Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2018

Ahli Parlimen, Senator masih tidak fasih Bahasa Melayu akan ikuti kursus tahun hadapan

Gambar
PUTRAJAYA 28 Sept. - Mana-mana ahli Parlimen dan Dewan Negara yang masih tidak fasih menggunakan bahasa Melayu ditawarkan mengikuti kursus asas bahasa Kebangsaan itu bermula Januari tahun hadapan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kursus tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan membaiki mutu bahasa Melayu setiap ahli Parlimen tanpa mengira bangsa. "Mereka yang ingin memperbaiki mutu bahasa Melayu diminta menghubungi DBP. "Pada masa sama, kursus ini juga dibuka kepada wakil-wakil kedutaan asing di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar mengenai Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020. Yang hadir sama, Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom. Dalam pada itu, ditanya mengenai kadar yuran, katanya, buat masa ini bayaran tersebut masih belum ditetapkan lagi. Sementara itu, Mohamed Hatta berkata, program tersebut dibuat berdasarkan cadan...

Apa sudah jadi dengan TVET?

Gambar
SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin merujuk tulisan Pendidik Purba dari Ampang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional. Benar apa yang dinyatakan beliau tetapi sejak pemerintahan diambil alih Pakatan Harapan (PH), berita yang didengar adalah tangkapan rasuah dan masalah kewangan negara. Menteri Pendidikan nampaknya sibuk hendak memegang pelbagai jawatan dan perkara yang remeh-temeh sahaja. Pada 21 Jun 2018, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, jawatankuasa itu berperanan menyediakan laporan untuk memperkasakan dan menaiktaraf TVET. Beliau memuji bahawa Nurul Izzah merupakan seorang yang mengambil berat mengenai pendidikan TVET dan telah berbincang dengan beliau bagaimana TVET dapat membantu golongan muda merebut peluang pekerjaan dan juga keusahawanan. Mungkin beliau telah bertemu dengan pak...

Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa

Gambar
KUALA LUMPUR – Malaysia telah mencatatkan penggunaan WhatsApp tertinggi di dunia. Jadi tidak hairanlah jika hampir kesemua urusan seharian dilakukan dengan bantuan aplikasi ini. Hal ini menjadi antara penyebab tekanan kepada pekerja yang menerima pesanan WhatsApp daripada majikan mereka selepas waktu bekerja. Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika waktu kerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa. Itu terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal. Namun, apa yang menjadi dilema ialah arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain. Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, pekerja mula tertekan apabila urusan kerja masih sahaja berlaku menerusi aplikasi itu walaupun selepas tamatnya waktu ...

JPN buat ketetapan daftar nama anak baru lahir tidak lebih 80 abjad

Gambar
KANGAR 28 Sept. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka dengan nama terlalu panjang selain memberikan nama yang membawa maksud tidak baik. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim berkata, untuk itu, pihaknya telah menetapkan nama yang ingin didaftarkan untuk anak-anak tidak melebihi 80 aksara atau huruf. Katanya, setakat ini, nama paling panjang yang direkodkan oleh pihaknya ialah melibatkan penggunaan 78 aksara. “Kita mengakui trend ibu bapa hari ini memberi nama yang panjang kepada anak-anak. Kita sentiasa memberi panduan dalam soal ini dan juga tidak menggalakkan pemohon memberi nama yang membawa maksud tidak baik. “Pada masa ini, kita tetapkan nama pemohon termasuk nama bapa tidak melebihi 80 aksara. Kadang-kala kasihan kepada anak-anak yang nama panjang, setiap kali peperiksaan, orang lain sudah menjawab beberapa soalan, kita masih belum habis menulis nama,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sel...

