Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2019

Guru maut rempoh tembok konkrit plaza tol

Gambar
KAJANG: Seorang guru maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok konkrit Plaza Tol Sri Putra Bangi, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, semalam. Mangsa dikenal pasti sebagai Zaiton Adnan, 55, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata mangsa sedang memandu pulang ke rumahnya kira-kira pada jam 3.30 petang. “Ketika kereta dipandu mangsa ingin masuk ke lorong nombor tiga iaitu lorong Touch ‘n Go, dia dipercayai gagal mengawal keretanya sebelum terbabas dan melanggar tembok konkrit plaza tol terbabit. “Akibat kemalangan itu, pemandu terbabit mengalami kecederaan teruk dan dibawa oleh ambulans ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan. “Namun, kira-kira pada jam 7.40 malam, polis menerima maklumat daripada anggota Pondok Polis Hospital Serdang mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, ha...

Wajib murid tamat sekolah tingkatan lima tidak wajar

Gambar
Omar Immun via Utusan Borneo KUCHING: Tindakan mewajibkan semua pelajar melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tingkatan lima dilihat kurang wajar. Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak Omar Immun berkata pendidikan seharusnya menjadi satu instrumen untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bukannya membebankan. “Saya bagi suara MAPIM Sarawak berasakan ini suatu yang kurang wajar. Kita harus mengkaji perkara ini daripada pelbagai skop yang lebih besar, contohnya kehidupan rakyat kita sendiri. “Adakah orang miskin di Malaysia hari ini telah mendapat akses atau bantuan pendidikan yang secukupnya? “Denda RM5,000 atau penjara enam bulan ke atas ibu bapa yang gagal melengkapkan persekolahan anak mereka sehingga tingkatan lima adalah sesuatu yang membebankan khasnya kepada golongan miskin,” katanya kepada Utusan Borneo semalam. Omar menambah, walaupun tindakan itu dilihat bagus tetapi jika tindakan diambil itu nanti boleh mendata...

Muat Turun Slide Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2019 - Power Point & PDF

Gambar
Ada beberapa permintaan daripada pembaca yang mahukan slide BPK yang kami share di Laman FB Cikgu Share dalam bentuk PDF ataupun PPT. Berikut kami sediakan pautan untuk kemudahan semua muat turun bahan tersebut. Muat Turun: 1.  Slide Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2019 - PDF 2.  Slide Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2019 - Power Point Muat Turun: 1.  Slide Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2019 - PDF 2.  Slide Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2019 - Power Point

Tak suka guru, subjek punca 1300 murid tidak ke sekolah

Gambar
Imej via Utusan Online JOHOR BAHRU 29 Jan. - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sudah mengenal pasti seramai 1,300 murid dan pelajar sekolah di negeri ini yang gagal menghadirkan diri ke sekolah bagi sesi pembelajaran 2019. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, beberapa faktor menyumbang kepada situasi tersebut. "Antara faktor berkenaan adalah kemiskinan, masalah ibu bapa, disiplin pelajar, pengangkutan dan juga pelajar yang lebih suka bekerja. "Namun ada juga antara mereka yang tidak hadir ke sekolah kerana tidak menggemari subjek yang dipelajari mahupun guru yang mengajar," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SETA), di sini sebentar tadi. Sumber - UTUSAN ONLINE loading...

Bagaimana kehidupan guru digambarkan dalam filem The Avengers

Gambar
Wahai rakan guru sekalian, anda mungkin berfikir anda tiada kaitan langsung dengan superhero penyelamat dunia ini. Tapi sebenarnya persamaan tersebut ada. Hehehehe... Bagi meraikan beberapa filem superhero yang bakal menjelma untuk tahun ini, kami cuba gambarkan bagaimana kehidupan seorang guru di dalam filem The Avengers. 1. Tatkala anda menerima murid baru pada awal tahun Walaupun ianya mengambil masa untuk membentuk anak-anak murid ini, tapi anda tetap berjaya melakukannya! 2. Apabila murid di dalam kelas tak reti nak berhenti cakap Walaupun setelah berbuih mulut suruh berhenti... 3. Hari ISNIN be like... Ok..cukup lah takat itu... 4. Apabila pentadbir memaklumkan mesyuarat last-last minit 5. Tatkala murid berjaya mendapat apa yang ajar pada hari tersebut Nikmatnya hanya guru yang faham... 6. Apabila bertemu dengan bekas pelajar Sungguh cepat masa berlalu... 7. Apabila memberi nasihat kepada rakan guru yang baru posting ke sekolah Segala yang hang bela...

Murid bakal wajib tamat sekolah hingga tingkatan lima

Gambar
KULAI 27 Jan. - Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan semua pelajar melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah berdepan kemungkinan dikenakan denda sebanyak RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan. Beliau berkata, Akta Pendidikan kini hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga darjah enam sahaja. ‘‘Kita sekarang dah capai lebih 98 peratus anak-anak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kita ialah 100 peratus,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ziarah Cakna peringkat kebangsaan di Pejabat Penidikan Daerah Kulai, hari ini. Nie Ching berkata, program tersebut adalah lanjutan dari program ‘Sifar Murid Cicir’ yang dijalankan sejak Julai 2018 yang bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi sesuatu keluarga yang menyebabkan anak-anak mereka gagal menghadiri se...

