada Sabtu. Beliau berkata, semasa Sidang Dewan Undangan Negeri yang baru berakhir, Menteri Pendidikan, Sains dan Pen...

Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat

Gambar
KUALA LUMPUR 27 Julai - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut mempertimbangkan peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah swasta lain termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat. Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, jika kerajaan berhasrat memberikan peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai sebahagian daripada belanjawan pembangunan kerajaan Persekutuan, kerajaan juga tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta di bawah institusi pendidikan agama. “ABIM menggesa kerajaan PH membuat pertimbangan serius untuk memberikan peruntukan tahunan serta layanan yang sama kepada sekolah swasta lain dalam pelan holistik kewangan negara terutama dalam perbelanjaan pembangunan kerana banyak sekolah swasta agama yang lebih memerlukan. “Kerajaan tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat terutama yang...

Muat Turun Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2018

Gambar
PUTRAJAYA: Logo Hari Kebangsaan 2018 menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, logo itu membawa maksud warganegara yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. "Penggunaan warna-warna untuk logo Hari Kebangsaan yang dicipta Nik Zulkifli Nik Hitam adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri. "Logo ini akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’," katanya semasa sidang media Hari Kebangsaan 2018 di sini, hari ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebelum ini menerima 632 idea bagi logo 'Sayangi Malaysiaku' untuk sambutan H...

Sekolah Menengah Persendirian Cina kini akan dapat peruntukan - Maszlee

Gambar
Selepas dikritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berjanji menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui peruntukan kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam. Akhbar terbabit memetik satu kenyataan daripada Maszlee merujuk kepada jawapan bertulis parlimen kepada Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari MCA. Sebelum itu Wee bertanya mengenai mekanisme meliputi operas dan perbelanjaan pembangunan SMPC. Maszlee menjelaskan SMPC tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan. "Peruntukan operasi melibatkan perbelanjaan dalaman kerajaan. Kebanyakan peruntukan adalah untuk emolumen kakitangan awam dan guru. "Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan ...

NUTP cadang guru bandar naik gred setiap lima tahun

Gambar
Imej via Berita Harian KUALA LUMPUR 26 Julai - Guru-guru yang komited mengajar di bandar perlu diberi keistimewaan untuk naik gred mereka setiap lima tahun sebagai menghargai pengorbanan mereka. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abdul Razak mencadangkan supaya guru-guru yang mengajar di bandar tidak perlu menunggu lapan tahun untuk gred dinaikkan sebagai galakan untk mereka kekal mengajar di bandar. Katanya, jika sebelum ini guru perlu menunggu lapan tahun mungkin boleh turunkan kepada lima tahun untuk dinaikkan gred. “Ini sebagai galakan dan motivasi kepada guru-guru untuk berkhidmat di bandar seperti Johor dan Selangor yang mempunyai masalah kekurangan guru. “Gunakan konsep seperti Mara yang memberi insentif kepada semua guru bukan sahaja yang mengajar di bandar tetapi pedalaman,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik berkenaan mas...

Kementerian ambil maklum isu 'guru murung' - Nie Ching

Gambar
KUALA LUMPUR 26 Julai - Kementerian Pendidikan mengambil maklum dan mengakui masalah kemurungan yang kini serius dialami oleh para guru yang bertugas di bandar-bandar besar. Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, satu kajian dan penelitian akan dilaksana dalam masa terdekat untuk mengatasi perkara itu namun proses berkenaan memerlukan sedikit masa untuk dilaksana. "Bagi kementerian kaji dahulu, memang saya tahu dan sedar tentang isu ini. "Beri masa untuk kementerian kaji dahulu untuk kita cari penyelesaian kerana saya baru masuk pejabat tiga minggu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas. Utusan - UTUSAN ONLINE loading...

DAP bidas Menteri Pendidikan tak beri peruntukan pada sekolah persendirian Cina

Gambar
Imej via Sinar Harian Dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Ini selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian. "KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional," kata Maszlee. Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). "Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukan...

KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..