Graduan prasekolah, kelulusan ijazah, gaji SPM

Gambar
Imej hiasan via Majalah Pendidik KUALA LUMPUR 27 Sept. - Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) yang tidak pernah mendapat panggilan temuduga sejak enam tahun lalu terpaksa mencuba apa sahaja pekerjaan demi menampung hidup. Walaupun mempunyai kelulusan tahap ijazah sarjana muda dan terpaksa pula menanggung beban hutang Perbada­nan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), graduan terpaksa melupakan gaji yang se­timpal dengan kelulusan dan menerima apa sahaja bayaran gaji yang ditawarkan. Seorang graduan, Mohd. Amzar Mohd. Yusoff, 28, mendakwa, permohonan kerja­nya sering ditolak kerana majikan khuatir dia akan me­ninggalkan pekerjaan apabila men­dapat panggilan sebagai guru PAKK. Namun realitinya, sejak menamatkan pengajian pada Februa­ri 2015, dia tidak pernah dipanggil untuk temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), menyebabkannya terpaksa me­ngalah dan memohon pekerjaan menggunakan kelulusan Sijil Pe­lajaran Malay...

Guru maut kemalangan ketika hantar kertas jawapan UPSR

Gambar
Imej via K! Online LAWAS - Perjalanan dua orang guru untuk menghantar kertas jawapan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Wisma Persekutuan di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Jalan Bukit Suling di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Arrzahara Affendi, 28, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Lawas. Difahamkan, guru wanita menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut kira-kira pukul 2.20 petang. Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, rakan setugas mangsa yang berusia 24 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan. Menurutnya, sebelum kejadian, kedua-dua guru terbabit dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar kertas jawapan UPSR dari arah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Trusan menuju ke Wisma Persekutuan di sini. "Bagaimanapun...

KPM hanya isi graduan IPG punca graduan Universiti Awam menganggur

Gambar
Wan Sumaiyah via Utusan KUALA LUMPUR 26 Sept. – Graduan ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak kini berdepan ‘dilema’ berikutan tiada sebarang temuduga daripada Kementerian Pendidikan sejak enam tahun lalu. Keadaan itu menyebabkan 550 graduan berkenaan terma­suk 550 orang lagi yang masih melanjutkan pengajian mengalami masalah mencari pekerjaan selaras dengan kelulusan mereka. Wakil Gerakan Gra­duan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Wan Sumaiyah Wan Shukri mendedahkan, perkara itu berlaku berikutan wujud ketetapan kekoso­ngan guru pendidikan awal kanak-kanak di sekolah rendah ­hanya boleh diisi oleh graduan Institut Pendidikan Guru (IPG). Sementara itu, jelas beliau, di sekolah menengah dan kolej vokasional pula terdapat kecenderungan kekosongan diberikan kepada pemegang ijazah sarjana muda ekonomi rumah tangga. Menambah beban graduan terbabit, Wan Sumaiyah mendakwa, sebahagian besar pengusaha sektor pendidikan awal kanak-kanak kini lebih senang mengambil...

Sijil SPM, STPM berserta perubahan data KPM dijual RM500

Gambar
KUALA LUMPUR – Dokumen palsu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat diperoleh dengan RM500 melalui aplikasi WhatsApp. Yang dijanjikan bagaimanapun bukan hanya sekeping sijil tiruan, tetapi maklumat dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan juga akan diubah oleh “orang dalaman” . Oriental Daily melaporkan, urusan jual beli sijil tiruan itu dilakukan terutamanya untuk membantu pelajar yang gagal mendapat sijil kerana kecundang dalam peperiksaan mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu. Selain itu, sijil yang mencatatkan keputusan lebih baik juga memudahkan pelajar mendapatkan pekerjaan atau mencapai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran. Wartawan yang menyamar sebagai pembeli mendapati pembekal sijil tiruan berurusan secara berhati-hati bagi mengelakkan kegiatan haramnya dibongkar. Pembekal itu umpamanya tidak akan mengeluarkan sijil dengan keputusan cemerlang, tetapi sekadar menaruh keputusan “cukup syarat” untuk membolehkan pela...

