Cuti bencana tak perlu kelas gantian
JOHOR BAHRU 29 Mac - Semua 111 sekolah yang ditutup akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim tidak perlu mengadakan kelas gantian kerana cuti yang telah diisytiharkan untuk sekolah terlibat merupakan cuti bencana. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP) di semua sekolah berkenaan akan berjalan seperti biasa, selepas sekolah kembali dibuka pada Ahad ini. “Oleh kerana kita (sudah) isytihar dari segi keselamatan (bencana), (maka) cuti itu adalah cuti yang tidak perlu ganti. “Peperiksaan juga tidak akan dianjak, namun guru diharap dapat menghabiskan silibus pembelajaran kerana mereka perlu kejar seminggu (tempoh cuti pencemaran) bagi memastikan pelajar dapat bersedia hadapi peperiksaan,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada Selasa yang menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan sama...