(Video) Sekolah Seni Perak harumkan nama Malaysia di Beijing

Gambar
SEKOLAH Seni Malaysia Perak (SSeMP) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila mendapat pingat emas menerusi persembahan teater ‘Mek Mulung’ dan ‘Jikey’ pada China Youth Spring Festival Gala Night & Global Youth Talent 2019 di Beijing, malam kelmarin. Sebelum ini, sekolah itu mencatat sejarah menjuarai pertandingan Monolit International Festival di Barcelona, Sepanyol pada November tahun lalu dengan persembahan yang sama. Penolong Kanan Kesenian SSeMP Zuraini Abdullah berkata, usaha mengetengahkan Mek Mulung di persada antarabangsa sentiasa dipergiat untuk mengekalkan warisan seni negara agar tidak pupus. Katanya, dengan kejayaan itu, ia secara tidak langsung memperlihatkan hasil usaha gigih mereka selama ini terhadap seni teater tradisional bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa. “Kejayaan ini membuktikan usaha keras kami berbaloi dan kami berharap pada masa akan datang, kami akan berjaya membawa pasukan kami mengetengahkan bidang teater, tari dan muzik ke festiva...

Download Word Boggle worksheets

Gambar
Here you can download worksheets to enhance your kids vocabulary. Download full set in PDF format using this link:  Word Boggle Form as many words as you can using letters in the boxes. Download full set in PDF format using this link: Word Boggle loading...

Download English Classroom Language

Gambar
I am sorry. I did not hear. Can I go to the toilet? May I join the class/group? Sorry, for being late. May I open / close the window? May I go out please? Can you explain it once more, please? What page are we on? I am ready. May I start it? Can you speak louder, please? Which book? Can you explain that again? Whe is the exam? Can I come in? Can I pull up the blinds? Can I pulldown the blinds? Can you help me, please? Can I go out? Can I answer the question? Can I switch off the lights? What is the homework? Do we have to write this down? Is this right? Is this correct? When is the homework for? I have done this. Can I open the window? Can we pack our things now? Can I go to the board? 1.What page are we on? 2.I am ready. May I start it? 3.What is the homework? 4.Do we have to write this down? 5.Sorry, for being late. 6.May I open / close the window? 7.Can I go to the board? 8.Can I come in? 9.Can I pull up the blinds? 10.Can I pu...

Ziarah Cakna 2019 perkukuh hubungan sekolah, ibu bapa

Gambar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan di seluruh negara mulai 27 Januari 2019. Program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019 ini bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid. Pelancaran di semua peringkat Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negara juga dijalankan serentak dengan melibatkan pelbagai pihak antaranya pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan agensi yang berkaitan. Ia akan dilancarkan oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 28 Januari 2019. loading...
Gambar
These reading comprehension tasks are centred around topics of interest to children in the 4-6 year age group. Some of the stories are short (‘Anna’s New Bike’ has 40 words) while others are much longer (‘The Ram and the Rainbow’ has 157 words). The passages are graded (in levels) according to how students are required to answer the questions and there are 10 stories for each level. Level 1 * ring the best answer or write the missing word on the letter spaces Level 2 ** write the missing word on the line Level 3 *** write the answer as a full sentence Download : Reading Comprehension for Kindy Kids Download : Reading Comprehension for Kindy Kids loading...

Tawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM 2019

Gambar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara. Tawaran permohonan ini dibuka mulai 23.01.2019 hingga 06.02.2019 mulai jam 5.00 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my . Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan. Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi ( https://eoperasi.moe.gov.my ) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang dimint...

Sekolah tidak patuh, guru digesa buat aduan - NUTP

Gambar
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa semua anggotanya mematuhi peraturan lima inisiatif dan sembilan intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru seperti digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan hari ini berkata mana-mana sekolah yang tidak mematuhi peraturan itu yang berkuatkuasa awal bulan ini diminta mengemukakan aduan beserta bukti kepada NUTP melalui emel ke mail@nutp.org.my atau nutphq@gmail.com. "NUTP menerima maklumat inisiatif itu 'lambat' dijalankan dan guru-guru masih mengeluh kerana terpaksa mengisi dokumentasi serta menjalankan kerja-kerja yang tidak releven yang diarahkan oleh pihak pentadbir.
 "Kami berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi dan memohon pihak pentadbir lebih peka dan akur kepada arahan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM," menurut kenyataan itu.
 Lima inisiatif bagi mengurangkan beban tu...

Graduan Malaysia diajak pulang bantu guru di sekolah

Gambar
Graduan Malaysia yang berada di luar negara diajak pulang membantu guru di sekolah bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, graduan yang bukan dalam jurusan Pendidikan akan diberi latihan bagi tujuan berkenaan. loading...

10 ekspresi wajah cikgu ketika mesyuarat guru berlangsung

Gambar
Kadang-kadang keperluan mesyuarat guru itu perlu dipertimbangkan semula. Jika ianya berkaitan dasar dan keperluan berkaitan kewangan dan juga urusan-urusan pelaksanaan program yang penting, makan wajarlah ianya dilaksanakan. Adakalahnya, makluman perkara remeh yang hanya boleh dimaklumkan dalam kumpulan Whatsapp pun nak di meetingkan. Wajah-wajah guru ketika mesyuarat dapat kita simpulkan berapa darjah kepentingan mesyuarat tersebut, hehehe....: 1. Cubaan memaklumkan kepada BFF tentang mesej yang telah dihantar kepadanya ketika mesyuarat berlangsung... 2. Tatkala mendengar penerangan daripada Pengetua atau Guru Besar 3. Tiba-tiba ada eye-contact dengan pentadbir... 4. Tatkala ada member tanya soalan yang menyebabkan mesyuarat terpaksa diheret panjang 10-15 minit... 5. Apabila mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat wajib dan kemampuan anda untuk menghadam input sangat kritikal... 6. Tatkala terfikir semua input mesyuarat hari ini sebaiknya diemail sahaja atau dimakl...