Keptusan UPSR bukan penentu masa depan murid

Gambar
PULAU PINANG 24 Sept. - Keputusan akademik termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cemerlang bukanlah faktor penentu dalam usaha menjadikan seseorang murid itu lebih berdaya saing pada masa depan. Sebaliknya, Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Jamil Mohamed berkata, beberapa faktor lain termasuk kemahiran yang dimiliki oleh mereka juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Justeru beliau berkata, pihaknya akan terus berusaha menggilap pelbagai kemahiran lain dalam kalangan murid tersebut agar matlamat berkenaan dapat dicapai. "Ini termasuk kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran bahasa selain Bahasa Melayu serta kemahiran berkolaborasi dengan rakan sebaya, guru, ibu bapa dan masyarakat," katanya. Beliau ditemui pemberita ketika mengadakan tinjauan sempena UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini, hari ini. Seramai 136 calon termasuk seorang calon 'menumpang' menduduki peperiksaan tersebut di sekolah itu ha...

Tiada sidang media pengumuman keputusan UPSR 2018 - Lembaga Peperiksaan

Gambar
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan suatu peperiksaan pada peringkat persijilan sebaliknya merupakan titik pengukur menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah, kata Lembaga Peperiksaan Malaysia. Justeru, katanya Kementerian Pendidikan berhasrat mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan itu dan tidak menjadikan UPSR sebagai penilaian yang berprestasi tinggi sehingga memberikan tekanan kepada murid, pihak sekolah dan ibu bapa. “Fokus utama Kementerian Pendidikan terhadap UPSR ialah untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah. “Sehubungan dengan itu, liputan media secara besar-besaran dikhuatiri akan menyebabkan hasrat kementerian tidak dapat dicapai,” katanya. Kenyataan itu juga menyaran pihak media dapat membantu Kementerian Pendidikan dengan menyampaikan maklumat tentang tujuan dan tarikh-tarikh penting sesuatu peperiksaan dilaksanakan termasuklah mem...

Tidak perlu tertekan dengan UPSR

Gambar
PUTRAJAYA 24 Sept. - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan satu penilaian `taruhan besar' (high stake) sehingga memberi tekanan kepada murid, pihak sekolah dan ibu bapa. Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan menjelaskan, fokus utama Kementerian Pendidikan terhadap UPSR untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah. "UPSR merupakan suatu `check point' (titik penentu) untuk menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah. "UPSR bukanlah suatu peperiksaan pada peringkat pensijilan justeru kementerian berhasrat untuk mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan," jelas kenyataan itu di sini hari ini. Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini sehingga 27 September ini. Sumber - UTUSAN ONLINE. loading...

Anwar mengutuk sebat syariah pasangan lesbian

Gambar
Foto by sinar harian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak hukuman sebat ke atas dua lesbian di Terengganu awal bulan ini, hari ini, sekali menegaskan bahawa tindakan itu adalah tidak adil. Bernama melaporkan dalam temu bual menerusi satelit dalam program berbahasa Inggeris, UpFront, terbitan Al Jazeera yang dijadual ke udara pada 3.30 pagi di saluran globalnya, Anwar berkata: “Saya juga telah mengutuk hukuman sebat ke atas golongan lesbian yang dilaksanakan oleh PAS Terengganu. “Saya fikir ini memang jelas tidak adil. Walaupun mereka menggunakan undang-undang syariah sebagai asas, kita tidak boleh mempertahankan tindakan sedemikian.” Mengenai RUU355 yang dicadangkan PAS untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Kelantan, calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson itu berkata: “Itu adalah interpretasi mereka yang diperkenalkan, dan kami menolaknya. Sekurang-kurangnya benarkan forum untuk membincangkannya. “Ini buka...

Terengganu dinobat juara Sukma 2018

Gambar
Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, malam tadi. Dengan pungutan 56 pingat emas, 49 (perak) dan 52 gangsa pada Sukma kali ini dilihat sudah memadai menobatkan kontinjen ‘Terengganu Nelang’ itu selaku juara edisi ke-19, temasya dwi tahunan berkenaan. Kejayaan Terengganu selaku juara keseluruhan Sukma kali ini tambah manis apabila atlet olahraganya, Azreen Nabila Alias menyertai Sukma buat kali ketiga setelah edisi 2014 di Terengganu dan Sarawak (2016) telah dinobatkan selaku Ratu Pecut Sukma Perak 2018 setelah muncul juara bagi acara 100 meter dengan catatan rekod baharu 11.81 saat. Catatan berkenaan sekali gus telah memadamkan rekod 11.82 saat milik atlet Johor, Siti Fatimah Ahmad yang dicipta pada temasya Sukma Terengganu 2008 lalu. Azreen Nabila turut muncul juara 200 meter wanita dengan catatan 24.76 saat selain membantu kuartet Terengganu meraih emas bagi acara 4 x 100 wanita. Atlet memanah Sabah, Eu...