Gambar
untuk makluman kami sudah berpindah ke rumah baru.. sila bookmark link kami yang baru di : http://KedahLaniie.blogspot.my

KPM tiada dasar jamin graduan pendidikan jadi guru - Timb. Menteri

Gambar
Imej via nst.com.my KUALA LUMPUR: Lebih 6,500 graduan pendidikan universiti awam (UA) yang masih menganggur tidak dijamin diserap menjadi guru di sekolah kerajaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. Katanya, ia berikutan jumlah itu melebihi kekosongan sedia ada, selain bergantung sama ada mereka lulus ujian psikometrik dan mata pelajaran diajar. Malah, katanya, jumlah graduan pendidikan yang belum ditempatkan sebagai guru itu adalah untuk sekolah menengah sahaja, sedangkan lebih 4,000 kekosongan jawatan ketika ini adalah bagi sekolah rendah dan menengah. "Kita tidak ada dasar menjamin semua graduan UA diserap sebagai guru. Tiada janji ini daripada kerajaan dan ini bukan perkara baharu, tetapi sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi. "Masalah lain termasuklah ketika zaman BN, ada arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pembekuan pengambilan penjawat awam baharu bagi semua sektor termasuk pendidikan, jadi kita perlu atasi perkara ini. ...

Kemurungan guru kini semakin serius - NUTP

Gambar
KUALA LUMPUR 25 Julai - Masalah kemurungan dalam kalangan guru disifatkan cukup serius ketika ini terutama membabitkan mereka yang bertugas di bandar besar sehingga memerlukan tindakan segera daripada Kementerian Pendidikan untuk menanganinya. Mendedahkan perkara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak berkata, perkara ini berlaku akibat bebanan kerja yang semakin meningkat apabila perlu mengendalikan kelas yang mempunyai sehingga 60 murid. Katanya, sedangkan kelas bagi sekolah di luar bandar hanya mempunyai bilangan murid separuh daripada jumlah itu dan ini menyebabkan kes kemurungan guru di bandar besar dilaporkan semakin meningkat setiap tahun apabila tiada tindakan bagi menanganinya. “Apabila jumlah murid terlalu ramai dalam satu kelas, maka bukan sahaja tugas mengajar makin mencabar bahkan tugas perkeranian yang juga sebahagian daripada tanggungjawab guru turut bertambah. “Ini belum ditambah dengan faktor lain sepe...

Kuarters terbakar, dua guru cedera melecur seorang dikhuatiri rentung

Gambar
MIRI 25 Julai - Dua guru cedera akibat melecur, manakala seorang lagi rakan setugas mereka dikhuatiri mati rentung selepas dua kuarters kediaman yang didiami di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu di sini, terbakar awal pagi ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kebakaran itu pada pukul 5.30 pagi. Walau bagaimanapun, katanya, disebabkan lokasi kebakaran terletak jauh di pedalaman, maka pihaknya tidak dapat menghantar bantuan segera untuk menjalankan operasi menyelamat dan pemadaman. “Usaha memadam kebakaran dua unit kuarters itu telah dilakukan oleh pasukan bomba Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dari Lapangan Terbang Mulu yang tiba pada pukul 5.40 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini. Menurut Poh Kiong, salah seorang penghuni kuarter terselamat yang bertugas sebagai pembantu operasi di sekolah berkenaan, Awang Ishak memaklumkan kebakaran disedari berlaku pada pukul 5.09 pagi. Katanya, Awang memaklumka...

Graduan guru menganggur, UPSI ambil maklum

Gambar
KUALA LUMPUR 24 Julai – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa mengambil maklum kesukaran­ yang dihadapi gra­duannya yang ma­sih belum me­ne­rima pe­nempatan sebagai guru dengan menjalankan pelbagai program untuk mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah berkata, pihaknya sentiasa memastikan graduannya mempunyai kualiti mencukupi untuk ditempatkan sebagai guru. “Dalam usaha kami untuk menjenamakan UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu, pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran teknologi dan ujian personaliti melalui program Pedagogi Edu 2.0 supaya para graduan sentiasa terkehadapan dari segi kemahiran menghadapi cabaran pendidikan semasa. “Malah, UPSI turut membantu graduan selepas graduasi dengan menjalinkan kerjasama dengan sekolah, kolej swasta serta industri untuk mengambil graduan sebagai pelatih selama beberapa bulan,” katanya ketika dihubu...

