CUEPACS mohon bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam
IPOH 30 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memohon kepada kerajaan persekutuan agar dapat memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negara. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, CUEPACS akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung perkara itu dalam waktu terdekat ini iaitu ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. “Macam biasa kita akan suarakan kepada kerajaan dengan mengutus surat kepada PM (Perdana Menteri) dan Menteri Kewangan supaya dalam mengharungi kos sara hidup yang semua orang tahu beban, dan kesannya terhadap kewangan penjawat awam yang berada di mana-mana jua. “Bukan sahaja membabitkan penjawat awam di kawasan bandar malah di luar bandar dan kalau tidak dibantu, mungkin ada dalam kalangan penjawat awam tidak dapat berhari raya kerana tidak mampu nak beli baju raya untuk anak-anak dan sebagainya,” katanya....