Chong Wei hidap kanser hidung

Gambar
Foto by NST Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal. Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini, berkata, bekas pemain nombor satu dunia itu sedang menjalani rawatan di Taiwan. "Sebagai maklum balas terhadap laporan mengenai Chong Wei, BAM mengesahkan pemain berkenaan didapati mengidap kanser hidung peringkat awal. Proses rawatannya berjalaN lancar dan ketika ini sedang berehat bersama keluarga dan teman rapatnya. "Bagi pihak Chong Wei, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan berdoa untuk dirinya. Sokongan anda akan memberi kekuatan kepada Chong Wei," kata Norza. Masalah kesihatan Chong Wei mula menjadi tumpuan selepas pemain berkenaan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018, bulan lalu. Susulan itu, M...

Penggantian Frasa Saya Yang Menurut Perintah berkuatkuasa 20 September 2018

Gambar
Penggantian Frasa ' Saya Yang Menurut Perintah' kepada 'Saya Yang Menjalankan Amanah' dalam urusan penyediaan Surat Kerajaan berkuatkuasa 20 September 2018 loading...

PTPTN: Tun M tak perlu malu, PH janji peminjam tak perlu bayar - KJ

Gambar
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Dr Mahathir tidak perlu berasa malu kerajaan kerana PH sendiri telah menjanjikan bahawa peminjam PTPTN tidak perlu membayar hutang sehingga gaji mencapai RM4,000 sebulan. “Tambahan pula, ramai di antara mereka telah dikeluarkan daripada senarai hitam oleh kerajaan,” katanya di laman Twitter. Khairy turut bertanya apakah cadangan Dr Mahathir untuk meningkatkan pembayaran balik hutang PTPTN. PH sebelum ini meletakkan janji menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan dalam manifesto 100 harinya. Kerajaan juga telah mengeluarkan 429,945 peminjam PTPTN daripada senarai hitam Jabatan Imigresen pada 8 Jun lalu. sinar harian

PH punca rakyat enggan bayar PTPTN

Gambar
Pemimpin Umno menyifatkan kegagalan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar hutang berpunca daripada kerajaan sendiri. Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peminjam PTPTN mungkin mahu menunggu janji kerajaan PH untuk menghapuskan hutang pinjaman itu. “Mungkin kerana mereka terbawa-bawa dengan sentimen menagih janji kerajaan PH untuk menghapuskan hutang PTPTN mereka,” katanya di laman Twitter hari ini. Status Asyraf itu merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang membidas sikap tidak jujur peminjam PTPTN yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang terkumpul yang tidak dibayar adalah sebanyak RM36 bilion. Perdana Menteri berkata, beliau berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila mereka diamanahkan dengan sesuatu. sinar harian

Pejuang kemerdekaan: Sejarah sangkal tuduhan Tun M terhadap PAS

Gambar
Pas tidak pernah ‘menolak’ kemerdekaan seperti didakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam catatan di blognya, semalam. Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, rekod sejarah ditemui beliau menunjukkan Pas menyokong ke arah kemerdekaan Malaya. Malah, katanya, Mesyuarat Agung Pertama parti tersebut di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Januari 1953 memilih ‘merdeka” sebagai cogan kata Pas. “Mesyuarat itu juga telah meluluskan tujuh rancangan politik Pas yang dua daripadanya adalah ‘memperkenalkan kemerdekaan tulen kepada rakyat, menanamkan semangatnya dan menunjukkan cara-cara mencapainya’. “Selain itu, Pas juga mahu ‘menegakkan sebuah negara merdeka yang didirikan oleh rakyat, daripada rakyat, kerana rakyat. “Atas pertimbangan kemerdekaan, Pas juga telah menghantar dua individu menghadiri Persidangan Kebangsaan anjuran 16 orang terkemuka termasuk tujuh menteri besar,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya. Katanya lagi, meskipun Pas tidak lagi ...

