Imej via Google Image KUALA LUMPUR: Kira-kira 76 peratus atau 866,270 daripada 1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima gaji kurang RM5,000 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Katanya, berdasarkan data Jabatan Akauntan Negara sehingga 30 Jun lalu, jumlah itu membabitkan pegawai kerajaan yang termasuk dalam kumpulan pegawai gred 44 dan ke bawah. “Bagaimanapun, jika mengambil kira imbuhan tetap dan elaun bulanan yang diperuntukkan kepada kumpulan terbabit, jumlah itu menurun kepada 742,561 orang atau 65 peratus. “Bagi menjaga kebajikan penjawat awam, kerajaan sentiasa membuat kajian semakan elaun dan gaji penjawat awam berdasarkan prinsip ditentukan dalam perkhidmatan awam,” katanya. Vui Keong berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Mansor Othman (PH-PKR-Nibong Tebal) yang dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu. Sementara itu, Vui Keong berkata, kerajaan sentiasa berha...