Postingan

Menampilkan postingan dari Desember, 2018

Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup

Gambar
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Komitmen Kementerian Pendidikan meringankan beban guru terutama dari segi tugas-tugas perkeranian mendapat sambutan baik daripada warga pendidik memandangkan isu tersebut te­lah berlanjutan sejak sekian lama. Namun, tugas per­­keranian tidak re­le­van bukan satu-satunya beban terpaksa ditanggung golongan itu sebaliknya terdapat masalah seperti bilangan guru tidak mencukupi. Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Husin berharap, Kementerian Pendidikan memfokus terhadap isu itu juga. “Ini bukan isu kecil. Jika satu sekolah kurang lima guru, sudah kira-kira 125 waktu di sekolah itu tiada guru dalam seminggu. Ji­ka tiada guru ganti, guru lain pula perlu gantikan mereka, se­kali gus menambah beban guru lain. “Kini tiada perun­tukan sekolah meng­ambil gu­ru ganti termasuk untuk guru yang mengambil cuti ber­salin. Peruntukan terpaksa diambil dari dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” ka...

SBP: KPM wajar lihat merit pelajar kumpulan ibu bapa M40, berpendapatan tinggi (T20)

Gambar
Imej via Hasrul Hassan KUALA LUMPUR 30 Dis. - Kedudukan sosio ekonomi keluarga wajar dilihat secara menyeluruh oleh Kementerian Pendidikan dalam menguruskan penempatan pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Penilaian terhadap angka pendapatan semata-mata bukanlah angkubah yang mutlak kerana keluarga daripada golongan pertengahan (M40) yang memiliki anak yang ramai juga wajar diberi pertimbangan seadilnya. Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sekiranya golongan berkenaan layak maka kerajaan tidak boleh mengetepikan hak mereka atas alasan ingin mengembalikan semula semangat SBP. "Merit permohonan mereka tidak wajar diketepikan sepenuhnya. Selama ini, sebahagian SBP yang cemerlang banyak dibantu oleh kumpulan ibu bapa M40 dan berpendapatan tinggi (T20) dalam segenap segi. "Program kecemerlangan akademik, pengukuhan prasarana, program pengantarabangsaan dan sebagainya mendapat dorongan kewangan ibu bapa yang berkemamp...

English Scheme Of Work (SOW) Year 3, Form 3 & DSKP Bahasa Inggeris Semakan 2017

Gambar
Here are the links to download the Scheme Of Work Of English Language Year 3 for primary schools, and Form 3 for secondary schools year 2019. Download: Primary School Curriculum Framework Year 3 1. English Language Syllabus Primary Year 3 2. English Language Scheme Of Work Primary Yr 3 (SK) 3. English Language Scheme Of Work Primary Yr 3 (SJK) Secondary School Curriculum Framework Form 1 1. English Language Syllabus Secondary Form 3 2. English Language Scheme Of Work Secondary Form 3 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) 1. DSKP KSSR Bahasa Inggeris Tahun 3 (Semakan 2017)- SK 2. DSKP KSSR Bahasa Inggeris Tahun 3 (Semakan 2017)- SJK loading...

Sembilan intervensi kurang beban guru akan diumum Januari ini - Maszlee

Gambar
SEMBILAN INTERVENSI UNTUK KURANGKAN BEBAN TUGAS GURU AKAN DILAKSANA PADA TAHUN 2019 - YB DR MASZLEE YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mulai Januari 2019 sembilan intervensi akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurangkan beban tugas guru. Sembilan intervensi tersebut akan dipecahkan kepada lima inisiatif. Butiran akan diumumkan ketika amanat tahun baharu 2019 pada 14 Januari nanti. Perkara itu diumumkan ketika berucap pada Perhimpunan Khas NUTP 2018 dan Amanat Tahun Baharu yang berlangsung di ibu negara hari ini. Usaha mengurangkan beban tugas guru merupakan antara inisiatif yang dizahirkan oleh YB Dr Maszlee. Pada majlis ini, NUTP turut menyerahkan memorandum syor-syor penyelesaian tugas-tugas guru yang tidak relevan, termasuk cara menangani isu beban tugas guru kepada YB Dr Maszlee. Kata beliau, KPM komited memastikan semua tugas administrasi yang ada seharusnya bertujuan untuk meningkatkan kual...

Dr Maszlee Malik Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

Gambar
KUALA LUMPUR, 27 Dis — “Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru”, itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada Mei lalu. Sepanjang enam bulan menerajui kementerian, anggota Parlimen Simpang Renggam itu dihujani pelbagai kontroversi namun beliau tetap mendapat sokongan pelbagai pihak dengan menyifatkan Maszlee berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Bermula dengan kasut hitam pelajar, susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka, kementerian pada Oktober lalu bersetuju melaksanakan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021. Kontroversi terbaru ialah dakwaan beliau dipetik di luar konteks dalam isu memasukkan skandal 1MDB dalam sejarah negara. Turut mendapat perhatian, cadangan pelajar menggunakan kolam renang hotel untuk aktiviti mereka, yang ditolak pengusaha hotel. Walaupun cadangan it...

Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM

Gambar
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Sistem pendidikan di negara ini perlu berubah dan dinamik agar tidak terus terperangkap dengan orientasi peperiksaan. Malah, sistem yang sama menyebabkan pusat-pusat tuisyen berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang membuktikan masyarakat tidak meyakini dengan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, berikutan terlalu taksub dengan peperiksaan dan mengejar bilangan gred A, wujud kalangan ibu bapa yang memulakan kelas tambahan dan tuisyen anak-anak sejak di tahun satu sekolah rendah. Katanya, hal ini menimbulkan isu perkembangan seseorang kanak-kanak yang tidak sihat dan tidak menggembirakan. “Ini yang dikatakan by passing concept. Ia sama seperti persatuan penduduk yang membuat sistem kawalan keselamatan di kawasan kediaman tersendiri dengan mengupah pengawal warga asing kerana masih tidak meyakini dengan kawalan kesel...

Membentuk sahsiah murid tanpa peperiksaan

Gambar
Gambar hiasan Penerangan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Amin Senin mengenai pentaksiran murid Tahap 1 yang lebih berteraskan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bermula tahun 2019 sedikit sebanyak memberi pemahaman kepada ibu bapa dan masyarakat umum mengenai pemansuhan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi tahap tersebut. Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya bagaimana murid Tahap 1 akan ditaksir sekiranya tiada lagi peperiksaan untuk Tahap 1, dan adakah guru-guru bersedia untuk ‘format baharu’ pentaksiran yang akan dijalankan tahun hadapan. PBD adalah salah satu daripada empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di mana tiga lagi adalah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk Tahun 6 dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sebenarnya PBS ini bukanlah amalan baharu dalam sistem pendidikan negara kerana ...

Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful

Gambar
KUALA LUMPUR : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memfokuskan kepada pentingnya konsep penabungan pada tahun 2019. Menurut, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, PTPTN ketika ini mempunyai dua fokus utama iaitu memberikan pinjaman dan menguruskan simpanan. “Ramai yang tidak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN itu. “Sebenarnya di dalam PTPTN, kita bukan sahaja sebagai badan memberi pinjaman tetapi kita juga sebagai badan tabungan,” katanya sewaktu menjadi tetamu dalam program bual bicara di sebuah stesen televisyen. Wan Saiful juga berkata, sekiranya tabungan dibuat sejak kecil oleh ibu bapa, ia akan memudahkan proses pembiayaan pengajian anak mereka ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran. “Kalau hari ini seorang anak dilahirkan dan telah mendapat sijil kelahiran, ibu bapa dapat ke cawangan PTPTN pada minggu kedua untuk membuka akaun simpanan untuk anak mereka. “Sekiranya anak tersebut mencecah usia 18 tahun, dia tidak akan ke kaunter untuk mel...

Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM

Gambar
Proses saringan penting bagi memastikan seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah bersedia untuk mengikuti persekolahan tahun satu lebih awal dari kohort umurnya, demikian menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini. Jelas kenyataan itu, proses saringan juga memastikan kanak-kanak itu mencapai tahap munasabah dari segi kesediaan mental dan kemampuan membaca sesuai dengan perkembangan kanak-kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. "Adalah tidak tepat untuk mengatakan tindakan saringan yang dilaksanakan bertujuan menafikan hak seseorang kanak-kanak untuk mengikuti alam persekolahan atau mengenakan tekanan ke atas mereka," kata KPM lagi. Kenyataan itu merujuk kepada laporan media sebelum ini berkaitan prosedur kemasukan ke sekolah bagi kanak-kanak bawah enam tahun. Menurut KPM, kelonggaran syarat yang diberikan adalah kepada kanak-kanak (warganegara) yang mencapai umur enam tahun pada tarikh 2 hingga 15 Januari pada tahun persekolahan semasa dan tel...

Guru maut pulang dari bercuti

Gambar
DUNGUN - Perjalanan pulang seorang guru wanita dari bercuti di kampung halaman berakhir dengan tragedi apabila kereta Proton Persona dipandunya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 362.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Noraini Mohd., 34, yang juga Warden Asrama Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dalaman, kepala dan tangan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Noraini yang memandu sendirian dalam perjalanan pulang untuk bertugas di SMK Dato Sedia Raja, Rembau selepas bercuti di kampung halaman di Kampung Tetambah, Manir, Kuala Terengganu. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Persona dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pembahagi jalan. "Impak daripada rempuhan...