Hampir 5,000 guru KAFA boleh diserap ke jawatan tetap

Gambar
PUTRAJAYA 20 Sept. - Kira-kira 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mempunyai kelayakan diploma dan ijazah akan dilantik ke jawatan tetap sejajar dengan usaha kerajaan membela kebajikan golongan guru tersebut. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, bagi yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mereka diberi tempoh dua tahun untuk mengambil kursus tambahan bagi melayakkan ke jawatan yang diperlukan. Dalam usaha itu katanya, kementerian akan menawarkan kursus diploma kepada guru-guru yang belum mempunyai sebarang kursus tambahan bagi menaik taraf status mereka. “Mungkin dalam enam bulan pertama kita akan serapkan (mereka) yang sudah cukup kelayakan diploma dan ada ijazah, tetapi yang lain-lain (tiada kursus) kita beri masa dua tahun,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah pusat kaunseling untuk orang ramai iaitu Pusat Khidmat Keluarga, Sosial ...

Mufti terkejut dilantik ahli lembaga pengarah

Gambar
Kerajaan Terengganu melantik Mufti Negeri, Dato' Dr Haji Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk perubahan Islamis secara 'tertib'. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, menjadi harapan kerajaan agar mufti dapat bekerjasama membuat perubahan itu dalam arena sukan negeri. "Sohibus Samahah Dato Mufti Terengganu agak terkejut apabila saya melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu sebaik saya diamanahkan menjadi Pengerusi Portfolio Pembangunan Belia, Sukan dan Ngo. "Saya mahu Dato Mufti bersama saya untuk kita lakukan perubahan membawa Sukan Terengganu bersesuaian dengan dasar Islam kerajaan baru Terengganu, " katanya di status facebook beliau mengulas perkembangan positif kehadiran mufti sebagai warga MSNT. Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memberi jaminan bahawa beliau akan l...

Analogi kerjasama PAS dan Umno

Gambar
Setiap kali PAN buat isu,setiap kali tu lah ambo berasa bosan duduk kat Kelantan..Bukan apa,bunyi bising sek PAN dok yoya yoya ni kuat sangat.Sampai bergegar paPAN gelegar dekat rumah.. Semalam,dok scroll² facebook,terjumpa hok bodo tanya pasal isu PAS kerjasama dengan Umno.,Dia tanya apa beza 'bekerjasama' dengan 'bergabung'.. Analogi dia mudah..Pernah tengok cita Power Rangers??Dia ada 5 orang.Ada warna merah,kuning,biru..5 orang ni bekerjasama untuk berlawan dengan raksaksa. Tapi bioa raksasa dah besar,mereka terpaksa 'bergabung' menjadi robot besar..Yang ni orang panggil bergabung.. Apa beza kerjasama dengan bergabung..Masa kerjasama tu,5 orang Power Rangers bebas membuat skill blipak masing² untui melawan raksasa..Tidak terikat dengan mana² Rangers yang lain. Tapi bila mereka sudah bergabung,mereka kens bersatu dalam sebuah robot,dan tidak bebas untuk membuat skill masing²..Mereka terikat.. Sama juga dengan isu PAS kerjasama dengan Umno.PAS tid...

Muat Turun Jadual Waktu UPSR 2018

Gambar
Perhatian kepada calon, ibu bapa, penjaga yang mempunyai anak bersekolah di tahun enam, berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) telah mengumumkan UPSR akan berlangsung pada 20 dan 24-27 September 2018. UPSR 2018 ini akan bermula pada hari Khamis, 20 September 2018 bagi kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan. Minggu berikutnya pula adalah 24 September 2018 bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Seterusnya pada 25 September 2018, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan, Matematik pada 26 September dan Sains pada hari akhir iaitu 27 September 2018. Panduan buat ibu bapa dan murid, bermula tahun ini, penilaian murid tidak lagi memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja. Tetapi turut melihat kepada pencapaian murid secara holistik sebagai seorang insan. Keputusan UPSR hanya salah satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) . Tiga lagi komponen yang di...