'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah

Gambar
Imej via Utusan Online KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang graduan pendidikan sanggup berkelana ke negara jiran, Singapura demi mendapatkan pekerjaan bagi menampung kehidupan selepas tiga kali gagal dalam temuduga untuk menjadi guru sebelum ini. Graduan tersebut, Muhammad Adlan Noor Khafiz, 25, berkata, walaupun terpaksa berulang-alik sejauh 100 kilometer setiap hari, tawaran gaji yang tinggi membuatkan dia nekad untuk be­kerja di Singapura sebagai pekerja pem­bersihan. “Saya bekerja di sebuah sya­rikat antarabangsa sebagai peker­ja pembersihan dan dapatkan pe­kerjaan ini menggunakan ijazah memandangkan syarikat mahukan pekerja berkelulusan ijazah untuk mengisi jawatan yang lebih tinggi pada masa hadapan. “Untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia de­ngan gaji seperti yang saya peroleh sekarang sangat susah, malah saya pernah mencuba pelba­gai pekerjaan seperti ope­rator pengeluaran di kilang-kilang sebelum mem­­buat keputusan un­tuk bekerja di Singapura,” kata peme­gang Ija...

6,500 graduan guru universiti masih menganggur

Gambar
Gambar hiasan via SK Paka KUALA LUMPUR 23 Julai - Kira-kira 6,500 graduan pendidikan dari universiti awam seluruh seluruh Malaysia masih belum menerima penempatan sebagai guru lantaran dasar pasaran terbuka yang diamalkan Kementerian Pendidikan sejak beberapa tahun dahulu. Wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Mohd. Azrinsyah Abd. Aziz berkata, melalui kutipan data yang dilakukan pihaknya sejak Jun lalu, sejumlah 6,516 graduan pendidikan memberi respons dan mendakwa masih belum ditempatkan sebagai guru walaupun ada antara mereka sudah lima tahun menamatkan pelajaran. “Jumlah ini sema­kin meningkat saban tahun kerana pengambilan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang berterusan di samping terdapat 11 universiti yang turut menawarkan kursus pendidikan. “Lebih parah lagi, ketika hanya kira-kira 20 peratus calon temu duga pada Oktober 2017 diserap sebagai guru, terdapat kira-kira 2,600 graduan baharu menamatkan pengajian tahun ini, menjadika...

Muat Turun Modul 'A For BI Penulisan'

Gambar
Berikut kami kongsikan modul A For BI Penulisan yang dihasilkan oleh Cikgu Ahmad Syamil Abdul Rahim dari SK Ulu Melaka, Langkawi. Semoga ianya bermanfaat untuk semua Muat Turun : A For BI Penulisan Muat Turun :  A For BI Penulisan loading...

Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan

Gambar
KLUANG - Kementerian Pendidikan (KPM) mungkin akan menaikkan elaun kos sara hidup bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang semakin meruncing di bandar utama. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, masalah itu berlaku di bandar seperti Johor Bahru, Pasir Gudang dan Shah Alam berikutan ramai daripada mereka yang dalam perkhidmatan, memilih kembali ke negeri asal untuk bertugas. "Kementerian sedang meneliti bagaimanakah penyelesaian terbaik agar guru ini tidak meninggalkan tempat. "Mungkin ada beberapa inisiatif akan diusahakan termasuk menaikkan elaun kos sara hidup atau meramaikan lagi anak tempatan menjadi guru, tetapi semuanya dalam peringkat kajian,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikianketika ditanya sama ada Johor dan negeri lain mengalami masalah kekurangan guru ketika ini selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Siap Kerja bagi Pembinaan Sekolah Daif Fasa 1 Tahun 2018 Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Re...

Tangguh setahun, NUTP setuju tapi dengan syarat

Gambar
KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, memberi kelonggaran setahun terhadap pelaksanaan pemakaian kasut hitam. Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata, cadangan menukar kasut putih kepada kasut hitam memang baik tetapi ia bergantung kepada kemampuan ibu bapa terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai bersekolah. "Satu bersetuju adanya tempoh peralihan menukar warna kasut agar tidak menimbulkan kesulitan kepada ibu bapa dan mereka boleh membelinya secara beransur-ansur. Bagaimanapun, kementerian perlu menyediakan garis panduan pemakaian kasut hitam pada tahun ini agar ibu bapa boleh bersedia untuk kemasukan sesi persekolahan pada tahun 2019. "Kepada sekolah yang sudah menetapkan pelajarnya berkasut hitam seperti sekolah berasrama penuh dan pengawas sekolah, tiada masalah dan mereka boleh teruskan saja," katanya ketika dihubungi tadi. Menurut Kamarozaman l...