Waktu PdP Pendidikan Islam tidak cukup, kenapa perlu dikurangkan lagi?

Gambar
Imej via http://bit.ly/2RlfzVC KUALA LUMPUR 24 Dis. - Dengan hanya mengambil masa tiga jam seminggu waktu pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan, cadangan untuk mengurangkan tempoh pembelajaran mata pelajaran itu hanya akan merugikan anak-anak Melayu Islam. Menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan, pengurangan masa itu tidak relevan tempoh pembelajaran Pendidikan Islam ketika ini tidak mencukupi untuk membina keperibadian jati diri murid. “Cadangan untuk mengurangkan masa mata pelajaran ini dilihat sebagai langkah mundur ke belakang dan mampu menjejaskan kualiti penghayatan agama secara lebih mendalam kepada anak-anak Melayu Islam. “Sebaliknya kurikulum Pendidikan Islam sedia ada perlu diperkasakan di peringkat lebih awal dengan menekankan aspek amali berbanding teori. Mata pelajaran ini perlu diberi keutamaan kerana generasi hari ini terdedah dengan pelbagai masalah disiplin dan kelunturan akhlak,” katanya dalam kenyat...

MRSM, asrama penuh tak patut jadi sekolah anak orang kaya - PIBGN

Gambar
Tujuan asal penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk membantu golongan berpendapatan rendah perlu dikekalkan dan tidak sepatutnya kedua-dua sekolah itu berubah menjadi sekolah ‘anak golongan berada’. Sehubungan itu, pemilihan pelajar ke sekolah elit itu sepatutnya tidak hanya bersandarkan kecemerlangan akademik, tetapi latar belakang serta pendapatan keluarga turut perlu diberikan perhatian. Bagi Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Mohamad Ali Hasan, beliau menyambut baik langkah kerajaan untuk meluaskan kuota kemasukan sehingga 60 peratus ke SBP dan 65 peratus ke MRSM bagi pelajar daripada golongan B40 (berpendapatan rendah) mulai tahun hadapan. Justeru beliau mahu pengambilan pelajar mematuhi dasar 60 peratus dan 65 peratus yang ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya monopoli dalam kalangan pelajar yang bukan dalam kategori itu. "Kalau dah ditetapkan kuota kepada pelajar B40 mem...

Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM

Gambar
KUALA LUMPUR: Pentaksiran lebih menyeluruh, termasuk amalan nilai murni berbentuk rutin harian akan diguna susulan pemansuhan ujian pertengahan dan akhir tahun yang bakal berkuat kuasa 2019. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Shaari Osman, menjelaskan pendekatan baharu itu akan dilaksana menerusi pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan peribadi murid. “Kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul ialah kemahiran asas murid tahap satu yang perlu dibina serta diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran peringkat lebih tinggi. “Model baharu ini akan mencakupi pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjalankan kegiatan bercerita, permainan, projek mudah, main peranan dan kuiz. “Selain itu, guru boleh menjalankan PBD dalam bentuk kegiatan lain yang bersesuaian,” katanya dalam pekeliling untuk tindakan semua pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri, hari ini. Shaari berkata, proses pe...

9,350 calon layak, semua pelajar B40 ditawar masuk SBP

Gambar
PUTRAJAYA - Seramai 9,350 pelajar berjaya dalam permohonan mereka untuk ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara pada sesi persekolahan tahun hadapan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,888 calon atau 52.28 peratus merupakan pelajar berpotensi daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Menurutnya, ia merupakan satu peningkatan sebanyak 15.34 peratus berbanding pengambilan sesi persekolahan untuk tahun ini. "Kesemua pelajar cemerlang daripada keluarga B40 telah ditawar ke SBP selari dengan hasrat mengembalikan sekolah itu ke tujuan asalnya," katanya di sini hari ini. Tambah kenyataan itu, peratusan 52.28 yang dicapai merupakan satu pencapaian meskipun sasaran KPM adalah untuk menempatkan 60 peratus pelajar SBP daripada golongan B40. Ini kerana menurutnya, secara perbandingan peningkatan itu adalah hampir 60 peratus berbanding jumlah pengambilan tahun ini. "Sec...

Sekolah kebangsaan sudah jadi sekolah agama - Tun M

Gambar
KUALA LUMPUR- Sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, ini kerana sesi pembelajaran hanya memfokuskan kepada subjek agama Islam dan tidak pada subjek lain. Justeru, katanya kerajaan akan mengkaji semula kurikulum sekolah. "Seseorang telah menukar kurikulum sekolah kebangsaan. Ia sudah menjadi sekolah agama, mereka belajar Islam tetapi tidak belajar subjek lain. "Hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, tetapi mereka menjadi ulama," katanya pada ucapan Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Nexus, Bangsar di sini hari ini. - K! ONLINE loading...