Peguam kata tidak salah Unit Amal guna seragam mirip angkatan tentera

Gambar
Seorang peguam menolak kritikan kumpulan veteran terhadap pemakaian seragam anggota Jabatan Amal PAS semasa pemeriksaan perbarisan sempena perasmian Muktamar PAS minggu lalu, mengatakan perkara itu bukan isu. Peguam pemerhati bagi Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Datuk Michael Wong berkata tidak ada salahnya Jabatan Amal PAS memakai seragam seperti pakaian nombor 1 Angkatan Tentera Malaysia yang biasa dipakai semasa upacara atau majlis penting. Beliau mempersoalkan bantahan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengatakan adalah satu kesalahan bagi sesiapa yang tidak berada dalam perkhidmatan tentera memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan tentera. “Bagaimana Patriot dapat menentukan pakaian nombor 1 yang dimaksudkan hanya untuk tentera dan pegawai polis? “Pada pendapat saya, tidak ada masalah dengan pakaian nombor 1 melainkan ia kelihatan sama dengan seragam angkatan tentera atau polis, atau ia sengaja ditiru daripada rekaan tersebut,” katanya kepada FMT. Won...

Kerajaan perlu utamakan graduan pendidikan universiti awam

Gambar
Imej via Utusan Online NILAI 16 Sept. - Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Husin menyuarakan rasa simpati terhadap nasib ribuan graduan pendidikan yang masih belum diberi penempatan sebagai guru sehingga kini. Beliau berkata, Kementerian Pendidikan seharusnya mengutamakan graduan pendidikan universiti awam yang semestinya mempunyai kualiti secukupnya untuk menjadi guru setelah menjalani pengajian selama empat tahun dan pelbagai latihan pedagogi. Sehubungan itu, menurut beliau, kerajaan perlu berusaha menyediakan perjawatan yang sesuai untuk graduan tersebut supaya kemahiran yang diperolehi tidak dibazirkan begitu sahaja. “Keutamaan perlu diberi kepada (graduan) universiti awam kerana di universiti awam, kita merencanakan guru yang terbaik. “Seorang guru mesti ada jati diri, faham Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan faham Perlembagaan (Persekutuan). Bukanlah bererti graduan universiti lain tidak berkualiti, tet...

Program Dwibahasa (DLP) perlu kajian semula kerajaan

Gambar
NILAI 16 Sept. - Kerajaan diminta untuk mengkaji semula pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu supaya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar pendidikan dapat terus dipelihara. Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Husin berkata, sehingga kini, kerajaan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan program yang mendapat tentangan banyak pihak ketika dilaksanakan dahulu. “Pelaksanaan DLP yang menyerupai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan meminggirkan nilai bahasa Melayu dalam pendidikan negara. “Kami tiada masalah dan setuju dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi kedudukan bahasa Melayu jangan digugat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Seminar Pendidikan Ummah Nasional (SPUN) 2018 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini. Sumber – UTUSAN ONLINE ...

KPM tubuh jawatankuasa atasi kekurangan guru

Gambar
JOHOR BAHRU 12 Sept. - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah kekurangan guru di beberapa negeri khususnya di Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihaknya menyedari situasi berkenaan dan akan mengambil langkah segera untuk mengatasinya. “Masalah kekurangan guru ini masih berada pada tahap terkawal, namun kita perlu mengatasinya dengan kadar segera. “Antara yang dipertimbang termasuklah pemberian elaun tambahan bagi menarik minat lebih ramai tenaga pengajar ke kawasan terlibat,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Perasmian Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK) 2018 di Kampus Temenggong Ibrahim di sini sebentar tadi. Antara punca yang dikenal pasti menyebabkan kekurangan guru di empat negeri itu termasuk kos sara hidup tinggi dan melibatkan kawasan pedalaman. - UTUSAN ONLINE loading...

Guru Besar tuntut lebih bayaran RMT di sekolah?