Kelonggaran setahun untuk tukar kasut sekolah hitam

Gambar
TEMPOH kelonggaran setahun akan diberikan terhadap pelaksanaan pemakaian kasut hitam yang sepatutnya bermula tahun depan sebagai langkah tidak membebankan ibu bapa selain menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kementerian tidak akan melaksanakan dasar baharu itu secara drastik dan tergesa-gesa kerana faham kebimbangan pelbagai pihak terutama ibu bapa jika ia dilakukan secara drastik. "Bagi ibu bapa yang sudah bersedia menukar kasut hitam murid untuk ke sekolah tahun hadapan, kita alu-alukan, namun kementerian akan beri kelonggaran selama setahun bagi pelaksanaannya. "Kementerian faham kebimbangan ibu bapa serta keluarga terutama golongan pendapatan rendah dan tidak akan menguatkuasakan dasar baharu kasut hitam serta-merta selain pihak industri yang mempunyai stok kasut putih yang baharu. "Tiada tindakan disiplin bagi murid dan pelajar yang masih menggunakan kasut putih tahun depan dan kita akan b...

Tak puas hati dengan guru disiplin, pelajar bom sekolah

Gambar
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi bilik disiplin dan bilik kaunseling SMK Penambang, Kota Bharu yang rosak akibat dibaling bom buatan sendiri semalam. Imej via Kosmo! Online KOTA BHARU – Perbuatan khianat dengan membaling bom buatan sendiri ke dalam bilik disiplin dan kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang di sini semalam dipercayai didalangi oleh tiga pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan. Lebih mengejutkan, siasatan polis mendapati perbuatan tersebut dilakukan hanya kerana pelajar berkenaan tidak berpuas hati dengan guru displin mereka. Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, sebanyak 80 bilah cermin tingkap bilik disiplin dan kaunseling pecah selepas dilempar bom buatan sendiri dipercayai menggunakan mercun bola yang telah diubah suai. Seorang guru lelaki berkata, semasa kejadian, dia berada di bangunan berhampiran sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat diikuti asap berkepul-kepul dari belakang blok sekolah ber­kenaan. “Semasa kejadia...

Mansuhkan juga blazer, wescot & tali leher murid kata PAGE

Gambar
PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) meminta pengilang menghasilkan kasut hitam pada harga mampu milik, selepas kerajaan memutuskan pelajar sekolah tidak perlu memakai kasut putih mulai tahun depan. Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim menyifatkan langkah itu sebagai pembaharuan kerajaan baru. “Bagus sebab pakai kasut putih selalu nampak kotor. “Boleh jadi juga pelajar sekolah malas basuh kasut,” katanya kepada FMT. Semalam, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, peraturan baru itu dibuat selepas beliau mendengar keluhan ibu bapa. Sementara itu, Azimah berharap kerajaan memansuhkan pemakaian blazer, weskot dan tali leher untuk pelajar sekolah kerana ia tidak sesuai dengan iklam panas negara ini. Beliau sebaliknya berharap kerajaan membenarkan pelajar berbaju batik di sekolah. “Saya lihat menteri-menteri suka pakai batik dan saya rasa pelajar sekolah patut pakai baju batik di sekolah. “Setiap sekolah ada...

Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah

Gambar
GURU wanita yang dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan ditemui mati selepas jatuh dari tingkat lima pusat beli-belah di Ipoh, hari ini. Dalam kejadian 3.50 petang itu, Liew Kit Mooi, 36, ditemui di kawasan berhampiran laluan kereta pusat beli-belah berkenaan dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di lokasi kejadian dan terdapat saksi yang melihat wanita terbabit terjun daripada tingkat lima bangunan berkenaan. "Pemeriksaan terhadap mayat tidak menemui apa apa elemen berunsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari tingkat lima dan jatuh terlentang serta meninggal dunia di tempat kejadian. "Barang mangsa seperti beg duit dan rantai tangan juga tidak terusik," katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini. Menurutnya, saksi kejadian yang juga pengawal keselamatan pusat beli-belah terbabit mendakwa melihat wa...

Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah

Gambar
Ihsan pembaca myMetro GURU wanita yang dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan ditemui mati selepas jatuh dari tingkat lima pusat beli-belah di Ipoh, hari ini. Dalam kejadian 3.50 petang itu, Liew Kit Mooi, 36, ditemui di kawasan berhampiran laluan kereta pusat beli-belah berkenaan dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di lokasi kejadian dan terdapat saksi yang melihat wanita terbabit terjun daripada tingkat lima bangunan berkenaan. "Pemeriksaan terhadap mayat tidak menemui apa apa elemen berunsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari tingkat lima dan jatuh terlentang serta meninggal dunia di tempat kejadian. "Barang mangsa seperti beg duit dan rantai tangan juga tidak terusik," katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini. Menurutnya, saksi kejadian yang juga pengawal keselamatan pusat beli-bel...