Ibu bapa resah, terbeban harga kasut sekolah melambung

Gambar
KULIM: : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini. Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehubungan itu beliau telah meminta bahagian penguat kuasa menyiasat perkara itu bagi mengesahkan sekiranya benar berlaku peningkatan harga barangan persekolahan berkenaan sebelum tindakan lanjut dikenakan. "Sebab aduan itu spesifik sebab dia beritahu tempat mana, negeri mana, kedai mana, kemudian kita sahkan autoriti pengadu supaya jangan ada penganiayaan...," katanya. Beliau yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimennya di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini. Saifuddin Nasution berkata berdasarkan aduan itu orang ramai mengadu harga kelengkapan persek...

Guru Terengganu, Kelantan dinasihat terus berbakti di Sabah, Sarawak - Maszlee

Gambar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal. Sehubungan itu, Menterinya, Maszlee Malik menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak. “Bekalan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak, sebab itu saya sudah bertemu dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) dan beberapa rakan dari Kelantan dan Terengganu. “Jika boleh, kita pujuk ustaz dan ustazah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung bagi menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian berhubung cadangan Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS supaya Kementerian Pendidikan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak bagi menyeimbangkan kekurangan guru agama. Maszlee berkata, cadangan menambah s...

Sembilan Persoalan Untuk Dijawab Berkaitan Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1

Gambar
Berikut kami kongsikan persoalan-persoalan yang ditimbulkan ketika sidang media oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) oleh media. Muat Turun dalam bentuk PDF: Taklimat Media - Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 Muat Turun dalam bentuk PDF:  Taklimat Media - Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 loading...

Contoh Bahan & Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah

Gambar
Berikut kami kongsikan beberapa bahan dan minit mesyuarat kurikulum di peringkat sekolah sebagai panduan bersama. Muat Turun: Pengurusan Mesyuarat Kurikulum Muat Turun Contoh Minit Mesyuarat: 1.  Minit Mesyuarat Kurikulum Pertama 2.  Minit Mesyuarat Kurikulum Kedua 3.  Minit Mesyuarat Kurikulum Ketiga loading...

Keutamaan golongan B40 untuk sekolah berasrama penuh

Gambar
PUTRAJAYA 19 Dis. - Kementerian Pendidikan akan memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah berasrama penuh (SBP) bermula dengan pengambilan pada tahun depan. Kementerian dalam satu kenyataan memberitahu, pengambilan tersebut akan memberikan lebih banyak peluang kepada anak-anak keluarga B40, sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform. “Kemasukan murid bagi sesi kemasukan 2019 memberi keutamaan kepada murid dari kelompok B40 dengan jangkaan penawaran kepada murid dari kelompok B40 sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penempatan. “Walau bagaimanapun, penawaran ke Tingkatan 1 pada 2019 juga mengambil kira beberapa faktor lain seperti pemilihan SBP oleh pemohon, kapasiti enrolmen sesebuah SBP, jantina dan lokaliti pemohon,” katanya di sini hari ini. Mengikut Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah Keperluan Asas 2016, golongan B40 adalah isi rumah berpendapatan pu...

Pentaksiran baharu Tahap 1 melalui fun learning, berpusatkan pelajar - KPPM

Gambar
PUTRAJAYA 19 Dis. - Pentaksiran Tahap 1 yang akan dilaksanakan pada tahun depan melibatkan pelajar Tahun 1, 2 dan 3 bakal memperkukuhkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui kaedah pembelajaran secara didik libur (fun learning) dan berteraskan pelajar. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pelaksanaan pentaksiran baharu itu adalah bagi membina dan memperkukuh kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul sebelum mereka melalui proses pembelajaran seterusnya. "Murid-murid akan dinilai secara berterusan dalam pelbagai bentuk pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu dari aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. "Ini membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Sementara itu, Amin menambah, pentaksiran baharu i...

Muat Turun Surat Siaran KPM Pemansuhan Peperiksaan Murid Tahap 1

Gambar
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KKPM), YBhg Datuk Dr Amin Senin sebentar tadi telah mengadakan taklimat khas kepada pengamal-pengamal media mengenai Pelaksanaan Pentaksiran Tahap Satu, yang akan dilaksanakan mulai tahun 2019. Bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) di semua sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran (learning-centered) dan tidak lagi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan (exam-oriented). Satu surat siaran berkenaan perkara di atas juga telah dikeluarkan sebagai rujukan pihak sekolah. Muat : Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14  Tahun 2018 Muat :  Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14  Tahun 2018 loading...