Pendidikan Islam, Moral di sekolah akan dirombak, tidak bersifat politik - Tun Mahathir
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pendidikan agama Islam di tadika serta sekolah-sekolah akan diubah supaya mampu membentuk keperibadian yang mempunyai nilai-nilai positif seperti digariskan dalam agama. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, terdapat murid-murid Islam yang belajar di kelas moral untuk murid-murid bukan Islam kerana mendapati pendidikan agama Islam terhad kepada ibadat tertentu dan bukannya nilai serta cara hidup Islam. “Ini yang akan kita ubah dalam sistem pelajaran negara, insya-Allah jika kita dapat mengubah dan membesarkan generasi akan datang dengan nilai-nilai mulia, mereka akan lebih berjaya menggunakan ilmu yang disampaikan kemudian,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada perwakilan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga berhasrat melaksanakan dasar baharu dalam bidang pen...