Gambar
Gambar hiasa via https://ift.tt/2N0KhSE KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kementerian Pendidikan telah mengadakan siasatan terhadap aduan salah laku seorang guru besar di Pahang yang menuntut lebih bayaran Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tanpa sebarang kompromi akan diambil berdasarkan hasil siasatan tersebut. “Program RMT yang dilaksanakan di sekolah-sekolah adalah di bawah tanggungjawab guru besar, sama seperti pengurusan melibatkan wang kerajaan lain. “Sebarang salah laku dalam pengurusannya akan diambil tindakan tanpa sebarang kompromi,” katanya. Dalam kenyataan sama, Kementerian Pendidikan berharap mana-mana pihak boleh membuat aduan secara rasmi sekiranya mengesyaki terdapat salah laku pihak pengurusan sekolah dalam mengendalikan RMT. RMT merupakan program pemberian makanan tambahan oleh kerajaan kepada murid-murid sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah terutama dari luar bandar. Set...

Pegawai zaman pentadbiran BN lengah urusan tadbir akan digugurkan

Gambar
PETALING JAYA: Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas dengan ‘menggugur’ dan memindahkan segelintir pegawai kerana didapati sengaja melengahkan urus tadbir negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, antara contoh kes termasuk tindakan kakitangan kerajaan yang didapati melambatkan pelantikan pegawai menteri sehingga tidak dibayar gaji sejak empat bulan lalu. “Oleh sebab tertentu, kita tidak boleh mencapai 100 peratus janji kita. Kerosakan dalam kerajaan jauh lebih buruk sehinggakan ada orang elak laksanakan keputusan-keputusan yang dibuat. “Kita dapati ada pegawai masih setia kepada pentadbiran lepas dan Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak). Apabila kita lantik pegawai, menteri berhak mendapatkan kakitangan mereka. “Walaupun saya sudah luluskan pelantikan, mereka masih belum mendapat gaji kononnya ada yang tidak kena dengan pelantikan. “Bila Kabinet putuskan untuk ambil tindakan, barulah gaji mereka dibayar,” katanya pada sidang media...

SPRM tahan bekas ADUN PAS: "Maaf kami dipaksa oleh orang Putrajaya"

Gambar
The truth reveals Ibuku insan terpilih. Syurga tertinggi kudoakan. Emak saya dipanggil untuk diberi keterangan bagi membantu siasatan. Kemudian, officer dihubungi pihak atasan Putrajaya untuk terus tahan reman. On the spot media keluar newspaper (way before ahli keluarga sedia maklum). Dan esok mereka ke mahkamah untuk mohon reman lagi seminggu. Dan dipakaikan baju oren banduan dan gari. Kita lawan di mahkamah. Terima kasih Para peguam PAS yang membantu. Reman dikurangkan kepada dua hari. Beliau dibawa ke lokap sprm putrajaya. Diberi makan roti untuk setiap meal. TIDUR ATAS LANTAI ! Tiada bantal. Selimut separuh badan pada jam 12 tengah malam baru diberi. (Lokap mcm dalam movie) Allahu. Macam penjenayah emakku diperlakukan. Alhamdulillah. Semalam berjaya dilepaskan. Officer sendiri mengatakan - Maaf kami dipaksa oleh orang Putrajaya. Tidakkah jelas ini motif politik untuk mencemar imej PAS zero rasuah dan memburukkan nama individu? Pada mulanya saya agak gentle dengan ...

Rakyat mula rasa kesal undi PH pada PRU14

Gambar
Bekas Exco Kerajaan Selangor, Dr Ahmad Yunus memberitahu bahawa rakyat kini sudah mula menunjukkan rasa kesal memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. Menurutnya, pengundi sudah cukup faham apa yang berlaku hari ini dan rakyat lebih fokus membawa mesej untuk memberi kesedaran kepada kerajaan baharu yang mana banyak janji-janji tidak ditunaikan. Jelasnya, mesej ini bukan sahaja untuk Kerajaan Negeri Selangor tetapi juga untuk kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan. Beliau yang juga timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor turut memberitahu, kes penahanan reman ke atas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak akan mempengaruhi pengundi Seri Setia terhadap parti itu. Katanya, beliau menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan secara telus dan adil. “Saya kira dengan kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memberi keputusan yang terbaik. “PA...